Genesis 3

Kejadian 3

1Dalam pada itu, ular lebih licik daripada mana-mana binatang di padang yang telah diciptakan TUHAN Allah. Dia berkata kepada perempuan, Ya, adakah Allah berfirman, Kalian tidak akan makan daripada setiap pokok di taman ini?

2Dan perempuan itu berkata kepada ular, Kami boleh makan buah pokok-pokok taman ini:

3Tetapi buah daripada pokok yang berada di tengah-tengah taman, Allah telah berfirman, Kalian tidak akan makan daripadanya, dan juga tidak akan menyentuhnya, supaya jangan kalian mati.

4Lalu ular itu berkata kepada perempuan itu, Kalian pasti tidak akan mati:

5Sebab Allah tahu bahawa pada hari yang kalian memakannya, mata kalian kemudian akan terbuka, dan kalian akan menjadi seperti allah-allah, yang mengenal baik dan jahat.

6Dan apabila perempuan itu nampak bahawa pokok itu baik sebagai makanan, dan bahawa ia menyenangkan mata, dan merupakan pokok untuk diingini supaya menjadikan seseorang bijaksana, dia mengambil buahnya, dan makan, dan juga memberinya kepada suaminya yang ada bersamanya; dan suaminya pun makan.

7Dan mata mereka berdua terbuka, dan mereka tahu bahawa mereka telanjang; dan mereka menyemat daun pokok ara, dan membuat bagi diri mereka sendiri cawat.

8Dan mereka terdengar suara TUHAN Allah yang sedang berjalan di taman pada siang hari yang sejuk itu: dan Adam dan isterinya menyembunyikan diri mereka daripada hadirat TUHAN Allah di tengah-tengah pokok-pokok taman itu.

9Dan TUHAN Allah memanggil untuk Adam, dan berkata kepadanya, Di manakah kamu?

10Dan dia berkata, aku telah mendengar suaramu di taman, dan aku ketakutan, kerana aku telanjang; dan aku menyembunyikan diriku sendiri.

11Dan dia berfirman, Siapakah yang memberitahumu bahawa kamu telanjang? Sudahkah kamu memakan daripada pokok, yang telah kuperintah supaya kamu tidak patut makan?

12Dan lelaki itu berkata, Perempuan yang diberi engkau untuk bersampinganku, dia yang telah memberiku makan daripada pokok, lalu aku makan.

13Dan TUHAN Allah berkata kepada perempuan itu, Apakah yang telah kamu buat ini? Dan perempuan itu berkata, Ular itu yang telah memperdayakanku, lalu aku makan.

14Dan TUHAN Allah berkata kepada ular, Oleh sebab kamu telah melakukan itu, kamu dikutuk mengatasi semua ternakan, dan mengatasi setiap binatang di padang; ke atas perutmu akan kamu menjalar, dan debu tanah akan kamu makan sepanjang hari-hari hayatmu:

15Dan aku akan menaruh perseteruan di antara kamu dan perempuan itu, dan di antara benihmu dan benihnya; ia akan melukakan kepalamu dan kamu akan melukakan tumit lelaki itu.

16Kepada perempuan pula, dia berfirman, Aku akan sangat melipatgandakan penderitaanmu dan penghamilanmu; dalam penderitaan kamu akan melahirkan anak; dan keinginanmu akan bagi suamimu, dan suamimu akan memerintah atasmu.

17Dan kepada Adam dia berkata, Oleh sebab kamu telah mengendahkan suara isterimu, lalu telah makan daripada pokok, yang telah kuperintah kepadamu, dengan berkata, Kamu tidak akan makan daripadanya: terkutuklah tanah demimu; dalam dukacita akan kamu makan daripadanya sepanjang hari-hari hayatmu;

18Belukar duri dan semak duri juga akan dihasilkannya bagimu; dan kamu akan memakan tumbuh-tumbuhan di padang;

19Dengan peluh mukamu akan kamu makan roti, sehingga kamu kembali ke tanah; sebab daripadanya kamu diambil: sebab kamu debu, dan kepada debu akan kamu kembali.

20Dan Adam memanggil isterinya Hawa; kerana dia merupakan ibu kepada semua yang hidup.

21Juga bagi Adam dan bagi isterinya TUHAN Allah membuat kot yang diperbuat daripada kulit, lalu menutupi mereka.

22Dan TUHAN Allah berfirman, Lihatlah, manusia itu sudah menjadi seperti salah seorang di kalangan kita, untuk mengenal baik dan jahat: dan sekarang, supaya jangan dia menghulurkan tangannya, dan juga mengambil daripada pokok kehidupan, lalu makan, dan hidup untuk selamanya:

23TUHAN Allah, dengan sebab itu, mengusir dia dari taman Eden, untuk membajak tanah yang darinya dia diambil.

24Maka dia menghalau manusia; dan dia menaruh di timur taman Eden itu kerub-kerub, dan pedang bernyala yang berpusing dari segala arah, untuk menjaga jalan ke pokok kehidupan.