Exodus 8

Keluaran 8

1Dan TUHAN berfirman kepada Musa, Pergilah kepada Firaun, dan berkatalah kepadanya, Beginilah firman TUHAN, Biarlah umatku pergi, supaya mereka dapat melayaniku.

2Dan jika kamu menolak untuk membiarkan mereka pergi, maka lihatlah, aku akan mengazabkan semua sempadanmu dengan katak:

3Dan sungai itu akan menghasilkan katak dengan melimpah ruah, yang akan pergi naik dan masuk ke dalam rumahmu, dan ke dalam kamarmu, dan ke atas petiduranmu, dan ke dalam rumah hamba-hambamu, dan ke atas rakyatmu, dan ke dalam ketuhar-ketuharmu, dan ke dalam palungan-palungan adunanmu:

4Dan katak-katak itu akan naik kedua-duanya ke atas dirimu, dan ke atas rakyatmu, dan ke atas semua hambamu.

5Dan TUHAN berfirman kepada Musa, Berkatalah kepada Harun, Hulurkanlah tanganmu dengan tongkatmu ke atas anak-anak sungai, ke atas sungai-sungai, ke atas kolam-kolam, dan menyebabkan katak-katak untuk naik ke tanah Mesir.

6Dan Harun menghulurkan tangannya ke atas air-air Mesir; dan katak-katak naik ke atas, dan melitupi tanah Mesir.

7Dan ahli-ahli sihir berbuat demikian dengan penyihiran mereka, dan membawa naik katak ke atas tanah Mesir.

8Kemudian Firaun memanggil Musa dan Harun, dan berkata, Rayulah kepada TUHAN, supaya dia akan menjauhkan katak-katak daripadaku, dan daripada rakyatku; dan aku akan membiarkan umat itu pergi, supaya dapat berbuat korban kepada TUHAN.

9Dan Musa berkata kepada Firaun, Bertitahlah kepadaku: bilakah akan kurayu bagimu, dan bagi hamba-hambamu, dan bagi rakyatmu, untuk membinasakan katak-katak daripadamu dan daripada rumah-rumahmu, supaya ia hanya tinggal di sungai sahaja?

10Dan Firaun berkata, "Esok". Dan dia berkata, Jadilah menurut katamu: supaya kamu dapat tahu bahawa tiada seperti TUHAN Allah kami.

11Dan katak-katak akan dinyahkan daripadamu, dan dari rumah-rumahmu, dan daripada hamba-hambamu, dan daripada rakyatmu; ia akan berdiam di sungai sahaja.

12Dan Musa dan Harun keluar dari Firaun: dan Musa berseru kepada TUHAN kerana kata-katak yang telah dibawanya menentang Firaun.

13Dan TUHAN berbuat menurut kata Musa; dan katak-katak itu mati lesap dari rumah-rumah itu, dari kampung-kampung itu, dan dari ladang-ladang itu.

14Dan mereka mengumpulkannya bersama bertimbun-timbun: dan tanah itu berbau busuk.

15Tetapi ketika Firaun nampak bahawa adanya kelegaan, dia mengeraskan hatinya, dan tidak mengendahkan mereka; seperti yang telah difirmankan TUHAN.

16Dan TUHAN berfirman kepada Musa, Berkatalah kepada Harun, Hulurkan tongkatmu, dan pukul debu di tanah, supaya ia akan menjadi kutu menerusi seluruh tanah Mesir.

17Dan mereka melakukan sedemikian; sebab Harun menghulurkan tangannya dengan tongkat, dan memukul debu tanah, dan ia menjadi kutu di dalam manusia, dan di dalam binatang; semua debu tanah menjadi kutu menerusi seluruh tanah Mesir.

18Dan para ahli sihir itu melakukan sedemikian dengan penyihiran mereka untuk menghasilkan kutu, tetapi mereka tidak berupaya: supaya ada kutu pada manusia, dan kutu pada binatang.

19Kemudian para ahli sihir itu berkata kepada Firaun, Inilah jari Allah: dan hati Firaun dikeraskan, dan dia tidak mengendahkan mereka; seperti yang telah difirmankan TUHAN.

20Dan TUHAN berfirman kepada Musa, Bangunlah pada awal pagi, dan berdiri menghadap Firaun; lihatlah, dia keluar ke tempat air; dan berkatalah kepadanya, Beginilah firman TUHAN, biarlah umatku pergi, supaya mereka dapat melayaniku.

21Sebab jika kamu tidak membiarkan umatku pergi, lihatlah, aku akan mengutus kawanan-kawanan lalat ke atas dirimu, dan ke atas hamba-hambamu, dan ke dalam rumah-rumahmu: dan rumah-rumah orang Mesir akan penuh dengan kawanan-kawanan lalat, dan juga di tanah yang diduduki mereka.

22Dan aku akan memisahkan, pada hari itu, tanah Gosyen, yang di sana umatku berdiam, supaya tiada kawanan lalat yang akan berada di sana; bagi pengakhiran ini supaya kamu tahu bahawa akulah TUHAN di tengah-tengah bumi.

23Dan aku akan menaruh perpisahan di antara umatku dan rakyatmu: pada hari esok tanda ini akan terjadi.

24Dan TUHAN berbuat demikian; dan datangnya suatu kawanan lalat yang menyusahkan ke dalam rumah Firaun, dan ke dalam rumah-rumah hamba-hambanya, dan ke seluruh kawasan tanah Mesir: tanah itu dicemarkan kerana kawanan lalat itu.

25Dan Firaun memanggil untuk mendapatkan Musa dan Harun, dan berkata, Pergilah kalian, persembahkanlah korban kepada Allahmu di tanah ini.

26Dan Musa berkata, Ia tidak sesuai untuk berbuat demikian; sebab kami akan mempersembahkan korban keji orang Mesir kepada TUHAN Allah kita: lihatlah, akankah kami mempersembahkan apa yang keji kepada orang Mesir di hadapan mata mereka, dan mereka tidak akan merejam mati kami dengan batu?

27Kami akan pergi tiga hari perjalannya ke dalam padang gurun, dan mempersembahkan korban kepada TUHAN Allah kita, seperti yang akan diperintahkannya kepada kami.

28Dan Firaun berkata, Aku akan membiarkan kalian pergi, supaya kalian dapat mempersembahkan korban kepada TUHAN Allahmu di padang gurun; hanya kalian tidak akan pergi jauh-jauh: rayulah bagi pihakku.

29Dan Musa berkata, Lihatlah, aku pergi keluar daripada menghadapmu, dan aku akan merayu kepada TUHAN supaya kawanan-kawanan lalat akan nyah daripada Firaun, daripada hamba-hambanya, dan daripada rakyatnya, pada hari esok: tetapi biar jangan Firaun berbuat tipu lagi dengan tidak melepaskan umat itu pergi untuk mempersembahkan korban kepada TUHAN.

30Dan Musa pergi keluar daripada menghadap Firaun, lalu merayu kepada TUHAN.

31Dan TUHAN berbuat menurut kata Musa; dan dia menjauhkan kawanan-kawanan lalat daripada Firaun, daripada hamba-hambanya, dan daripada rakyatnya; seekor pun tidak ada yang tinggal.

32Dan Firaun mengeraskan hatinya pada kali ini juga, dan juga tidak mahu membiarkan umat itu pergi.