Ephesians 5

Efesus 5

1Maka kalian jadilah pengikut-pengikut Allah, sebagai anak-anak yang tersayang;

2Dan jalanilah hidupmu dalam kasih, seperti Kristus juga telah mengasihi kita, dan telah menyerahkan dirinya bagi kita sebagai suatu persembahan dan suatu korban kepada Allah untuk suatu bau yang harum.

3Tetapi bagi perzinaan, dan segala kenajisan, atau kedambaan, jangan ia sekali pun disebut di antara kalian, berpadanan dengan orang-orang kudus;

4Juga bagi kekotoran, dan borak bebal, atau bergurau, iaitu hal-hal yang tidak pantas: tetapi sebaliknya pengucapan syukur.

5Sebab kalian sudah tahu bahawa tiada kaki pelacur, atau orang najis, atau orang kedambaan iaitu berhala, yang mempunyai apa pun warisan di dalam kerajaan Kristus dan Allah.

6Jangan biar sesiapa pun memperdayakan kalian dengan perkataan sia-sia: sebab oleh hal-hal sedemikian datangnya murka Allah ke atas anak-anak kederhakaan.

7Jadi, janganlah kalian menyertai mereka.

8Sebab kalian dahulu kegelapan, tetapi sekarang kalian cahaya di dalam Tuhan: jalan sebagai anak-anak cahaya:

9(Sebab buah Roh itu adalah di dalam segala kebaikan dan kewajaran dan kebenaran;)

10Mencubai apa yang berkenan kepada Tuhan.

11Dan jangan bersekutu dengan pekerjaan kegelapan yang tidak berbuah, tetapi sebaliknya cela itu.

12Sebab untuk menyebut sahaja apa yang dibuat mereka secara rahsia pun memalukan.

13Tetapi segalanya yang dicela dijadikan nyata oleh cahaya: sebab apa yang menjadikan nyata ialah cahaya.

14Oleh sebab itu dia berkata, Bangunlah, hai kamu yang tidur, dan bangkit daripada kematian, dan Kristus akan memberimu cahaya.

15Maka pastikan kalian berjalan dengan waspada, bukan sebagai orang bebal, tetapi sebagai berhikmah,

16Sedang kala menebuskan masa, sebab zaman kini jahat.

17Oleh sebab itu, kalian janganlah tidak berhikmah, tetapi beroleh faham apa kehendak Allah itu.

18Dan janganlah jadi mabuk dengan wain, yang merupakan keterlaluan; tetapi jadilah diisi penuh dengan Roh;

19Berkata-kata sesama sendiri dengan mazmur dan kidung jemaah dan lagu rohani, menyanyi dan membuat melodi di dalam hati kalian kepada Tuhan;

20Naikkan syukur selalu bagi segalanya kepada Allah dan Bapa di dalam nama Tuhan Yesus Kristus;

21Kalian tunduklah kepada satu sama lain dalam takut akan Allah.

22Kaum isteri, tunduklah diri kalian kepada suami sendiri, seperti kepada Tuhan.

23Sebab suami merupakan kepala isteri, sama seperti Kristus merupakan kepala gereja: dan dia juruselamat tubuh.

24Oleh sebab itu, seperti gereja itu tertakluk kepada Kristus, biarlah kaum isteri juga sedemikian kepada suaminya di dalam segala hal.

25Kaum suami, kasihilah isteri kalian, sama seperti Kristus juga mengasihi gereja, dan menyerahkan dirinya bagi gereja;

26Supaya dia dapat menyucikannya dan mentahirkannya dengan pembasuhan air oleh firman,

27Supaya dia dapat mempersembahkannya kepada dirinya sendiri sebagai suatu gereja yang mulia, tidak bernoda, atau berkedut, atau apa pun yang sedemikian; tetapi kudus dan tidak bercela.

28Sedemikianlah kaum lelaki harus mengasihi isteri mereka seperti mengasihi tubuh sendiri. Dia yang mengasihi isterinya mengasihi dirinya sendiri.

29Sebab tiada sesiapa pun yang pernah membenci dagingnya sendiri; tetapi menyubur dan membelainya sama seperti Tuhan bagi gereja:

30Sebab kita merupakan anggota-anggota tubuhnya, dagingnya, dan tulangnya.

31Oleh sebab itu, seorang lelaki akan meninggalkan ayah dan ibu, dan akan disatukan kepada isterinya, dan mereka berdua akan menjadi satu daging.

32Inilah suatu misteri yang besar: tetapi aku berbicara berkenaan Kristus dan gereja.

33Walau bagaimanapun, biarlah setiap orang di antara kalian sedemikian mengasihi isterinya sebagai diri sendiri; dan bagi isteri, pastikan dia menyegani suaminya.