1Dan seluruh jemaah bani Israel melanjutkan perjalanan dari padang gurun Sin, mengikut perjalanan mereka, menurut perintah TUHAN, lalu memasang khemah mereka di Rafidim: dan di sana air tidak ada untuk diminum umat itu.
2Lantaran itu, umat itu memarahi Musa, dan berkata, Berilah kami air supaya kami dapat minum. Dan Musa berkata kepada mereka, Mengapakah kalian memarahi aku? mengapakah kalian mencubai TUHAN?
3Dan umat itu mendahagakan air di sana; dan umat itu merungut terhadap Musa, dan berkata, Mengapakah demikian bahawa kamu telah membawa kami keluar dari Mesir, untuk membunuh kami dan anak-anak kami dan ternakan kami dengan kedahagaan?
4Dan Musa berseru kepada TUHAN, dengan berkata, Apakah yang harus aku buat kepada umat ini? mereka sudah hampir siap untuk merejam diriku dengan batu.
5Dan TUHAN berfirman kepada Musa, Pergilah di hadapan umat itu, dan bawalah bersamamu para penatua Israel; dan tongkatmu, yang telah dipakaimu untuk memukul sungai itu, bawalah itu di tanganmu, dan pergi.
6Lihatlah, aku akan berdiri di hadapanmu di sana di atas batu di Horeb; dan kamu akan memukul batu itu, dan daripadanya akan keluar air, supaya umat itu dapat minum. Dan Musa berbuat demikian di pandangan para penatua Israel.
7Dan dia memanggil nama tempat itu Masah, dan Meribah, kerana kemarahan bani Israel, dan kerana mereka mencubai TUHAN, dengan berkata, Adakah TUHAN berada di kalangan kita, atau tidak?
8Kemudian datanglah Amalek, dan berperang dengan Israel di Rafidim.
9Dan Musa berkata kepada Yosua, Pilihlah dari kalangan kita lelaki, untuk keluar dan berperang melawan orang Amalek: pada hari esok aku akan berdiri di bukit yang tinggi dengan tongkat Allah di dalam tanganku.
10Maka Yosua berbuat seperti yang disuruh Musa kepadanya, lalu berperang melawan orang Amalek: dan Musa, Harun, dan Hur naik ke puncak bukit.
11Dan terjadilah, ketika Musa mengangkat tangannya, Israel beroleh menang: dan ketika dia menurunkan tangannya, Amalek beroleh menang.
12Tetapi tangan Musa berat; dan mereka mengambil batu dan meletakkannya di bawah dirinya, lalu Musa duduk di atasnya; dan Harun dan Hur mengekaltegakkan tangan Musa, seorang di sebelah satu sisi, seorang yang lain pula di sebelah sisi yang lain; dan tangan Musa kekal tidak bergoyah sampai matahari terbenam.
13Dan Yosua menewaskan orang Amalek dan rakyatnya dengan mata pedang.
14Dan TUHAN berfirman kepada Musa, Tulislah ini sebagai suatu peringatan dalam kitab, dan ulanginya di telinga Yosua: sebab aku akan habis-habisan melenyapkan peringatan Amalek dari bawah syurga.
15Dan Musa membina sebuah mazbah, dan memanggil namanya Jehovahnisi:
16Sebab dia berkata, Oleh sebab TUHAN telah bersumpah bahawa TUHAN akan berperang melawan Amalek generasi demi generasi.