Exodus 21

Keluaran 21

1Dalam pada itu, inilah penghakiman-penghakiman yang harus dibentangkanmu di hadapan mereka.

2Jika kamu membeli seorang hamba Ibrani, enam tahun akan dia melayani: dan pada tahun ketujuh dia akan dimerdekakan dengan percuma.

3Jika dia sendiri masuk, dia akan sendiri keluar: jika dia sudah kahwin, maka isterinya akan keluar bersamanya.

4Jika tuannya telah memerinya seorang isteri, dan dia telah melahirkan baginya anak-anak lelaki atau anak-anak perempuan; maka isteri dan anak-anaknya itu ialah kepunyaan tuannya, dan dia akan keluar sendiri.

5Dan jika hamba itu akan dengan terang-terang menyatakan, Aku mengasihi tuanku, isteriku, dan anak-anakku; aku tidak akan keluar dengan percuma:

6Maka tuannya akan membawanya kepada para hakim; dia juga akan membawanya ke pintu, atau kepada tiang pintu; dan tuannya akan menusuk telinganya dengan penusuk; dan dia akan melayani tuannya untuk selamanya.

7Dan jika seseorang menjual anak perempuannya untuk menjadi seorang hamba perempuan, anak itu tidak boleh pergi keluar seperti yang dilakukan hamba lelaki.

8Jika perempuan itu tidak menyenangkan tuannya, yang telah mempertunangkannya kepada dirinya sendiri, maka tuan akan melepaskannya untuk ditebuskan: untuk menjualnya kepada suatu bangsa yang asing, tuan itu tidak berkuasa, memandangkan dia telah berurus dengan tipu daya terhadapnya.

9Dan jika dia telah menunangkan perempuan itu kepada anak lelakinya, maka dia akan berurus dengannya menurut tatacara anak perempuan.

10Jika dia mengambil bagi dirinya seorang isteri lagi; makanan, pakaian, dan tugas perkahwinan perempuan itu, tidak boleh dikurangkan.

11Dan jika dia tidak melakukan ketiga-tiga hal ini bagi perempuan itu, maka perempuan itu akan keluar dengan percuma tanpa membayar apa pun wang.

12Dia yang memukul seorang lelaki, sehingga dia mati, akan pasti dihukum mati.

13Dan jika seorang lelaki tidak mendekam, tetapi Allah yang menyerahkan orang itu ke dalam tanganna; maka aku akan menentukan tempat di mana dia akan melarikan diri.

14Tetapi jika seseorang lelaki datang dengan sengaja memandai ke atas irannya, untuk membunuhnya dengan kelicikan; maka kamu akan mengambil lelaki itu dari mazbahku, supaya dia akan mati.

15Dan dia yang memukul bapanya, atau ibunya, akan pasti dihukum mati.

16Dan dia yang menculik seorang lelaki, dan menjualnya, atau orang itu ditemui pada tangannya, maka dia akan pasti dihukum mati.

17Dan dia yang mengutuki bapanya atau ibunya, akan pasti dihukum mati.

18Dan jika orang lelaki saling bersengketa, dan salah seorang memukul seseorang dengan batu, atau dengan buku lima, dan orang itu tidak mati, tetapi terlantar di petidurannya.

19Jika dia bangun semula, dan berjalan merata-rata di atas tongkatnya, maka lelaki yang memukul dia akan bebas daripada hukuman: dia hanya harus membayar untuk kerugian masa, dan akan memikul tanggungan untuk menyembuhkannya dengan menyeluruh.

20Dan jika seseorang memukul hamba lelakinya, atau hamba perempuannya, dengan tongkat, dan hamba itu mati di dalam tangannya; dia tentu akan dihukum.

21Meskipun demikian, jika hambanya itu masih hidup untuk sehari dua, orang itu tidak akan dihukum: sebab hambanya itu wangnya.

22Jika para lelaki bersengketa, dan melukakan seorang perempuan yang sedang mengandung, sehingga kandungannya tergugur daripadanya, dan namun tiada kecelakaan menyusul: lelaki itu akan pasti dihukum, menurut apa yang dituntut suami perempuan itu kepadanya; dan dia akan membayar seperti yang ditentukan para hakim.

23Dan jika apa pun kecelakaan menyusul, maka kamu akan memberi nyawa ganti nyawa,

24Mata ganti mata, gigi ganti gigi, tangan ganti tangan, kaki ganti kaki,

25Lecur ganti lecur, luka ganti luka, sebatan ganti sebatan.

26Dan jika seseorang lelaki memukul mata hambanya, atau mata hamba perempuannya, sehingga ia binasa; maka dia akan membiarkan dia pergi dengan bebas demi matanya.

27Dan jika dia memukul keluar gigi hamba lelakinya, atau gigi hamba perempuannya; dia akan membiarkan dia pergi dengan bebas demi giginya.

28Jika seekor lembu jantan menanduk seorang lelaki atau perempuan, sehingga mereka mati: maka lembu jantan itu akan pasti direjam batu, dan dagingnya tidak akan dimakan; tetapi pemilik lembu jantan itu akan bebas daripada hukuman.

29Tetapi jika lembu jantan itu sudah biasa menolak dengan tanduknya dari dahulu kala, dan kesaksian itu diberitahu kepada pemiliknya, dan pemilik itu tidak memasukannya ke dalam kandang, namun lembu jantan itu telah membunuh seorang lelaki atau perempuan; maka lembu jantan itu akan direjam batu, dan pemiliknya juga akan dihukum mati.

30Jika ada dituntut ke atasnya sejumlah wang, maka dia akan memberi tebusan itu untuk nyawanya barang apa yang dituntut ke atas dirinya.

31Sama ada dia telah menanduk seorang anak lelaki, ataupun menanduk seorang anak perempuan, sesuai dengan penghakiman ini akan ia dilaksanakan kepadanya.

32Jika lembu jantan itu menolak seorang hamba lelaki atau hamba perempuan; maka dia akan memberi kepada tuan mereka tiga puluh syikal perak, dan lembu jantan itu akan direjam batu.

33Dan jika seseorang lelaki membuka lubang, atau jika seseorang lelaki menggali lubang, dan tidak menutupinya, lalu seekor lembu jantan atau keldai jatuh ke dalamnya;

34Maka pemilik lubang itu akan menyelesaikannya, dan memberi wang kepada pemiliknya; dan binatang yang mati itu akan menjadi kepunyaannya.

35Dan jika seseorang lelaki punya lembu jantan melukakan lembu jantan orang lain sehingga ia mati; maka mereka akan menjual lembu jantan hidup itu, dan membahagikan wang itu; dan lembu jantan mati itu juga akan dibahagikan mereka.

36Atau jika ia diketahui bahawa lembu jantan itu biasa menolak pada masa dahulu, dan pemiliknya tidak memasukkannya ke dalam kandang; dia pasti akan membayar lembu jantan ganti lembu jantan; dan lembu mati itu akan menjadi miliknya.