1Dan Allah mengucapkan segala firman ini, dengan berkata,
2Akulah TUHAN Allahmu, yang telah membawamu keluar dari tanah Mesir, dari rumah pembelengguan.
3Kamu tidak akan ada apa-apa allah lain di hadapanku.
4Kamu tidak akan membuat bagi dirimu apa pun gambar terukir, atau apa pun keserupaan akan apa pun yang ada di syurga di atas, atau apa pun yang di bumi di bawah, atau apa pun yang di dalam air di bawah bumi:
5Kamu tidak akan menyujud diri kepada itu, atau melayani itu: sebab aku, TUHAN Allahmu, ialah Allah yang cemburu yang membalas kedurjanaan bapa-bapa leluhur ke atas anak-anak sampai ke generasi yang ketiga dan yang keempat bagi orang yang membenci aku;
6Dan menunjukkan belas kasihan kepada beribu-ribu orang yang mengasihiku dan yang memegang perintah-perintahku.
7Kamu tidak akan memakai nama TUHAN Allahmu dengan sembarangan; sebab TUHAN tidak akan menganggap orang yang memakai namanya dengan sembarangan tidak bersalah.
8Ingatlah hari sabat, untuk mengekalkannya kudus.
9Enam hari akan kamu berjerih lelah, dan melakukan segala kerjamu:
10Tetapi hari ketujuh ialah hari TUHAN Allahmu: dalam hari itu kamu tidak akan melakukan apa pun kerja, kamu, atau anak lelakimu, atau anak perempuanmu, atau hamba lelakimu, atau hamba perempuanmu, atau ternakanmu, atau orang asingmu yang ada di dalam kawasan lingkupan pintu-pintu gerbangmu:
11Sebab dalam enam hari TUHAN menjadikan syurga dan bumi, dan laut, dan segala yang ada di dalamnya, dan berehat pada hari yang ketujuh: lantaran itu, TUHAN memberkati hari yang ketujuh, dan menguduskannya.
12Hormatilah ayahmu dan ibumu: supaya hayatmu panjang di tanah yang TUHAN Allahmu beri kepada kalian.
13Kamu tidak akan membunuh.
14Kamu tidak akan berzina.
15Kamu tidak akan mencuri.
16Kamu tidak akan bersaksi palsu terhadap jiranmu.
17Kamu tidak akan mendambakan rumah jiranmu, kamu tidak akan mendambakan isteri jiranmu, atau hamba lelakinya, atau hamba perempuannya, atau lembu jantannya, atau keldainya, atau apa pun yang kepunyaan jiranmu.
18Dan semua orang menyaksikan guruh mengguntur, dan kilat sabung-menyabung, dan bunyi sangkakala, dan gunung berasap: dan ketika umat melihat itu, mereka undur, dan berdiri jauh-jauh.
19Dan mereka berkata kepada Musa, Biar kamu berbicara kepada kami, dan kami akan mendengar: tetapi jangan biar Allah berbicara dengan kami, supaya jangan kami mati.
20Dan Musa berkata kepada umat, Janganlah takut: sebab Allah telah datang untuk mengujimu, dan supaya takut akannya dapat berada di hadapan muka kalian, supaya kalian tidak berdosa.
21Dan umat itu berdiri jauh-jauh, dan Musa mendekati kegelapan pekat di mana Allah berada.
22Dan TUHAN berfirman kepada Musa, Beginilah kamu akan berkata kepada bani Israel, Kalian telah melihat bahawa aku telah berbicara dengan kalian dari syurga.
23Kalian tidak akan membuat bersampinganku allah-allah perak, dan kalian juga tidak akan membuat kepada diri kalian allah-allah emas.
24Sebuah mazbah tanah akan kamu buat kepadaku, dan akan mengorban di atasnya persembahan-persembahan bakaranmu, dan persembahan-persembahan damai sejahteramu, domba-dombamu, dan lembu-lembumu: di semua tempat yang aku mencatatkan namaku akan kudatang kepadamu dan aku akan memberkatimu.
25Dan jika kamu mahu membuat bagiku mazbah batu, kamu tidak akan membinanya daripada batu yang dipahat: sebab jika kamu mengenakan alatmu ke atasnya, kamu telah mencemarinya.
26Dan kamu juga tidak akan naik dengan memakai tangga ke mazbahku, supaya ketelanjanganmu tidak terdedah di atasnya.