Genesis 36

Kejadian 36

1Dalam pada itu, inilah generasi-generasi Esau, iaitu Edom.

2Esau mengambil isteri-isterinya dari kalangan anak-anak perempuan Kanaan; Adah, anak perempuan Elon orang Het itu, dan Aholibamah, anak perempuan kepada Anah dan cucu perempuan kepada Zibeon, orang Hewi itu;

3Dan Basmat, anak perempuan Ismael, adik perempuan Nebayot.

4Dan Adah melahirkan Elifas bagi Esau; dan Basmat melahirkan Rehuel;

5Dan Aholibamah melahirkan Yeush, dan Yaelam, dan Korah: inilah anak-anak lelaki Esau, yang telah dilahirkan kepadanya di tanah Kanaan.

6Dan Esau mengambil isteri-isterinya, dan anak-anak lelakinya, dan anak-anak perempuannya, dan semua orang di rumah tangganya, dan ternakannya, dan semua binatangnya, dan semua harta bendanya, yang telah diperolehnya di tanah Kanaan; lalu pergi ke negeri dari hadapan muka saudaranya Yakub.

7Sebab kekayaan mereka melebihi apa yang memungkinkan mereka berdiam bersama; dan tanah yang mereka ini merupakan orang asing tidak dapat menanggung mereka kerana ternakan-ternakan mereka.

8Demikianlah Esau berdiam di gunung Seir: Esau ialah Edom.

9Dan inilah generasi-generasi Esau bapa kepada kaum Edom di gunung Seir.

10Inilah nama-nama anak-anak lelaki Esau; Elifas, anak lelaki Adah isteri kepada Esau, Rehuel anak lelaki kepada Basmat isteri kepada Esau.

11Dan anak-anak Elifas ialah Teman, Omar, Zefo, dan Gaetam, dan Kenas.

12Dan Timna merupakan gundik kepada Elifas, anak lelaki Esau; dan dia melahirkan Amalek bagi Elifas: itulah cucu-cucu lelaki Adah, isteri Esau.

13Dan inilah anak-anak lelaki Rehuel; Nahat, dan Zerah, Syamah, dan Mizah: itulah cucu-cucu lelaki Basmat, isteri Esau.

14Dan inilah anak-anak Aholibamah, anak perempuan kepada Anah anak perempuan kepada Zibeon, dan isteri Esau: dan dia melahir bagi Esau ​Yeush, dan Yaelam, dan Korah.

15Mereka ini merupakan kepala-kepala kaum bani Esau: bani Elifas anak lelaki sulung Esau; kepala kaum Teman, kepala kaum Omar, kepala kaum Zefo, kepala kaum Kenas,

16Kepala kaum Korah, kepala kaum Gaetam, dan kepala kaum Amalek: itulah kepala-kepala yang berasal dari Elifas di tanah Edom; itulah keturunan anak-anak Adah.

17Dan inilah keturunan Rehuel anak lelaki Esau; kepala kaum Nahat, kepala kaum Zerah, kepala kaum Syamah, kepala kaum Mizah: itulah kepala-kepala yang berasal daripada Rehuel di tanah Edom; itulah keturunan Basmat, isteri Esau.

18Dan inilah keturunan Aholibamah, isteri Esau; kepala kaum Yeush, kelapa kaum Yaelam, kepala kaum Korah: itulah kepala-kepala yang berasal daripada Aholibamah, anak perempuan Anah, dan isteri Esau.

19Inilah bani Esau, yang merupakan Edom, dan inilah kepala-kepala mereka.

20Inilah anak-anak lelaki Seir orang Hor itu, yang telah menduduki tanah itu; Lotan, dan Syobal, dan Zibeon, dan Anah,

21Dan Disyon, dan Ezer, dan Disyan: itulah kepala-kepala orang Hori, bani Seir di tanah Edom.

22Dan bani Lotan merupakan Hori dan Hemam; dan saudara perempuan Lotan ialah Timna.

23Dan bani Syobal ialah ini; Alwan, dan Manahat, dan Ebal, dan Syefo, dan Onam.

24Dan inilah anak-anak Zibeon; kedua-dua Ajah, dan Anah: inilah Anah itu yang telah menemui baghal-baghal di padang gurun, sementara dia memberi makan kepada kepada keldai-keldai Zibeon, ayahnya.

25Dan anak-anak Anah ialah ini; Disyon, dan Aholibamah anak perempuan kepada Anah.

26Dan inilah anak-anak Disyon; Hemdan, dan Esyban, dan Yitran, dan Keran.

27Anak-anak Ezer ialah ini: Bilhan, dan Zaawan, dan Akan.

28Anak-anak Disyan ialah ini; Us, dan Aran.

29Ini merupakan kepala-kepala yang telah datang kepada orang Hori; Kepala kaum Lotan, kepala kaum Syobal, kepala kaum Zibeon, kepala kaum Anah,

30Kepala kaum Disyon, kepala kaum Ezer, kepala kaum Disyan: mereka ini merupakan para kepala yang datang dari kaum Hori, di kalangan para kepala mereka di tanah Seir.

31Dan inilah para raja yang bertakhta di tanah Edom, sebelum bertakhtanya apa-apa raja di atas bani Israel.

32Dan Bela anak lelaki Beor bertakhta di Edom: dan nama kotanya ialah Dinhaba.

33Dan Bela mati, dan Yobab anak lelaki kepada Zerah dari Bozra bertakhta menggantikannya.

34Dan Yobab mati, dan Husyam dari negeri orang Teman bertakhta menggantikannya.

35Dan Husyam mati, dan Hadad anak lelaki kepada Bedad, yang telah menyerang Midian di tanah Moab, bertakhta menggantikannya: dan nama kotanya ialah Awit.

36Dan Hadad mati, dan Samlah dari Masrekah bertakhta menggantikannya.

37Dan Samlah mati, dan Saul dari Rehobot di pinggir sungai bertakhta menggantikannya.

38Dan Saul mati, dan Baalhanan anak lelaki kepada Akhbor bertakhta menggantikannya.

39Dan Baalhanan anak lelaki kepada Akhbor mati, dan Hadar bertakhta menggantikannya: dan nama kotanya ialah Pahu; dan nama isterinya ialah Mehetabbeel, anak perempuan kepada Matred, anak perempuan kepada Mezahab.

40Dan inilah nama-nama para kepala yang berasal daripada Esau, masing-masing menurut keluarga-keluarga mereka, menurut tempat-tempat mereka, menurut nama-nama mereka; kepala kaum Timnah, kepala kaum Alwa, kepala kaum Yetet,

41Kepala kaum Aholibamah, kepala kaum Elah, kepala kaum Pinon,

42Kepala kaum Kenas, kepala kaum Teman, kepala kaum Mibzar

43Kepala kaum Magdiel, kepala kaum Iram: itulah kepala-kepala Edom, masing-masing menurut tempat-tempat kediaman mereka di tanah milik mereka: dia Esau, bapa kepada orang Edom.