Genesis 27

Kejadian 27

1Dan terjadilah, ketika Ishak sudah tua, dan matanya kabur, sehingga dia tidak dapat melihat, dia memanggil Esau, anak sulungnya, dan berkata kepadanya, Hai anak lelakiku: dan Esau berkata kepadanya, Lihatlah, aku di sini.

2Dan Ishak berkata, Lihatlah sekarang, aku sudah tua, aku tidak tahu hari kematianku:

3Maka sekarang ambillah, aku mohon kepadamu, senjata-senjatamu, busurmu dan anak panahmu, dan pergi ke luar padang, dan bawalah bagiku daging binatang liar;

4Dan siaplah bagiku makanan yang enak, seperti apa yang digemariku, dan bawalah itu kepadaku, supaya aku dapat makan; supaya jiwaku dapat memberkatimu sebelum aku mati.

5Dan Ribka mendengar ketika Ishak berbicara kepada Esau, anak lelakinya. Dan Esau pergi ke padang untuk memburu untuk daging binatang liar, dan untuk membawa itu.

6Dan Ribka berbicara kepada Yakub, anak lelakinya, dengan berkata, Lihatlah, aku terdengar ayahmu berbicara kepada Esau, abangmu, dengan berkata,

7Bawalah kepadaku daging binatang liar supaya aku dapat makan, dan memberkatimu di hadapan TUHAN sebelum kematianku.

8Oleh sebab itu, hai anak lelakiku, taatilah suaraku menurut apa yang aku perintah kepadamu.

9Pergilah ke kawanan, dan bawalah aku dari sana dua anak dari kalangan kambing; dan aku akan mengolahnya menjadi makanan yang enak bagi ayahmu, seperti apa yang digemarinya:

10Dan kamu akan membawa itu kepada ayahmu, supaya dia dapat makan, dan supaya dia dapat memberkatimu sebelum kematiannya.

11Dan Yakub berkata kepada Ribka, ibunya, Lihatlah, Esau, abangku, merupakan orang yang berbulu banyak, sedangkan diriku lelaki yang berkulit licin:

12Ayahku kemungkinan akan merabaku, dan aku akan disangka kepada dirinya sebagai seorang penipu; dan aku akan menimpa kutuk kepada diriku, dan bukan berkat.

13Dan ibunya berkata kepadanya, Biar kutukmu menimpa diriku, hai anak lelakiku: hanya taatilah suaraku, dan pergi ambil kambing-kambing itu kepadaku.

14Dan Yakub pergi, dan mengambil kambing-kambing itu, lalu membawanya kepada ibunya: dan ibunya mengolah makanan yang enak, seperti apa yang digemari ayahnya.

15Dan Ribka mengambil pakaian yang elok kepunyaan anak sulungnya, Esau, yang ada pada dirinya di rumah itu, lalu mengenakannya kepada Yakub, anak lelaki bongsunya:

16Dan dia mengenakan kulit anak-anak dari kalangan kambing pada tangan Yakub, dan pada lehernya yang licin:

17Dan dia menyerahkan makanan yang enak itu dan roti, yang telah disiapkannya, ke dalam tangan anak lelakinya, Yakub.

18Dan Yakub mendatangi ayahnya, dan berkata, Hai ayahku: dan ayahnya berkata, aku di sini; siapakah kamu, hai anak lelakiku?

19Dan Yakub berkata kepada ayahnya, Akulah Esau, anak sulungmu; aku telah berbuat menurut apa yang telah disuruhmu kepadaku: bangunlah, aku mohon kepadamu, duduk dan makan daging binatang liarku, supaya jiwamu dapat memberkatiku.

20Dan Ishak berkata kepada anak lelakinya, Bagaimanakah mungkin kamu telah menemuinya dengan sebegitu lekas, hai anakku? Dan Yakub berkata, Kerana TUHAN Allahmu telah membawanya kepadaku.

21Dan Ishak berkata kepada Yakub, Datanglah dekat, aku mohon kepadamu, supaya aku dapat merabamu, hai anakku, untuk tahu sama ada kamu yang benar-benar anak lelakiku, Esau, ataupun tidak.

22Dan Yakub pergi dekat kepada Ishak, ayahnya; dan ayahnya merabanya, dan berkata, Suaranya ialah suara Yakub, tetapi tangannya ialah tangan Esau.

23Dan Ishak tidak dapat menanggapinya, kerana tangannya berbulu banyak, seperti tangan abangnya Esau: maka Ishak memberkatinya.

24Dan dia berkata, Adakah kamu benar-benar anak lelakiku Esau? Dan Yakub berkata, Ya demikianlah aku.

25Dan Ishak berkata, Bawalah itu dekat kepadaku, dan aku akan makan daging binatang liar anak lelakiku, supaya jiwaku dapat memberkatimu. Dan Yakub membawa itu dekat kepadanya, dan Ishak makan: dan Yakub membawa wain kepadanya, dan Ishak minum.

26Dan ayahnya Ishak berkata kepadanya, Datanglah dekat sekarang, dan ciumlah aku hai anak lelakiku.

27Dan Yakub mendekatinya, lalu menciumnya: dan Ishak mencium bau pakaiannya, dan memberkatinya, dan berkata, Lihatlah, bau anak lelakiku adalah seperti bau padang yang telah diberkati TUHAN:

28Oleh sebab itu, Allah memberikanmu embun syurga, dan kegemukan bumi, dan banyak biji-bijian dan wain:

29Biar orang-orang yang melayanimu, dan bangsa-bangsa menunduk kepadamu: jadilah tuan ke atas saudara-saudara lelakimu, dan biar anak-anak lelaki ibumu menunduk kepadamu: terkutuklah setiap orang yang mengutukmu, dan diberkatilah dia yang memberkatimu.

30Dan terjadilah, sebaik sahaja Ishak mengakhiri memberkati Yakub, dan Yakub nyaris-nyaris keluar dari kehadiran Ishak, ayahnya, bahawa Esau, abangnya, kembali dari berburu.

31Dan Esau juga mempersiapkan makanan yang enak, lalu membawanya kepada ayahnya, dan berkata kepada ayahnya, Biar ayahku bangun, dan makanlah daging binatang liar anak lelakinya, supaya jiwamu dapat memberkatiku.

32Dan Ishak, ayahnya, berkata kepada, Siapakah kamu? Dan dia berkata, Aku anak lelakimu, anak sulungmu, Esau.

33Dan Ishak teramat gementar, dan berkata, Siapa? di manakah orang yang telah mengambil daging binatang liar, dan membawanya kepadaku, dan aku telah memakan semuanya sebelum kamu datang, dan aku telah memberkatinya? ya, dan dia akan diberkati.

34Dan ketika Esau mendengar kata-kata ayahnya, dia menyeru dengan seruan yang teramat pedih, dan berkata kepada ayahnya, Berkatilah aku, bahkan aku juga, ya bapaku.

35Dan Ishak berkata, Saudaramu telah datang dengan licik, dan telah merampas berkatmu itu.

36Dan Esau berkata, Bukankah dia dinamakan Yakub dengan tepat sekali? sebab dia telah menggulingkanku dua kali ini: dia telah merampas hak kelahiranku; dan, lihatlah, sekarang dia telah merampas berkatku. Dan Esau berkata, Adakah satu berkat pun tidak disimpan ayah bagiku?

37Dan Ishak menjawab dan berkata kepada Esau, Lihatlah, aku telah menjadikan dia tuanmu, dan semua saudaranya telah kuberi kepadanya sebagai hamba; dan dengan biji-bijian dan wain telah aku menampungnya: dan apakah yang akan kubuat sekarang bagimu, hai anak lelakiku?

38Dan Esau berkata kepada ayahnya, Adakah satu berkat pun ada padamu, ya bapaku? berkatilah aku, bahkan aku juga, ya bapaku. Dan Esau mengangkat suaranya, lalu menangis.

39Dan Ishak ayahnya menjawab dan berkata kepadanya, Lihatlah, tempat kediamanmu akan menjadi kegemukan bumi, dan hasil embun syurga dari atas;

40Dan oleh pedangmu akan kamu hidup, dan akan melayani saudaramu; dan ia akan terjadi ketika kamu sudah memiliki ketakhtaan, bahawa kamu akan mematahkan kuknya daripada lehermu.

41Dan Esau membenci Yakub kerana berkat yang telah diberkati ayahnya kepadanya: dan Esau berkata di dalam hatinya, Hari-hari ratapan bagi ayahku menjelang; kemudian aku akan membunuh saudaraku Yakub.

42Dan kata-kata Esau anak lelaki sulung Ribka, dikhabarkan kepada Ribka: dan dia menyuruh untuk memanggil Yakub, anak lelakinya yang bongsu, dan berkata kepadanya, Lihatlah, saudaramu Esau, berkenaanmu, telah menghiburkan dirinya, dengan tujuan untuk membunuhmu.

43Oleh sebab itu, hai anak lelakiku, taatilah suaraku; dan bangunlah, lari diri kepada Laban, saudaraku, ke Haran;

44Dan berdiamlah bersamanya untuk beberapa hari, sehingga amarah saudaramu menjadi reda;

45Sehingga kemarahan saudaramu dipalingkan daripada dirimu, dan dia melupakan apa yang telah dilakukanmu kepadanya: kemudian aku akan mengutus, dan menjemputmu dari sana: harus mengapakah aku juga dirampas diri kamu berdua dalam sehari?

46Dan Ribka berkata kepada Ishak, aku sudah jemu hidup kerana anak-anak perempuan Het: jika Yakub mengambil seorang isteri dari antara anak-anak perempuan Het, seperti mereka yang merupakan anak-anak perempuan tempatan, apakah kebaikan yang ada lagi pada hidupku?