Ecclesiastes 9

Pengkhotbah 9

1Bagi segala ini telah aku mempertimbangkan dalam hatiku bahkan untuk mengisytiharkan segala ini, bahawa orang benar, dan orang berhikmah, dan karya-karya mereka, berada di dalam tangan Allah: tidak seorang pun tahu kasih atau kebencian melalui segala yang ada di depan mereka.

2Segala sesuatu dengan serupa mendatangi semua orang: ada suatu peristiwa kepada orang benar, dan kepada orang durjana; kepada orang baik dan kepada yang tahir, dan kepada yang najis; kepada orang yang memberi korban, dan kepada orang yang tidak memberi korban: seperti orang baik, demikian juga para pendosa; dan dia yang bersumpah, seperti orang yang takut bersumpah.

3Ini merupakan celaka di antara segala apa pun yang dibuat di bawah matahari, bahawa ada satu peristiwa kepada semua: ya, juga hati anak-anak manusia penuh dengan kejahatan, dan kegilaan ada di dalam hati mereka sementara mereka hidup, dan selepas itu mereka pergi ke alam orang mati.

4Bagi orang yang digabung kepada semua orang hidup adanya harapan: sebab anjing yang hidup lebih baik daripada singa yang mati.

5Sebab orang hidup tahu bahawa mereka akan mati: tetapi orang mati tidak tahu apa-apa, dan mereka juga tiada apa-apa ganjaran; sebab kenangan akan mereka sudah dilupakan.

6Kasih mereka juga, dan benci mereka, dan iri hati mereka, sekarang sudah binasa; dan mereka juga tiada apa pun bahagian selamanya dalam apa pun yang dilakukan di bawah matahari.

7Pergi menurut jalanmu, makanlah rotimu dengan sukacita, dan minumlah wainmu dengan hati yang girang; sebab Allah sekarang berkenan dengan pekerjaanmu.

8Biar pakaianmu selalunya putih; dan biar kepalamu jangan ketiadaan minyak.

9Hiduplah bersukacita dengan isteri yang dikasihimu sepenuh hari-hari hayat kesia-siaanmu, yang telah diberi Tuhan kepadamu di bawah matahari, kesemua hari-hari kesia-siaanmu: sebab itulah bahagianmu di dalam hayat ini, dan di dalam kesemua jerih-lelahmu yang kamu buat di bawah matahari.

10Apa pun yang ditemui tanganmu untuk buat, perbuatlah itu dengan sekuat tenagamu; sebab tiada pekerjaan, atau pertimbangan, atau pengetahuan, atau hikmah, di dalam kubur, tempat yang kamu tujui itu.

11Aku kembali, dan nampak di bawah matahari, bahawa perlumbaan tidak memihak kepada orang yang laju, dan juga pertempuran tidak memihak kepada orang yang kuat, dan juga roti tidak memihak kepada yang berhikmah, dan juga kekayaan tidak memihak kepada orang yang ada pemahaman, dan juga keredaan tidak memihak kepada orang yang mahir; tetapi waktu dan nasib terjadi kepada mereka semua.

12Sebab manusia pun tidak tahu waktunya: sama seperti ikan-ikan yang terperangkap dalam kecelakaan jaring, dan seperti burung-burung yang terjebak dalam jerat; demikianlah anak-anak manusia terjerat pada waktu celaka, ketika ia tiba-tiba menimpa mereka.

13Hikmah ini telah kulihat juga di bawah matahari, dan ia nampak besar bagiku:

14Ada suatu kota kecil, dan penduduknya tidak seberapa; dan ada seorang raja yang agung yang datang menentangnya, dan mengepungnya, dan membina tembok-tembok besar terhadapnya:

15Dan ada didapati di dalamnya seorang berhikmah yang miskin, dan dia oleh hikmahnya menyelamatkan kota itu; namun tidak seorang pun mengingat orang miskin tersebut.

16Kemudian aku berkata, Hikmah lebih baik daripada kekuatan: walau bagaimanapun hikmah orang miskin itu dipandang hina, dan kata-katanya tidak didengar.

17Kata-kata orang berhikmah didengar dengan kesenyapan lebih daripada seruan orang yang memerintah di kalangan orang bebal.

18Hikmah lebih baik daripada senjata-senjata peperangan: tetapi seorang pendosa membinasa banyak kebaikan.