Genesis 12

Kejadian 12

1Tuhan berfirman kepada Abram, Pergilah kamu luar dari negerimu, dan daripada sanak saudaramu, dan daripada rumah tangga bapamu, ke suatu kawasan tanah yang akan kutunjukkan kepadamu:

2Dan aku akan menjadikan suatu bangsa yang besar daripadamu, dan aku akan memberkatimu, dan menjadikan namamu besar; dan kamu akan menjadi suatu berkat:

3Dan aku akan memberkati mereka yang memberkatimu, dan mengutuk mereka yang mengutukimu: dan dalam dirimu semua keluarga di bumi akan diberkati.

4Maka Abram pergi, seperti mana TUHAN telah berbicara kepadanya; dan Lot pergi bersamanya: dan Abram berumur tujuh puluh dan lima tahun ketika dia berangkat dari Haran.

5Dan Abram mengambil isterinya Sarai, dan Lot anak saudaranya, dan semua harta yang telah dikumpulkan mereka, dan jiwa-jiwa yang telah diperoleh mereka di Haran; lalu mereka berangkat untuk pergi ke tanah Kanaan; dan ke tanah Kanaan mereka sampai.

6Dan Abram melalui tanah itu ke tempat Sikhem, di dataran More. Dan pada ketika itu orang Kanaan berdiam di kawasan tanah itu.

7Dan TUHAN menyatakan diri kepada Abram, lalu berkata, Kepada benihmu akan kuberi tanah ini: dan di situ dia mendirikan satu mazbah kepada TUHAN, yang telah menyatakan diri kepadanya.

8Dan dia berpindah dari situ ke gunung di timur Betel, dan memasang khemahnya, sementara Betel berada di sebelah barat, dan Ai di sebelah timur: dan di sana dia mendirikan mazbah kepada TUHAN, dan menyeru nama Tuhan.

9Dan Abram mengembara, dan kekal menuju ke hala selatan.

10Dan berlakunya kemarau di kawasan itu: lalu Abram pergi ke Mesir untuk merantau di sana; sebab kemarau sungguh teruk di kawasan tanah itu.

11Dan terjadilah, ketika dia mendekati tempat masuk Mesir, bahawa dia memberitahu Sarai, isterinya, Lihatlah sekarang, aku tahu bahawa kamu perempuan yang cantik untuk dipandang:

12Oleh sebab itu, ini akan terjadi, ketika orang Mesir melihatmu, mereka akan berkata, Inilah isterinya: dan mereka akan membunuhku, tetapi mereka akan mengekalkanmu hidup.

13Berkatalah, aku mohon kepadamu, bahawa kamu adik perempuanku: supaya ia baik bagiku demimu; dan supaya jiwaku akan hidup keranamu.

14Dan terjadilah, ketika Abram sampai ke Mesir, bahawa orang Mesir nampak perempuan itu sungguh cantik.

15Para penguasa Firaun juga nampak Sarai, dan memuji-mujinya di hadapan Firaun: dan perempuan itu dibawa ke rumah Firaun.

16Dan dia menyambut Abram dengan baik demi perempuan itu: dan Abram mendapat domba, lembu, dan keldai jantan, dan hamba abdi lelaki, dan hamba abdi perempuan, dan keldai bentina, dan unta.

17Dan TUHAN menimpa azab kepada Firaun dan rumah tangganya dengan azab yang hebat kerana Sarai, isteri Abram itu.

18Dan Firaun memanggil Abram, dan berkata, Apakah ini yang telah kamu buat terhadapku? mengapa kamu tidak memberitahuku bahawa dia isterimu?

19Mengapa kamu berkata, Dia adik perempuanku? sehingga aku sudah mungkin mengambilnya untuk dijadikan isteri kepadaku: maka sekarang, lihatlah isterimu, ambillah dia, dan pergi.

20Dan Firaun memberi perintah kepada orang-orangnya berkenaan Abram: dan mereka menghantar Abram pergi, dan isterinya, dan segala apa yang kepunyaannya.