Genesis 2

Kejadian 2

1Demikianlah syurga-syurga dan bumi diselesaikan, dan segala isinya.

2Dan pada hari ketujuh Allah menamatkan karyanya yang telah dijadikannya; dan dia beristirahat pada hari ketujuh daripada segala karyanya yang telah dijadikannya.

3Dan Allah memberkati hari ketujuh, dan menguduskannya: kerana di dalamnya dia telah beristirahat daripada segala karyanya yang telah diciptakan dan dijadikan Allah.

4Begitulah penjanaan syurga-syurga dan bumi ketika ia diciptakan, pada hari yang TUHAN Allah menjadikan bumi dan syurga-syurga,

5Dan setiap tumbuhan ladang sebelum ia berada di bumi, dan setiap sayur ladang sebelum ia bertumbuh: sebab TUHAN Allah tidak menyebabkan hujan turun ke bumi, dan tiada manusia untuk membajak tanah.

6Tetapi ada kabus yang naik dari bumi, dan mengairi seluruh muka tanah bumi.

7Dan TUHAN Allah membentuk lelaki dari debu tanah, dan menghembus ke dalam lubang hidungnya hembusan nyawa; dan lelaki menjadi jiwa yang hidup.

8Dan TUHAN Allah menanam sebuah taman di bahagian timur Eden; dan di sana dia menempatkan lelaki yang telah dibentuknya.

9Dan dari tanah TUHAN Allah menjadikan setiap pokok bertumbuh iaitu pokok yang menyenangkan mata, dan yang baik sebagai makanan; juga pokok kehidupan di tengah-tengah taman, dan pokok pengetahuan akan baik dan jahat.

10Dan suatu sungai mengalir dari Eden untuk mengairi taman itu; dan dari situ ia terbahagi, lalu menjadi empat cabang.

11Nama sungai pertama ialah Pison: itulah sungai yang menglingkupi seluruh tanah Hawilah, tempat yang adanya emas;

12Dan emas tanah itu baik: adanya damar bedolah dan batu oniks.

13Dan nama sungai kedua ialah Gihon: sungai itulah yang sama dengan yang melingkupi seluruh tanah Etiopia.

14Dan nama sungai ketiga ialah Hidekel: itulah sungai yang mengalir ke arah timur Asyur. Dan sungai keempat ialah Efrat.

15Dan TUHAN Allah mengambil lelaki, dan menempatkannya di taman Eden untuk mengusahakannya dan memeliharanya.

16Dan TUHAN Allah memerintahkan lelaki itu, dengan berkata, Daripada setiap pokok taman ini kamu boleh makan dengan bebas:

17Tetapi daripada pokok pengetahuan akan baik dan jahat itu, kamu tidak akan makan daripadanya: sebab pada hari yang kamu makan daripadanya kamu pasti akan mati.

18Dan TUHAN Allah berfirman, Ia tidak baik untuk lelaki bersendirian; Aku akan menjadikan seorang pembantu yang sesuai baginya.

19Dan dari tanah Allah membentuk setiap binatang di ladang, dan setiap burung di udara; dan membawanya ke Adam untuk melihat apa yang akan Adam memanggilnya: dan barang apa yang masing-masing dipanggil Adam bagi setiap makhluk yang hidup, itulah nama makhluk itu.

20Dan Adam memberi nama kepada setiap lembu, dan kepada setiap burung di udara, dan kepada setiap binatang di ladang; tetapi bagi Adam tidak ditemui seorang pembantu yang sesuai baginya.

21Dan TUHAN Allah menyebabkan suatu tidur yang nyenyak menimpa Adam, lalu dia tertidur: dan TUHAN Allah mengambil salah satu daripada tulang rusuknya, dan menutupi daging itu;

22Dan tulang rusuk itu, yang telah diambil TUHAN Allah daripada lelaki, dipakai untuk menciptakan perempuan, lalu dibawakannya kepada lelaki.

23Dan Adam berkata, Inilah sekarang tulang daripada tulangku, dan daging daripada dagingku: dia akan dipanggil Perempuan, kerana dia telah diambil daripada Lelaki.

24Oleh sebab itu, seorang lelaki akan meninggalkan ayahnya dan ibunya, dan akan berpaut kepada isterinya: dan mereka akan menjadi satu daging.

25Dan mereka berdua telanjang, yakni lelaki dan isterinya, dan mereka tidak malu.