1Dan terjadilah sesudah hal-hal itu, bahawa Allah mencubai Abraham, dan berkata kepadanya, Abraham: dan dia berkata, Lihatlah, aku di sini.
2Dan dia berkata, Bawalah anakmu, iaitu Ishak anakmu yang tunggal, yang kamu kasihi, dan pergilah kamu ke kawasan Moria; dan persembahkanlah dia di sana sebagai korban bakaran di atas salah satu gunung yang akan aku beritahu kamu kemudian.
3Dan Abraham bangun pada awal pagi, dan menaruh beban ke atas keldainya, dan membawa dua terunanya bersama, dan Ishak, anaknya, dan membelah kayu yang akan dipakai untuk persembahan bakaran, lalu bangun, dan bertolak ke tempat yang telah diarahkan Allah kepadanya.
4Kemudian pada hari yang ketiga Abraham melayangkan pandangannya, lalu terlihat kawasan itu dari jauh.
5Dan Abraham berkata kepada para terunanya, Kalian tinggal di sini bersama keldai; dan aku bersama budak lelaki ini akan pergi ke sana dan bersembahyang, lalu kembali semula kepada kalian.
6Dan Abraham mengambil kayu persembahan bakaran, dan menaruh itu ke atas anaknya, Ishak; dan dia mengambil api dan pisau dalam tangannya; lalu pergilah mereka berdua bersama-sama.
7Dan Ishak berkata kepada ayahnya, Abraham, dan berkata, Bapaku: dan dia berkata, Di sinilah aku, ya anakku. Dan Ishak berkata, Lihatlah ada api dan kayu: tetapi di manakah domba bagi persembahan bakaran?
8Dan Abraham berkata, Hai anakku, Allah akan sendiri menyediakan seekor domba bagi persembahan bakaran: jadi pergilah mereka berdua bersama-sama.
9Dan mereka sampai ke tempat yang telah diberitahukan Allah kepadanya; dan Abraham membina mazbah di sana, dan menyusun kayu dengan teratur, lalu mengikat anaknya, Ishak, dan membaringkannya di atas kayu di mazbah.
10Dan Abraham menghulurkan tangannya, dan mengambil pisau untuk membunuh anaknya.
11Dan malaikat TUHAN memanggil kepadanya dari syurga, dan berkata, Abraham, Abraham: dan Abraham berkata, Di sinilah aku.
12Dan dia berkata, Jangan sentuh budak lelaki itu, dan juga jangan mengapa-apakannya: sebab sekarang aku tahu bahawa kamu takut akan Allah, memandangkan kamu tidak menahan anakmu, malah anak tunggalmu daripada aku.
13Dan Abraham melayangkan pandangannya, dan melihat, dan ternampak di belakang dirinya seekor domba jantan yang tanduknya tersangkut di dalam belukar: dan Abraham pergi mengambil domba jantan itu, lalu mempersembahkannya sebagai persembahan bakaran untuk menggantikan anaknya.
14Dan Abraham memanggil nama tempat itu Jehovahjireh: seperti yang disebut sampai ke hari ini, Di gunung TUHAN ia akan dilihat.
15Dan malaikat TUHAN memanggil Abraham dari syurga untuk kali kedua,
16Dan berkata, Demi diriku sendiri telah aku bersumpah, firman TUHAN, kerana kamu telah melakukan itu, dan tidak menahan untuk menyerahkan anak lelakimu, malah anak lelakimu yang tunggal:
17Supaya dalam hal memberkati aku akan memberkatimu, dan dalam hal mengganda aku akan menggandakan benihmu seperti bintang-bintang di syurga, dan seperti pasir yang ada di tepi laut; dan benihmu akan memiliki pintu gerbang musuh-musuhnya;
18Dan dalam benihmu akan semua bangsa di bumi diberkati; kerana kamu telah mentaati suaraku.
19Maka Abraham kembali kepada para terunanya, dan mereka bangun dan pergi bersama ke Bersyeba; dan Abraham berdiam di Bersyeba.
20Dan terjadilah sesudah hal-hal itu, bahawa ada khabar yang disampaikan kepada Abraham, dengan kata-kata, Lihatlah, Milka, dia juga telah melahirkan anak kepada saudaramu Nahor;
21Us, anak sulungnya, dan Bus, adiknya, dan Kemuel, bapa kepada Aram,
22Dan Kesed, dan Hazo, dan Pildash, dan Yidlaf, dan Betuel.
23Dan Betuel memperanakkan Ribka: lapan orang ini telah Milka lahir bagi Nahor, saudara Abraham.
24Dan gundiknya, yang bernama Reuma, dia juga melahirkan Tebah, dan Gaham, dan Tahash, dan Maakha.