1Dan Dina, anak perempuan kepada Lea, yang dilahirkannya bagi Yakub, telah keluar untuk melihat kaum perempuan di tempat itu.
2Dan ketika Sikhem anak kepada Hemor, orang Hewi, penguasa negeri itu, melihatnya, dia mengambilnya dan berbaring dengannya, lalu menodainya.
3Dan jiwanya berpaut kepada Dina, anak perempuan kepada Yakub, dan dia mengasihi gadis itu, dan berbicara dengan lembut kepada gadis itu.
4Dan Sikhem berbicara kepada ayahnya, Hemor, dengan berkata, Dapatkanlah gadis ini untuk menjadi isteriku.
5Dan Yakub terdengar bahawa Sikhem telah menodai Dina, anak perempuannya: anak-anak lelakinya berada bersama ternakan lembunya di ladang: dan Yakub berdiam sehingga mereka sampai.
6Dan Hemor bapa kepada Sikhem pergi kepada Yakub untuk berhubung dengannya.
7Dan anak-anak lelaki Yakub pulang dari ladang ketika mereka terdengar itu: dan para lelaki itu sangat berdukacita, dan mereka sangat murka, kerana Sikhem telah menempa kebebalan di Israel dengan perbuatan berbaring bersama anak perempuan Yakub; iaitu apa yang tidak patut dilakukan.
8Dan Hemor berhubung bersama mereka, dengan berkata, Jiwa anak lelakiku merindui anak perempuan kalian: Aku mohon kepada kalian untuk memberikan dia kepadanya untuk menjadi isterinya.
9Dan biar kalian saling berkahwin dengan kami, dan berilah anak perempuan kalian kepada kami, dan ambillah anak perempuan kami kepada kalian.
10Dan kalian akan berdiam bersama kami: dan tanah ini akan berada di hadapan kalian; kalian berdiam dan berdaganglah di dalamnya, dan perolehlah harta milik daripadanya.
11Dan Sikhem berkata kepada ayah Dina dan kepada saudara-saudara lelakinya, Biar aku mendapat keredaan di pandanganmu, dan apa yang kalian berkata kepadaku akan kuberi.
12Mintalah mas kahwin dan pemberian seberapa banyak pun, dan aku akan memberi sesuai dengan apa yang akan disebut kalian kepadaku: tetapi berilah gadis itu kepadaku untuk menjadi isteriku.
13Dan anak-anak Yakub menjawab Sikhem dan Hemor, ayahnya, secara tipu daya, kerana dia telah menodai Dina adik perempuan mereka, dan berkata:
14Mereka berkata kepada kedua-dua orang itu, Kami tidak dapat melakukan hal ini, untuk memberi adik perempuan kami kepada orang yang tidak bersunat; sebab itu menjadi aib bagi kami:
15Tetapi dalam hal ini kami akan memberi izin kepada kalian: Jika kalian menjadi seperti kami, supaya setiap lelaki di antara kalian disunat;
16Maka kami akan memberi anak perempuan kami kepada kalian, dan kami akan mengambil anak perempuan kalian bagi diri kami, dan kami akan berdiam bersama kalian, dan kita akan menjadi satu bangsa.
17Tetapi jika kalian tidak mengendahkan kami, untuk disunatkan; maka kami akan mengambil anak perempuan kami, dan kami akan pergi dari sini.
18Dan kata-kata mereka menyenangkan Hemor, dan Sikhem anak Hemor.
19Dan lelaki muda itu tidak bertangguh-tangguh untuk melakukan hal itu, kerana dia ada kesukaan kepada anak perempuan Yakub: dan dia lebih mulia daripada seluruh rumah tangga ayahnya.
20Dan Hemor dan Sikhem, anaknya, pergi ke pintu gerbang kota mereka, dan berhubung dengan lelaki kota mereka, dengan berkata,
21Orang-orang itu mahu hidup damai dengan kita; maka biarlah mereka berdiam di tanah ini, dan berdagang di sini; sebab kawasan tanah ini, lihatlah, cukup besar untuk mereka; biarlah kita mengambil anak perempuan mereka untuk menjadi isteri kita, dan biarlah kita memberi mereka anak perempuan kita.
22Hanya di dalam hal inilah kaum itu akan memberi izin mereka untuk berdiam bersama kita, untuk menjadi satu bangsa, iaitu jika setiap orang lelaki di antara kita disunat, seperti mereka juga disunat.
23Bukankah lembu-lembu ternakan mereka dan harta milik mereka dan setiap binatang mereka menjadi milik kita? hanya biar kita memberi izin kita kepada mereka, dan mereka akan berdiam bersama kita.
24Dan kepada Hemor dan kepada Sikhem, anaknya, diendahkan semua orang yang keluar ke pintu gerbang kotanya itu; dan setiap lelaki disunat, iaitu semua yang keluar daripada pintu gerbang kotanya itu.
25Dan terjadilah pada hari yang ketiga, ketika mereka masih kesakitan, bahawa anak-anak Yakub, Simeon dan Lewi, abang-abang Dina, mengambil pedangnya masing-masing, dan menghampiri kota itu dengan berani, lalu membunuh semua lelaki.
26Dan mereka membunuh Hemor dan Sikhem, anaknya, dengan mata pedang, dan mengambil Dina keluar dari rumah Sikhem, lalu pergi.
27Anak-anak Yakub menghampiri yang tertewas itu, lalu menjarah kota itu, kerana mereka telah menodai adik perempuan mereka.
28Mereka mengambil domba-domba mereka, dan lembu-lembu mereka, dan keldai-keldai mereka, dan apa yang ada di dalam kota itu, dan apa yang ada di ladang,
29Dan segala kekayaan mereka, dan segala budak kecil, dan isteri-isteri mereka diambil sebagai tawanan, dan menjarah segalanya yang ada di dalam rumah pun.
30Dan Yakub berkata kepada Simeon dan Lewi, Kalian telah menyusahkanku dengan menjadikan namaku busuk di antara para penghuni kawasan tanah ini, di antara orang Kanaan dan orang Feris: dan aku sementara berbilangan kecil, akan ditentang mereka yang akan berkumpul bersama, lalu membunuhku; dan aku akan dibinasakan, aku bersama rumah tanggaku.
31Dan mereka berkata, Patutkah dia berurus dengan adik kita sebagai seorang perempuan sundal?