Ephesians 4

Efesus 4

1Oleh sebab itu, aku, orang terpenjara Tuhan, menggesakan kalian supaya kalian berjalan dengan layak terhadap seruan yang telah kalian dipanggil,

2Dengan segala kerendahan hati dan sikap suka menurut, dengan sabar derita, saling menanggung antara satu sama lain dalam kasih;

3Berusaha untuk menjaga kesatuan Roh di dalam ikatan damai sejahtera.

4Ada satu tubuh, dan satu Roh, sepertimana kalian dipanggil di dalam satu harapan dalam panggilan kalian itu;

5Satu Tuhan, satu iman, satu pembaptisan,

6Satu Allah dan Bapa kepada semua, yang di atas semua, dan menerusi semua, dan di dalam kamu semua.

7Tetapi setiap orang di antara kita telah diberikan rahmat menurut sukatan kurniaan Kristus.

8Lantaran itu, dia telah berfirman, Ketika dia naik ke tempat tinggi, dia menawan tawanan, dan memberi kurnia-kurnia kepada manusia.

9(Memandangkan dia telah naik, bukankah dia juga telah turun terdahulu kepada bahagian-bahagian rendah di bumi?

10Dia yang telah turun adalah sama dengan dia yang telah naik jauh lebih tinggi daripada seluruh syurga, supaya dia dapat mengisi segala-galanya.)

11Dan dia telah memberi kepada sesetengah orang, menjadi rasul; dan sesetengah lagi, menjadi nabi; dan sesetengah lagi, menjadi penginjil; dan sesetengah lagi menjadi pastor dan guru.

12Bagi penyempurnaan orang kudus, bagi kerja pelayanan, bagi pembangunan tubuh Kristus.

13Sehingga kita semua mencapai kesatuan iman dan pengetahuan Anak Allah, sampai menjadi orang yang sempurna, menurut sukatan tahap kepenuhan Kristus:

14Supaya kita mulai sekarang, tidak lagi menjadi kanak-kanak, terumbang-ambing, dan terbawa-bawa oleh segala angin-angin doktrin, oleh tipu muslihat manusia, dan perdayaan yang licik, yang dipakai mereka sementara terhendap-hendap untuk memperdayakan;

15Tetapi dengan mengucap kebenaran dalam kasih, akan bertumbuh di dalam dia dalam segalanya, yang merupakan kepala, yakni Kristus:

16Yang daripadaNya seluruh tubuh yang bersambung sesama dengan secocok dan dipadatkan oleh apa yang setiap sendi bekalkan, menurut keberkesanan kerja oleh sukatan setiap bahagian, menjadikan tubuh bertambah di dalam pembangunannya sendiri di dalam kasih.

17Maka inilah yang kukatakan dan bersaksi di dalam Tuhan, bahawa kalian mulai sekarang janganlah hidup seperti orang bukan Yahudi yang lain, iaitu di dalam kesia-siaan minda mereka itu,

18Sementara pemahaman mereka sudah gelap, dan diasingkan daripada kehidupan Allah melalui kejahilan yang ada di dalam diri mereka, oleh sebab hati mereka yang buta itu:

19Yang sementara tidak boleh berperasaan lagi telah menyerahkan diri mereka kepada kegasangan, untuk mengerjakan segala kenajisan dengan ketamakan.

20Tetapi kalian tidak belajar sedemikian akan Kristus;

21Jika kalian telah mendengarnya, dan telah diajar olehnya, sedangkan kebenaran itu adalah di dalam Yesus:

22Supaya kalian menanggalkan apa yang berkenaan dengan perangai manusia lama, yang rosak menurut nafsu-nafsu yang memperdayakan;

23Dan diperbaharui di dalam roh mindamu;

24Dan supaya kalian mengenakan manusia baru itu, yang telah diciptakan dalam kewajaran dan kekudusan sejati menuruti Allah.

25Oleh sebab itu, sedang kala membuang perbuatan berbohong, biar setiap orang bercakap benar dengan jirannya: sebab kita merupakan anggota sesama diri.

26Kalian apabila marah, jangan berdosa: jangan biarkan matahari terbenam dalam murkamu:

27Dan juga jangan beri ruang kepada iblis.

28Biarlah dia yang mencuri jangan mencuri lagi: tetapi sebaliknya biarlah dia berjerih lelah, sementara mengerjakan dengan tangannya apa yang baik, supaya dia ada untuk dapat memberi kepada orang yang keperluan.

29Jangan ada pertuturan rosak yang keluar daripada mulut kalian, tetapi hanya apa yang baik untuk dipakai bagi pembangunan, supaya ia dapat melayani para pendengar dengan rahmat.

30Dan janganlah mendukakan Roh Allah, yang olehnya kalian telah dimeteraikan bagi hari penebusan itu.

31Biarlah segala kepahitan, dan murka, dan amarah, dan kekecohan, dan percakapan jahat, dibuang daripada kalian bersertakan segala niat jahat:

32Dan kalian jadilah baik hati terhadap satu sama lain, berlemah-lembut, dan saling mengampuni satu sama lain, seperti Allah demi Kristus telah mengampuni kalian.