1Kidung agung, karya Salomo.
2Biar dia menciumku dengan mulutnya: sebab kasihmu lebih baik daripada wain.
3Oleh sebab bau minyak baikmu, namamu adalah seperti minyak yang dicurahkan, oleh sebab itu para perawan mengasihimu.
4Tariklah aku, kami akan mengejarmu: raja telah membawaku ke dalam kamarnya: kami akan bergembira dan bersuka di dalammu, kami akan mengingat kasihmu lebih daripada wain: orang jujur mengasihimu.
5Aku hitam, tetapi cantik, hai anak perempuan Yerusalem sekalian, seperti perkhemahan Kedar, seperti tirai-tirai Salomo.
6Janganlah memandang kepada diriku, atas sebab aku hitam, atas sebab matahari telah memandang kepada diriku: anak-anak ibuku menjadi marah denganku; mereka menjadikanku penjaga kebun-kebun anggur; tetapi kebun anggur aku sendiri pula tidak dijaga.
7Beritahulah aku, ya yang dikasihi jiwaku, di manakah kamu memberi makan, di manakah kamu bawa kawananmu untuk berehat pada waktu tengah hari: sebab mengapakah aku patut menjadi orang yang diketepikan kerana kawanan-kawanan domba teman-temanmu?
8Jika kamu tidak tahu, ya yang paling jelita di kalangan perempuan, pergi ikutlah kesan kaki kawanan itu, dan berilah makan kepada anak-anak kambingmu di tepi khemah-khemah para gembala.
9Aku telah menyamakanmu, ya kekasihku, dengan sekawan kuda di pedati-pedati Firaun.
10Pipimu molek dengan barisan-barisan barang kemas, dan lehermu dengan rantai-rantai emas.
11Kami akan membuat bagimu sibar-sibar emas dengan manik-manik perak.
12Sementara raja duduk pada mejanya, narwastuku memancarkan baunya.
13Sebungkus mur ialah kekasih lelakiku terhadap diriku; dia akan berbaring sepanjang malam di antara payudaraku.
14Kekasihku adalah kepadaku sebagai serumpun bunga inai di kebun-kebun anggur Engedi.
15Lihatlah, kamu indah, ya kekasihku; lihatlah, kamu indah; kamu mempunyai mata burung merpati putih.
16Lihatlah, kamu indah, ya kekasihku, ya, menyenangkan: juga petiduran kami hijau.
17Alang-alang rumah kita ialah kayu sedar, dan kasau-kasau atap kita diperbuat daripada kayu fir.