Genesis 14

Kejadian 14

1Dan terjadilah pada hari-hari zaman Amrafe, raja Sinear, Ariokh, raja Elasar, Kedorlaomer, raja Elam, dan Tideal, raja bangsa-bangsa;

2Bahawa mereka ini berperang dengan Bera, raja Sodom, dan dengan Birsya, raja Gomora, Syina, raja Adma, dan Syemeber, raja Zeboim dan raja negeri Bela, yakni negeri Zoar.

3Mereka semua ini bergabung bersama di lembah Sidim, yang merupakan laut masin.

4Dua belas tahun mereka takhluk kepada Kedorlaomer, tetapi pada tahun ketiga belas mereka memberontak.

5Dan pada tahun keempat belas datanglah Kedorlaomer, dan para raja yang ada bersamanya, lalu memukul kalah orang Refaim di Asyterot Karnaim, dan orang Zuzim di Ham, dan orang Emim di Syawe Kiryataim,

6Dan orang Hori di gunung Seir mereka, sampai ke Elparan, yang ada di padang gurun.

7Dan mereka kembali, dan sampai ke Enmispat, yakni Kadesh, dan memukul kalah seluruh negara orang Amalek, dan juga orang Amori yang berdiam di Hazezontamar.

8Dan di sana majulah raja Sodom, dan raja Gomora, dan raja Adma, dan raja Zeboim, dan raja Bela (yang sama ini ialah Zoar;) dan mereka ini bergabung dalam pertempuran dengan mereka itu di lembah Sidim;

9Iaitu dengan Kedorlaomer, raja Elam, dan dengan Tidak, raja bangsa-bangsa, dan Amrafel, raja Sinear, dan Ariokh, raja Elasar; empat raja lawan lima.

10Dan lembah Sidim penuh dengan liang selut; dan para raja Sodom dan Gomora melarikan diri, lalu jatuh di sana; dan orang-orang yang tinggal melarikan diri ke gunung.

11Dan segala harta benda, dan segala bekalan Sodom dan Gomora, diambil musuh lalu mereka pergi menurut jalan mereka.

12Dan mereka mengambil Lot, anak kepada saudara Abram, yang berdiam di Sodom, dan segala harta bendanya, lalu berangkat pergi.

13Dan dan datanglah seorang yang terlepas, dan memberitahu Abram, orang Ibrani itu; sebab dia berdiam di pelataran Mamre, orang Amori itu, saudara Eskol, dan saudara Aner: dan orang-orang ini bergabung dengan Abram.

14Dan sesudah Abram mendengar bahawa saudaranya telah ditawan, dia mempersenjatai hamba-hambanya yang terlatih, yang telah dilahir di rumahnya sendiri, tiga ratus dan lapan belas orang, lalu mengejar musuh sampai ke Dan.

15Dan dia membahagikan angkatannya menentang musuh, dirinya dan hamba-hambanya, pada waktu malam, lalu memukul kalah mereka, dan mengejar mereka sampai ke Hoba, yang berada di sebelah kiri Damsyik.

16Dan dia membawa kembali segala harta benda, dan juga membawa kembali saudaranya Lot, dan harta bendaya, dan para perempuan juga, dan orang-orang.

17Dan raja Sodom pergi untuk bertemu dengannya sesudah kekembaliannya daripada pembunuhan Kedorlaomer, dan para raja yang ada bersamanya, di lembah Syawe, yang merupakan lembah para raja.

18Dan Melkisedek raja Salem membawa roti dan wain: dan dia itu imam Allah Yang Mahatinggi.

19Dan dia memberkati Abram dan berkata, Diberkatilah Abram milik Allah Yang Mahatinggi, pemilik syurga dan bumi:

20Dan terpujilah Allah Yang Mahatinggi, yang telah menyerahkan musuh-musuhmu ke dalam tanganmu. Lalu Abram memberikannya persepuluhan akan segalanya.

21Dan raja Sodom berkata kepada Abram, Berilah kepadaku orang-orang, dan kamu ambillah harta-harta benda.

22Dan Abram berkata kepada raja Sodom, aku telah mengangkat tangan sumpah kepada TUHAN, Allah Yang Maha Tinggi, pemilik syurga dan bumi,

23Bahawa aku tidak akan mengambil daripada seutas benang sampai kepada tali kasut pun, dan aku tidak akan mengambil apa pun yang merupakan milikmu, supaya jangan kamu berkata, aku telah menjadikan Abram kaya:

24Kecuali hanya apa yang telah dimakan orang-orang teruna, dan bahagian untuk para lelaki yang telah pergi bersamaku, Aner, Eskol, dan Mamre; biarlah mereka mengambil bahagian mereka masing-masing.