Genesis 1

Kejadian 1

1Pada mulanya Allah menciptakan langit dan bumi.

2Dan bumi tidak berbentuk dan kosong; dan kegelapan ada pada permukaan samudera raya. Dan Roh Allah bergerak di atas permukaan air.

3Dan Allah berfirman, Biar adanya cahaya: dan cahaya terjadi.

4Dan Allah nampak cahaya itu, bahawa ia baik: dan Allah memisahkan cahaya daripada kegelapan.

5Dan Allah memanggil cahaya Siang, dan kegelapan dia memanggil Malam. Dan petang itu dan pagi itu ialah hari pertama.

6Dan Allah berfirman, Biar adanya cakerawala di tengah-tengah air, dan biar ia memisah air daripada air.

7Dan Allah menjadikan cakerawala, lalu memisahkan air yang ada di bawah cakerawala daripada air yang ada di atas cakerawala: dan demikian itu terjadi.

8Dan Allah memanggil cakerawala Syurga. Dan petang itu dan pagi itu ialah hari kedua.

9Dan Allah berfirman, Biar air yang di bawah syurga itu dikumpulkan ke satu tempat, dan biar tanah kering muncul: dan demikian itu terjadi.

10Dan Allah memanggil tanah kering itu Bumi: dan air yang dikumpulkan itu dipanggil sebagai Lautan: dan Allah nampak bahawa itu baik.

11Dan Allah berkata, Biar bumi menghasilkan rumput, benih yang menghasilkan tumbuhan, dan pokok buah yang menghasilkan buah menurut jenisnya, yang benihnya ada di dalamnya sendiri, di atas bumi: dan demikian itu terjadi.

12Dan bumi menghasilkan rumput, dan tumbuhan menghasilkan benih menurut jenisnya, dan pokok menghasilkan buah, yang benihnya ada dalamnya sendiri, menurut jenisnya: dan Allah nampak bahawa ia baik.

13Dan petang itu dan pagi itu ialah hari ketiga.

14Dan Allah berfirman, Biar adanya cahaya-cahaya di cakerawala syurga untuk memisahkan siang daripada malam; dan biar itu dimaksudkan untuk tanda-tanda, dan untuk musim, dan untuk hari-hari, dan tahun-tahun:

15Dan biar kesemua itu dimaksudkan untuk cahaya-cahaya di cakerawala syurga untuk memberi cahaya ke atas bumi: dan demikian itu terjadi.

16Dan Allah menjadikan dua cahaya besar; cahaya yang lebih besar untuk menguasai siang hari, dan cahaya yang lebih kecil untuk menguasai malam: dia menjadikan bintang-bintang juga.

17Dan Allah menempatkan kesemua itu di cakerawala syurga untuk memberi cahaya kepada bumi,

18Dan untuk menguasai siang dan menguasai malam, dan untuk memisahkan cahaya daripada kegelapan: dan Allah nampak bahawa ia baik.

19Dan petang itu dan pagi itu ialah hari keempat.

20Dan Allah berfirman, Biar air-air memancar dengan berlimpah makhluk bergerak yang ada nyawa, dan burung supaya dapat terbang di atas bumi di cakerawala terbuka syurga.

21Dan Allah menciptakan ikan-ikan paus yang besar, dan setiap makhluk hidup yang bergerak, yang telah dipancarkan air-air dengan berlimpah, menurut jenis mereka, dan setiap burung yang bersayap menurut jenisnya: dan Allah nampak bahawa ia baik.

22Dan Allah memberkatinya, dengan berfirman, Jadilah berhasil dan berlipat ganda, dan isikan air di lautan, dan jadilah burung berlipat ganda di bumi.

23Dan petang itu dan pagi itu ialah hari kelima.

24Dan Allah berfirman, Biar bumi memancarkan makhluk hidup menurut jenisnya, ternakan dan binatang merayap, dan binatang bumi menurut jenisnya: dan demikian itu terjadi.

25Dan Allah menjadikan binatang bumi menurut jenisnya, dan ternakan menurut jenisnya, dan setiap benda yang merayap di bumi menurut jenisnya: dan Allah nampak bahawa ia baik.

26Dan Allah berfirman, Biar kita menjadikan lelaki dalam gambar kita, menurut rupa kita: dan biar mereka memiliki ketakhtaan atas ikan di laut, dan burung di udara, dan atas ternakan lembu, dan atas seluruh bumi, dan atas setiap binatang merayap yang merayap di bumi.

27Maka Allah menciptakan manusia menurut gambarnya sendiri, menurut gambar Allah diciptakannya dia; lelaki dan perempuan diciptakannya mereka.

28Dan Allah memberkati mereka, dan Allah berfirman kepada mereka, Jadilah berhasil, dan melipatgandakan diri, dan penuhilah bumi, dan takhlukkannya: dan kuasailah ikan lautan, dan burung-burung di udara, dan atas segalanya yang hidup dan yang bergerak di atas bumi.

29Dan Allah berfirman, Lihatlah, aku telah menyerahkan setiap tumbuhan yang mengandungi benih, yang ada di muka seluruh bumi, dan setiap pokok, yang di dalamnya ada buah pokok yang menghasilkan benih; kepada kalian itulah yang dimaksudkan sebagai makanan.

30Dan kepada setiap binatang di bumi, dan kepada setiap burung di udara, dan kepada setiap benda yang merayap di bumi, yang di dalamnya ada nyawa, aku telah menyerahkan segala tumbuhan hijau sebagai makanan: dan demikian itu terjadi.

31Dan Allah nampak segalanya yang telah diciptakannya, dan lihatlah, ia sungguh baik. Dan petang itu dan pagi itu ialah hari keenam.