1Ketika Yitro, imam Midian, ayah mentua kepada Musa, terdengar akan segala yang telah dilakukan Alah bagi Musa, dan bagi Israel umatnya, dan bahawa TUHAN telah membawa Israel keluar dari Mesir;
2Maka Yitro, ayah mentua kepada Musa, mengambil Zipora, isteri Musa, selepas Musa menghantarnya balik,
3Dan kedua-dua anak lelakinya; yang nama salah seorang ialah Gersom; sebab dia berkata, Aku sudah menjadi orang asing di tanah yang asing.
4Dan nama yang satu lagi ialah Eliezer; sebab Allah bapaku, berfirman bahawa dia merupakan penolongku, dan menyelamatkanku daripada pedang Firaun:
5Dan Yitro, ayah mentua kepada Musa, datang bersama anak-anak lelakinya dan isterinya kepada Musa di padang gurun, iaitu tempat yang dia berkhemah di gunung Allah:
6Dan Yitro berkata kepada Musa, Aku, ayah mentuamu, Yitro, sudah sampai kepadamu, dan isterimu, dan dua anak lelakinya bersama isterimu.
7Dan Musa keluar untuk bertemu dengan ayah mentuanya, dan bersujud hormat, lalu menciumnya; dan mereka bertanya kepada satu sama lain akan khabar masing-masing; dan mereka memasuki khemah.
8Dan Musa memberitahu ayah mentuanya segala yang dilakukan TUHAN kepada Firaun dan kepada orang Mesir demi Israel, dan segala kesusahan yang telah menimpa mereka dalam perjalanan, dan bagaimana TUHAN menyelamatkan mereka.
9Dan Yitro bersukacita bagi segala kebaikan yang telah dilakukan TUHAN terhadap Israel, yang telah diselamatkannya dari pegangan tangan orang Mesir.
10Dan Yitro berkata, Terpujilah TUHAN, yang telah melepaskan kalian dari pegangan tangan orang Mesir, dan dari pegangan tangan Firaun, iaitu TUHAN yang telah melepaskan umat itu dari bawah pegangan tangan orang Mesir.
11Sekarang aku tahu bahawa TUHAN lebih besar daripada segala allah: sebab berkenaan hal di mana mereka berbuat angkuh, dia mengatasi mereka.
12Dan Yitro, ayah mentua kepada Musa, mengambil satu korban bakaran dan korban-korban bagi Allah: dan Harun datang, dan semua penatua Israel, untuk makan roti bersama ayah mentua Musa di hadapan Allah.
13Dan terjadilah pada hari keesokannya, bahawa Musa duduk untuk menghakimi umati itu: dan umat itu berdiri di samping Musa dari pagi sampai ke petang.
14Dan ketika ayah mentua Musa nampak segala yang dilakukannya kepda umat itu, dia berkata, Apakah ini yang kamu buat kepada umat itu? mengapakah kamu duduk bersendirian, dan seluruh umat berdiri di sampingmu dari pagi sampai petang?
15Dan Musa berkata kepada ayah mentuanya, Kerana umat itu datang kepadaku untuk bertanya kepada Allah:
16Ketika mereka ada hal, mereka datang kepadaku; dan aku menghakimi di antara seorang dengan orang yang lain, dan aku menjadikan mereka untuk mengenal peraturan-peraturan Allah, dan hukum-hukumnya.
17Dan ayah mentua Musa berkata kepadanya, Hal yang kamu buat itu tidak baik.
18Kamu pasti akan dipatahlesukan, kedua-dua dirimu, dan umat ini yang ada bersamamu: sebab hal ini terlalu berat bagimu; kamu tidak mampu melaksanakannya seorang diri.
19Endahkanlah suaraku sekarang, aku akan memberimu nasihat, dan Allah akan berada bersamamu: Jadikanlah dirimu bagi umat itu berperanan menghadap Allah, supaya kamu dapat membawa perkara-perkara itu kepada Allah:
20Dan kamu akan mengajar mereka ordinan-ordinan dan hukum-hukum, dan akan menunjukkan mereka jalan di mana mereka harus pakai, dan kerja yang harus dilakukan mereka.
21Di samping itu, kamu akan mengerah orang yang berkemampuan dari kalangan umat, iaitu orang yang takut akan Allah, orang kebenaran, yang membenci kedambaan; dan tempatkan orang demikian atas mereka, untuk menjadi penguasa kepada seribu, dan penguasa kepada seratus, penguasa kepada lima puluh, dan penguasa kepada sepuluh.
22Dan biarlah mereka menghakimi umat itu pada setiap musim: dan ia akan terjadi, supaya setiap hal yang besar dibawa mereka kepadamu, tetapi setiap hal yang kecil akan dihakimi mereka: demikianlah itu akan menjadi lebih ringan bagi dirimu, dan mereka akan memikul beban itu bersamamu.
23Jika kamu melakukan hal ini, dan Allah memerintahkanmu berbuat demikian, maka kamu akan mampu bertahan, dan seluruh umat ini akan juga pergi ke tempat mereka masing-masing dengan damai sejahtera.
24Maka Musa mengendahkan suara ayah mentuanya, dan melakukan segalanya yang telah disebutnya itu.
25Dan Musa memilih orang yang berkemampuan dari seluruh Israel, dan menjadikan mereka kepala atas umat itu, penguasa kepada seribu, penguasa kepada seratus, penguasa kepada lima puluh, dan penguasa kepada sepuluh.
26Dan mereka menghakimi umat itu pada setiap musim: perkara-perkara yang sukar mereka membawa kepada Musa, tetapi setiap perkara kecil mereka sendiri menghakimi.
27Dan Musa membiarkan ayah mentuanya untuk berangkat pergi; dan dia pergi menurut jalannya ke tanahnya sendiri.