Genesis 24

Kejadian 24

1Dan Abraham menjadi tua, dan lanjut umurnya: dan TUHAN telah memberkati Abraham dalam segalanya.

2Dan Abraham berkata kepada hamba yang paling tua di rumahnya, hamba yang menguasai segalanya yang dia ada, Letakkanlah, aku mohon kepadamu, tanganmu di bawah pahaku:

3Dan aku akan membuatmu bersumpah demi TUHAN, Allah syurga, dan Allah bumi, bahawa kamu tidak akan mengambil seorang isteri bagi anak lelakiku dari antara anak-anak perempuan orang Kanaan, yang di antaranya aku berdiam:

4Tetapi kamu akan pergi ke negeriku, dan kepada sanak saudaraku, lalu mengambil seorang isteri bagi anak lelakiku, Ishak.

5Dan hamba itu berkata kepadanya, Pada kemungkinan perempuan itu tidak rela mengikutku ke kawasan tanah ini: haruskah aku membawa anak lelakimu semula ke kawasan tanah yang telah kamu berasal?

6Dan Abraham berkata kepadanya, Berhati-hati supaya kamu jangan membawa anak lelakiku ke sana semula.

7TUHAN Allah syurga, yang telah mengambilku dari rumah bapaku, dan dari kawasan tanah saudara maraku, dan yang telah berbicara kepadaku, dan yang telah bersumpah kepadaku, dengan berkata, Kepada benihmu akan kuberi tanah ini; dia yang akan mengutus malaikatnya mendahuluimu, dan kamu akan mengambil seorang isteri bagi anak lelakiku dari sana.

8Dan jika perempuan itu tidak rela mengikutmu, maka jelaslah kamu daripada sumpah ini: hanya jangan bawa anak lelakiku ke sana semula.

9Dan hamba itu menaruh tangannya di bawah paha Abraham, tuannya, dan bersumpah kepadanya berkenaan hal ini.

10Dan hamba itu mengambil sepuluh unta dari antara unta-unta tuannya, lalu bertolak; sebab segala harta tuannya ada pada tangannya: dan dia bangkit, lalu pergi ke Mesopotamia, ke kota Nahor.

11Dan dia menjadikan unta-untanya melutut di luar kota di tepi perigi air pada waktu petang, yakni pada waktu para perempuan keluar untuk menimba air.

12Dan dia berkata, Ya TUHAN Allah tuanku, Abraham, aku mohon kepadamu, utuslah kepadaku keberhasilan lekas pada hari ini, dan tunjukkanlah kemurahan kepada tuanku Abraham.

13Lihatlah, aku berdiri di sini di tepi perigi air; dan anak-anak perempuan para lelaki di kota ini telah keluar untuk menimba air:

14Dan biarlah ini terjadi, bahawa anak gadis yang kepadanya aku berkata, Tolong miringkan buyungmu, aku mohon kepadamu, supaya aku dapat minum; dan dia akan berkata, Minumlah, dan aku akan memberi minum kepada unta-untamu juga: biar anak gadis yang sama itu menjadi orang yang telah kamu tentukan bagi hambamu Ishak; dan dengan itu aku akan tahu bahawa kamu telah menunjukkan kemurahan kepada tuanku.

15Dan terjadilah, sebelum dia selesai berbicara, bahawa, Ribka yang dilahirkan bagi Betuel, anak lelaki Milka, isteri Nahor, saudara kepada Abraham, keluar dengan buyung di atas bahunya.

16Dan gadis itu sungguh cantik untuk dipandang, seorang perawan yang tidak pernah mana-mana lelaki mengenalnya: dan dia turun ke perigi, dan mengisi buyungnya, lalu kembali naik.

17Dan hamba itu berlari untuk bertemu dengannya, dan berkata, Biar diriku, aku mohon kepadamu, minum sedikit air dari buyungmu.

18Dan perempuan itu berkata, Minumlah, tuanku: dan dia bergegas, lalu menurunkan buyungnya yang ada pada tangannya, lalu memberinya minum.

19Dan sesudah dia selesai memberinya minum, dia berkata, Aku akan menimba air bagi unta-unta juga, sehingga semuanya puas minum.

20Dan dia bergegas, dan mengosongkan buyungnya ke dalam palungan, lalu berlari semula ke perigi untuk menimba air, dan menimba bagi semua untanya.

21Dan lelaki itu yang sedang mengaguminya itu kekal senyap, untuk mengetahui sama ada TUHAN telah menjadikan perjalanannya berhasil ataupun tidak.

22Dan terjadilah, sementara unta-unta telah siap minum, bahawa lelaki itu mengambil anting-anting emas yang seberat setengah syikal, dan dua gelang tangan yang seberat sepuluh syikal emas untuk tangannya;

23Dan berkata, Anak perempuan siapakah kamu? Beritahulah diriku, aku mohon kepadamu: mungkinkah adanya ruang di rumah bapamu untuk menumpang kami?

24Dan perempuan itu berkata kepadanya, Aku anak perempuan Betuel anak kepada Milka, yang telah Milka lahir bagi Nahor.

25Tambahan lagi, perempuan itu berkata kepadanya, Kami ada kedua-duanya jerami dan makanan ternak yang mencukupi, dan bilik sebagai tempat tumpangan.

26Dan lelaki itu menundukkan kepalanya, dan bersembahyang kepada TUHAN.

27Dan dia berkata, Diberkatilah TUHAN Allah tuanku Abraham, yang tidak pernah meninggal tandus tuanku akan belas kasihannya dan akan kebenarannya: Aku sementara berada di tengah-tengah jalan, TUHAN telah memimpinku ke rumah saudara-saudara tuanku.

28Dan gadis itu berlari, lalu memberitahu mereka yang berasal dari rumah tangga ibunya hal-hal itu.

29Dan Ribka mempunyai seorang saudara, dan namanya Laban: dan Laban berlari kepada lelaki itu, ke perigi itu.

30Dan terjadilah, ketika Laban melihat anting-anting dan gelang-gelang tangan yang ada pada tangan saudarinya itu, dan ketika dia mendengar kata-kata Ribka, saudarinya, dengan berkata, Demikian bicara lelaki itu kepadaku; bahawa Laban pergi ke lelaki itu; dan, lihatlah, lelaki itu berdiri bersampingan unta-unta di perigi.

31Dan Laban berkata, Masuklah, kamu yang diberkati TUHAN; mengapakah kamu berdiri di luar? sebab aku telah menyediakan rumah, dan ruang bagi unta-unta ini.

32Dan lelaki itu masuk ke dalam rumah: dan dia menanggalkan tali-tali unta-untanya, lalu memberi jerami dan makanan ternak kepada unta-unta itu, dan air untuk membasuh kaki lelaki itu, dan kaki para lelaki yang ada bersama lelaki itu.

33Dan ada makanan yang dihidangkan di hadapan lelaki itu untuk makan: tetapi dia berkata, Aku tidak akan makan, sehingga aku telah menceritakan kerja suruhanku. Dan Laban berkata, Sila berbicara.

34Dan dia berkata, Aku hamba Abraham.

35Dan TUHAN telah memberkati tuanku dengan sangat banyak; dan dia telah menjadi besar: dan dia telah memberinya ternakan domba, dan ternakan lembu, dan perak, dan emas, dan hamba-hamba lelaki, dan hamba-hamba perempuan, dan unta-unta, dan keldai-keldai.

36Dan Sara, isteri tuanku, pada umur yang tua, telah melahirkan seorang anak lelaki bagi tuanku: dan kepada anaknya itu diberi tuanku segala kepunyaannya.

37Dan tuanku membuat aku bersumpah, dengan berkata, Kamu tidak akan mengambil untuk anak lelakiku seorang isteri yang dari antara anak-anak perempuan Kanaan, yang di kawasan tanah mereka itu aku berdiam:

38Tetapi kamu akan pergi ke rumah ayahku, dan kepada sanak-saudaraku, dan mengambil seorang isteri bagi anak lelakiku.

39Dan aku berkata kepada tuanku, Ada kemungkinan perempuan itu tidak akan mengikutku.

40Dan tuanku berkata kepadaku, TUHAN, yang di hadapannya aku menjalani hidupku, akan mengutus malaikatnya bersamamu, dan memakmurkan jalanmu; dan kamu akan mengambil seorang isteri bagi anak lelakiku dari kalangan saudara maraku, dan dari antara rumah ayahku:

41Kemudian kamu akan jelas daripada sumpah aku ini, sesudah kamu sampai kepada saudara maraku; dan jika mereka tidak memberi kamu seorang pun, maka kamu akan jelas daripada sumpah aku.

42Dan aku sampai pada hari ini ke perigi itu, dan berkata, ya TUHAN Allah tuanku Abraham, jika sekarang engkau memakmurkan jalan yang ditempuhiku:

43Lihatlah, aku berdiri di tepi perigi air; dan terjadilah ketika perawan itu datang untuk menimba air, dan aku berkata kepadanya, Berilah diriku, aku mohon kepadamu, sedikit air daripada buyungmu untuk minum;

44Dan perempuan itu berkata kepadaku, Biar kedua-duanya kamu minum, dan aku juga akan menimba bagi unta-untamu: maka biarlah perempuan yang sama itu menjadi perempuan yang telah ditentukan TUHAN bagi anak tuanku.

45Dan sebelum aku selesai berbicara di hatiku, lihatlah, Ribka keluar dengan buyungnya di bahunya; dan dia turun ke perigi, dan menimba air: dan aku berkata kepadanya, Biar aku minum, aku mohon kepadamu.

46Dan Ribka bergegas, dan menurunkan buyungnya dari bahunya, dan berkata, Minumlah, dan aku juga akan memberi minum kepada unta-untamu juga: maka aku minum, dan dia memberi minum kepada unta-unta juga.

47Dan aku menanya dia, dan berkata, Anak perempuan siapakah kamu? Dan dia berkata, Anak perempuan Betuel, anak lelaki Nahor, yang Milka lahir kepadanya: dan aku menaruh anting-anting pada mukanya, dan gelang-gelang tangan pada tangannya.

48Dan aku menundukkan kepalaku, dan bersembahyang kepada TUHAN, dan memberkati TUHAN Allah tuanku Abraham, yang telah memimpinku ke jalan yang betul untuk mengambil anak perempuan saudara tuanku bagi anak lelaki tuanku.

49Dan sekarang, jika kalian bermurah hati dan ikhlas dengan tuanku, beritahulah aku: dan jika tidak, beritahulah aku; supaya aku dapat berpaling ke tangan kanan, atau berpaling ke kiri.

50Maka Laban dan Betuel menjawab dan berkata, Hal ini datangnya daripada TUHAN: kami tidak dapat berbicara kepadamu buruknya atau baiknya.

51Lihatlah, Ribka ada di hadapanmu, ambillah dia, dan pergi, dan biar dia menjadi isteri kepada anak lelaki tuanmu, seperti yang difirmankan TUHAN.

52Dan terjadilah, bahawa, ketika hamba Abraham mendengar kata-kata mereka, dia bersembahyang kepada TUHAN dengan menyujud ke bumi.

53Dan hamba itu mengeluarkan barang kemas perak, dan barang kemas emas, dan pakaian, dan memberinya kepada Ribka: dia juga memberi kepada abangnya dan kepada ibunya barang-barang yang berharga.

54Dan mereka makan dan minum, dan bersama orang yang ada bersamanya, dan berlengah sepanjang malam; lalu mereka bangun pada waktu pagi, dan dia berkata, Utuskanlah aku kepada tuanku.

55Dan saudara lelakinya dan ibunya berkata, Biar gadis itu berdiam bersama kami untuk beberapa hari lagi, sekurang-kurangnya sepuluh hari; dan selepas itu dia akan pergi.

56Dan dia berkata kepada mereka, Jangan menghalangku, memandangkan TUHAN telah menjadikan jalanku berhasil; lepaskanlah aku supaya aku dapat pergi kepada tuanku.

57Dan mereka berkata, Kami akan memanggil gadis itu, dan bertanya kepadanya sendiri.

58Dan mereka memanggil Ribka, dan berkata kepadanya, Akankah kamu pergi bersama lelaki ini? Dan Ribka berkata, aku akan pergi.

59Dan mereka melepaskan Ribka, saudari mereka itu, dan inang pengasuhnya, dan hamba Abraham dengan para lelakinya.

60Dan mereka memberkati Ribka, dan berkata kepadanya, Kamu merupakan saudari kami, biar kamu menjadi ibu kepada beribu-ribu juta, dan biar benihmu menguasai pintu gerbang orang yang membenci mereka.

61Dan Ribka bangkit berserta hamba-hamba perempuannya, dan mereka menunggang unta, dan mengikuti lelaki itu: dan hamba lelaki itu mengambil Ribka, lalu pergi.

62Dan Ishak pula datang dari jalan perigi Lahairoi; sebab dia berdiam di bahagian selatan negeri itu.

63Dan Ishak keluar untuk merenung di ladang pada waktu senja: dan dia melayangkan pandangannya, dan nampak, sesungguhnya, unta-unta sedang datang.

64Dan Ribka melayangkan pandangannya, dan ketika dia nampak Ishak, dia turun dari unta itu.

65Sebab dia telah berkata kepada hamba lelaki, Siapakah lelaki itu yang berjalan di ladang untuk bertemu dengan kita? Dan hamba itu berkata, Dia merupakan tuanku: maka Ribka mengambil suatu vel, dan menutupi dirinya.

66Dan hamba itu memberitahu Ishak segalanya yang sudah dia lakukan.

67Dan Ishak membawanya ke dalam khemah Sara, dan mengambil Ribka, dan Ribka menjadi isterinya; dan dia mengasihi Ribka: dan Ishak dihiburkan selepas kematian ibunya.