Genesis 28

Kejadian 28

1Dan Ishak memanggil Yakub, dan memberkatinya, dan mempertanggungjawabkannya, dan berkata kepadanya, Kamu tidak akan mengambil seorang isteri dari antara anak-anak perempuan Kanaan.

2Bangkit, pergilah ke Padanaram, ke rumah tangga Betuel, ayah kepada ibumu; dan ambil dari sana seorang isteri dari kalangan anak perempuan Laban, saudara lelaki ibumu.

3Dan biar Allah Yang Maha Kuasa memberkatimu, dan menjadikanmu berhasil, dan menggandakanmu, supaya kamu dapat menjadi bangsa yang berbilangan ramai;

4Dan memberimu berkat Abraham, kepadamu, dan kepada benihmu yang bersamamu; supaya kamu dapat mewarisi tanah yang didiamimu sebagai orang asing, yang telah diberi Allah kepada Abraham.

5Dan Ishak melepaskan Yakub: dan Yakub pergi ke Padanaram kepada Laban, anak Betuel orang Siria itu, saudara lelaki Ribka yang ibu kepada Yakub dan Esau.

6Ketika Esau nampak bahawa Ishak telah memberkati Yakub, dan menghantar dia ke Padanaram untuk mengambil seorang isteri dari sana; dan bahawa sementara Ishak memberkatinya dia telah mempertanggungjawabkannya dengan berkata, Kamu tidak akan mengambil seorang perempuan dari antara anak-anak perempuan Kanaan;

7Dan bahawa Yakub mentaati ayahnya dan ibunya, dan telah pergi ke Padanaram;

8Dan Esau sementara melihat bahawa anak-anak perempuan Kanaan tidak menyenangkan Ishak, ayahnya;

9Maka Esau pergi ke Ismael, dan mengambil sebagai isteri tambahan kepada isteri-isteri yang dia ada, Mahalat, anak perempuan Ismael anak Abraham, adik perempuan Nebayot.

10Dan Yakub pergi ke luar Bersyeba, dan pergi menghala ke Haran.

11Dan dia sampai ke suatu tempat, dan berlengah-lengah di sana untuk sepanjang malam, kerana matahari sudah terbenam; dan dia mengambil batu-batu tempat itu, dan menempatkannya sebagai bantal-bantalnya, dan berbaring di tempat itu untuk tidur.

12Dan dia bermimpi, dan lihatlah sebuah tangga terpasang di bumi, dan hujung tangga itu mencapai ke syurga: dan lihatlah para malaikat Allah naik dan turun di tangga itu.

13Dan, lihatlah, TUHAN berdiri di atasnya, dan berfirman, Akulah TUHAN Allah Abraham bapa leluhurmu, dan Allah Ishak: tanah yang sedang kamu berbaring di atasnya ini akan kuberi kepadamu, dan kepada benihmu;

14Dan benihmu akan menjadi seperti debu bumi, dan kamu akan menyebar luas ke barat, dan ke timur, dan ke utara, dan ke selatan: dan di dalammu dan di dalam benihmu akan semua keluarga di bumi diberkati.

15Dan, lihatlah, aku berada bersamamu, dan akan memeliharamu di mana-mana tempat yang kamu pergi, dan akan membawamu semula ke tanah ini; sebab aku tidak akan meninggalkanmu, sehingga aku telah melaksanakan apa yang telah difirmankanku kepadamu.

16Dan Yakub berjaga daripada tidurnya, dan dia berkata, Sudah pasti TUHAN berada di tempat ini; dan aku tidak mengetahuinya.

17Lalu dia takut, dan berkata, Betapa ngerinya tempat ini! tempat ini bukan lain daripada rumah Allah, dan inilah pintu gerbang syurga.

18Dan Yakub bangun pada awal pagi, dan mengambil batu yang telah ditempatkannya sebagai bantal-bantalnya, dan mendirikan tugu dengannya, lalu menuang minyak ke atasnya.

19Dan dia memanggil nama tempat itu Betel: tetapi nama kota itu dipanggil Luz pada mula-mula.

20Dan Yakob membuat nazar, dengan berkata, Jika Allah akan berada bersamaku, dan akan memeliharaku di jalan yang ditempuhiku ini, dan akan memberiku roti untuk dimakan, dan pakaian untuk dipakai,

21Supaya aku kembali semula ke rumah bapaku dengan damai sejahtera; maka TUHAN akan menjadi Allahku.

22Dan batu ini, yang telah didirikanku sebagai tugu, akan menjadi rumah Allah: dan segala apa yang akan diberimu kepadaku akan pasti diberiku sepersepuluh daripadanya kepadamu.