Genesis 37

Kejadian 37

1Dan Yakub berdiam di kawasan tanah yang di sana ayahnya orang asing, di tanah Kanaan.

2Inilah salasilah Yakub. Yusuf, sementara tujuh belas tahun, sedang memberi makan kepada kawanan dengan saudara-saudaranya; dan budak lelaki itu berada bersama anka-anak lelaki Bilha, dan bersama anak-anak lelaki Zilpa, isteri-isteri kepada ayahnya: dan Yusuf membawa kepada ayahnya laporan buruk tentang mereka.

3Dalam pada itu, Israel mengasihi Yusuf lebih daripada semua anaknya, kerana dia merupakan anak lelaki umur tuanya: dan Israel membuat baginya jubah yang berwarna-warni.

4Dan ketika saudara-saudaranya melihat bahawa ayah mereka mengasihinya lebih daripada semua saudaranya, mereka membencinya, dan tidak dapat berbicara dengan damai kepadanya.

5Dan Yusuf memimpikan sebuah mimpi, dan dia memberitahu itu kepada saudara-saudaranya: dan mereka lebih lagi membenci Yusuf.

6Dan Yusuf berkata kepada mereka, Dengarlah, aku mohon kepada kalian, mimpi ini yang telah dimimpikanku:

7Sebab, lihatlah, kita sedang mengikat berkas-berkas gandum di ladang, dan lihatlah, berkasku bangkit dan juga berdiri tegak; dan, lihatlah, berkas-berkas kalian pula berdiri di sekeliling, dan membuat sujud hormat kepada berkasku.

8Dan saudara-saudaranya berkata ini kepadanya, Akankah kamu memang memerintah atas kami? atau akankah kamu memang ada ketakhtaan atas kami? Dan mereka lebih lagi membencinya kerana mimpi-mimpinya, dan kerana kata-katanya.

9Dan dia memimpikan sebuah lagi mimpi, dan memberitahu itu kepada saudara-saudaranya, dan berkata, Lihatlah, aku telah memimpikan sebuah mimpi lagi; dan, lihatlah, matahari dan bulan dan sebelas bintang membuat sujud hormat kepadaku.

10Dan dia memberitahu itu kepada ayahnya, dan kepada saudara-saudaranya: dan ayahnya menegurnya, dan berkata kepadanya, Apakah mimpi yang telah dimimpikanmu? Akankah aku dan ibumu dan saudara-saudaramu memang datang untuk bersujud kepadamu sampai ke bumi?

11Dan saudara-saudaranya beriri hati dengannya; tetapi ayahnya mengamati kata-kata itu.

12Dan saudara-saudaranya pergi untuk memberi makan kepada kawanan ayahnya di Sikhem.

13Dan Israel berkata kepada Yusuf, Bukankah saudara-saudaramu sedang memberi makan kepada kawanan di Sikhem? marilah, aku akan mengutusmu kepada mereka. Dan Yusuf berkata kepadanya, Di sinilah aku.

14Dan dia berkata kepadanya, Pergi, aku mohon kepadamu, lihatlah sama ada saudara-saudaramu dalam keadaan baik, dan sama ada kawanan-kawanan itu dalam keadaan baik; dan bawalah kepadaku khabar semula. Maka Israel mengutusnya dari lembah Hebron, dan Yusuf sampai ke Sikhem.

15Dan salah seorang lelaki menemui Yusuf, dan, lihatlah, Yusuf merayau-rayau di padang: dan lelaki itu bertanya kepadanya, dengan berkata, Apakah yang sedang dicarimu?

16Dan Yusuf berkata, Aku sedang mencari saudara-saudaraku: beritahuku, aku mohon kepadamu, tempat di mana mereka memberi makan kepada kawanan-kawanan mereka.

17Dan lelaki itu berkata, Mereka sudah berangkat dari tempat ini; sebab aku telah mendengar mereka berkata, Biar kita pergi ke Dotan. Dan Yusuf pergi menyusul saudara-saudaranya, dan menemui mereka di Dotan.

18Dan ketika mereka melihatnya dari jauh-jauh, malah sebelum dia mendekati mereka, mereka bersubahat terhadapnya untuk membunuhnya.

19Dan mereka berkata kepada satu sama lain, Lihatlah, si pemimpi ini sudah datang.

20Maka marilah sekarang, biar kita membunuhnya, dan mencampakkannya ke dalam suatu lubang, dan kita akan berkata, Suatu binatang yang jahat telah membahamnya: dan kita akan melihat apa yang akan berlaku kepada mimpi-mimpinya.

21Dan Ruben terdengar itu, dan dia menyelamatkan Yusuf dari tangan mereka; lalu berkata, Biar kita jangan membunuhnya.

22Dan Ruben berkata kepada mereka, Janganlah mencurahkan darah sesiapa pun, tetapi campaklah dia ke dalam lubang ini yang ada di padang gurun, dan janganlah mengapa-apakannya; supaya Ruben dapat merampas Yusuf dari tangan mereka, untuk mengembalikan Yusuf kepada ayahnya semula.

23Dan terjadilah, ketika Yusuf sampai kepada saudara-saudaranya, bahawa mereka menanggalkan jubah Yusuf, iaitu jubah yang berwarna-warni yang ada pada Yusuf;

24Dan mereka mengambilnya, dan mencampakkannya ke dalam lubang: dan lubang itu kosong, tidak ada air di dalamnya.

25Dan mereka duduk untuk makan roti: dan mereka melayangkan pandangan dan melihat, dan, lihatlah, sebuah rombongan orang Ismael sedang datang dari Gilead bersama unta-unta mereka yang memikul rempah-ratus, dan balsam dan mur, dalam perjalanan mengangkut itu ke Mesir.

26Dan Yehuda berkata kepada saudara-saudaranya, Apakah untungnya kita membunuh saudara kita, dan menyembunyikan darahnya?

27Marilah, biar kita menjualnya kepada orang Ismael, dan biar tangan kita jangan mengenakannya; sebab dia saudara kita dan daging kita. Dan saudara-saudaranya berpuas hati.

28Dan di sana ada lalu saudagar-saudagar orang Midian; dan mereka menarik dan mengangkat Yusuf dari lubang itu, dan menjual Yusuf kepada orang Ismael untuk sebanyak dua puluh keping perak: dan para saudagar itu membawa Yusuf ke Mesir.

29Dan Ruben kembali ke lubang itu; dan, lihatlah, Yusuf tiada lagi di dalam lubang itu; lalu Ruben mengoyakkan pakaiannya.

30Dan dia kembali kepada saudara-saudaranya, dan berkata, Budak itu tiada; dan aku, ke manakah harusku pergi?

31Dan mereka mengambil jubah Yusuf, dan membunuh seekor anak dari kalangan kambing, dan mencelup jubah itu ke dalam darah itu;

32Dan mereka menghantar jubah berwarna-warni itu, dan dibawalah mereka itu kepada ayah mereka; dan berkata, Inilah apa yang ditemui kami: camlah sama ada ini merupakan jubah anak lelakimu ataupun tidak.

33Dan ayah mereka memeriksa jubah itu, dan berkata, Inilah jubah anakku; suatu binatang yang jahat telah membahamnya; Yusuf sudah tentu dikoyak bercerai-berai.

34Dan Yakub mengoyakkan pakaiannya, dan mengenakan kain kabung pada pinggangnya, dan meratap bagi anak lelakinya untuk banyak hari.

35Dan semua anak lelakinya dan semua anak perempuannya bangkit untuk menghiburkannya; tetapi dia menolak untuk dihiburkan; dan dia berkata, Sebab aku akan meratap sampai turun ke kubur kepada anak lelakiku. Demikianlah ayahnya menangisi Yusuf.

36Dan orang Midian menjualnya ke Mesir kepada Potifar, seorang pegawai Firaun, dan ketua pengawal.