1Dan terjadilah sesudah hal-hal itu, bahawa penyelia santapan raja Mesir dan pembuat rotinya telah membuat kesalahan terhadap tuan mereka, iaitu raja Mesir.
2Dan Firaun murka terhadap dua pegawainya itu, terhadap ketua para penyelia santapan, dan terhadap ketua para pembuat roti.
3Dan dia meletakkan mereka di dalam tempat tahanan di rumah ketua pengawal, ke dalam penjara, tempat yang Yusuf dikurung.
4Dan ketua pengawal mempertanggungjawabkan Yusuf dengan mereka, dan Yusuf melayani mereka: dan mereka kekal untuk suatu jangka masa di dalam tempat tahanan itu.
5Dan mereka berdua memimpikan sebuah mimpi, setiap orang masing-masing mimpinya pada suatu malam, setiap orang masing-masing menurut tafsiran mimpinya, iaitu penyelia santapan dan pembuat roti raja Mesir, yang telah dikurung di penjara.
6Dan Yusuf masuk kepada mereka pada waktu pagi, dan memandang kepada mereka, dan, lihatlah, mereka sedih.
7Dan dia menanya para pegawai Firaun yang ada bersamanya di tempat tahanan tuannya, dengan berkata, Mengapakah kalian nampak sebegitu sedih pada hari ini?
8Dan mereka berkata kepadanya, Kami telah memimpikan sebuah mimpi, dan tiada pentafsir untuknya. Dan Yusuf berkata kepada mereka, Bukankah tafsiran itu milik Allah? beritahuku mimpi-mimpi itu, aku mohon kepada kalian.
9Dan ketua penyelia santapan itu memberitahu mimpinya kepada Yusuf, dan berkata kepadanya, Di dalam mimpiku, lihatlah, ada pokok anggur yang ada di hadapanku;
10Dan di dalam pokok anggur itu ada tiga cabang: dan ia seakan-akan bertunas, dan bunga-bunganya bercambah; dan tandan-tandannya menghasilkan anggur yang masak:
11Dan cawan Firaun ada di dalam tanganku: dan aku mengambil anggur itu, lalu memerahnya ke dalam cawan Firaun, dan aku menyerahkan cawan itu ke dalam tangan Firaun.
12Dan Yusuf berkata kepadanya, Inilah tafsirannya: Tiga cabang itu ialah tiga hari:
13Dalam jangka masa tiga hari Firaun akan mengangkat kepalamu, dan memulihkan kepadamu kedudukanmu: dan kamu akan menyerahkan cawan Firaun ke dalam tangannya, menurut ragam dahulu ketika kamu menjadi penyelia santapannya.
14Tetapi ingatlah aku sesudah ia elok bagimu, dan tunjukkanlah kebudianmu kepadaku, aku mohon kepadamu, dan sebutlah diriku kepada Firaun, dan keluarkanlah aku dari rumah ini:
15Sebab sememangnya aku telah diculik dari tanah orang Ibrani: dan di sini juga aku tidak melakukan apa pun sehingga mereka harus menempatkanku di dalam kurungan bawah tanah ini.
16Ketika ketua pembuat roti itu nampak bahawa tafsirannya baik, dia berkata kepada Yusuf, Aku juga berada di dalam mimpiku, dan, lihatlah, aku ada tiga bakul putih di atas kepalaku:
17Dan di dalam bakul yang paling atas adanya pelbagai jenis makanan bakaran untuk Firaun; dan burung-burung makan itu dari bakul di atas kepalaku.
18Dan Yusuf menjawab dan berkata, Inilah tafsirannya: Tiga bakul roti itu ialah tiga hari:
19Dalam jangka masa tiga hari Firaun akan mengangkat kepalamu dengan terputus daripada dirimu, dan kamu akan digantung atas pokok; dan burung-burung akan makan dagingmu daripada dirimu itu.
20Dan terjadilah pada hari yang ketiga, yang merupakan hari jadi Firaun, bahawa dia mengadakan pesta bagi semua hambanya: dan dia mengangkat kepala ketua penyelia santapan dan ketua pembuat roti di kalangan hamba-hambanya.
21Dan Firaun memulihkan ketua penyelia santapan kepada kerjanya menyelia santapan semula; dan ketua penyelia santapan itu menyerahkan cawan ke dalam tangan Firaun:
22Tetapi Firaun menggantung ketua pembuat roti itu: seperti yang ditafsir Yusuf kepada mereka.
23Namun ketua penyelia santapan itu tidak mengingati Yusuf, tetapi melupakannya.