1Dan terjadilah pada akhir dua tahun penuh, bahawa Firaun bermimpi: dan, lihatlah, dia berdiri di tepi sungai.
2Dan, lihatlah, munculnya dari sungai itu tujuh ekor lembu yang sangat diredai dan yang dagingnya gemuk; dan ia makan di padang rumput.
3Dan, lihatlah, tujuh lagi ekor lembu yang lain muncul dari sungai sesudah kumpulan pertama, dengan keadaannya yang kurang diredai dan yang dagingnya kurus; dan ia berdiri bersebelahan lembu-lembu lain di pinggir sungai.
4Dan yang kurang diredai dan yang dagingnya kurus, memakan tujuh ekor lembu itu yang sangat diredai dan yang gemuk. Lalu terjagalah Firaun.
5Dan dia tidur dan bermimpi kedua kalinya: dan, lihatlah, tujuh bulir biji-bijian timbul pada satu batang, bernas dan baik.
6Dan, lihatlah, tujuh bulir yang kurus dan yang telah dilayukan angin timur timbul sesudah tujuh yang pertama itu.
7Dan tujuh bulir yang kurus itu memakan tujuh bulir yang bernas dan berisi penuh itu. Dan terjagalah Firaun, dan, lihatlah, itu sebuah mimpi.
8Dan terjadilah pada waktu pagi bahawa rohnya resah; dan dia mengutus dan memanggil semua ahli sihir Mesir, dan semua orang berhikmah dari sana: dan Firaun memberitahu mereka mimpinya; tetapi tiada seorang pun yang dapat mentafsirkan mimpi-mimpi itu kepada Firaun.
9Kemudian ketua penyelia santapan itu berkata kepada Firaun, dengan berkata, Aku mengingat kesalahan-kesalahanku pada hari ini:
10Firaun murka dengan hamba-hambanya, dan menaruhku ke dalam tempat tahanan di dalam rumah ketua pengawal, iaitu kedua-dua aku dan ketua pembuat roti.
11Dan kami memimpikan sebuah mimpi pada malam itu, Aku dan dia; kami setiap orang memimpikan masing-masing menurut tafsiran mimpinya.
12Dan ada bersama kami seorang teruna, orang Ibrani, hamba kepada ketua pengawal; dan kami memberitahunya, dan dia mentafsirkan kepada kami mimpi-mimpi kami; kepada setiap orang masing-masing menurut mimpinya dia mentafsir.
13Dan terjadilah, seperti apa yang ditafsirnya kepada kami, demikianlah ia terjadi; aku dipulihkan tuan kepada jawatanku, dan dia pula digantung tuan.
14Kemudian Firaun mengutus orang untuk memangil Yusuf, dan mereka membawanya dengan gegas keluar dari kurungan bawah tanah itu: dan dia mencukur dirinya, dan menukar pakaiannya, lalu masuk kepada Firaun.
15Dan Firaun berkata kepada Yusuf, Aku telah memimpikan sebuah mimpi, dan tidak seorang pun yang dapat mentafsirkannya: dan aku telah mendengar khabar tentang dirimu, bahawa kamu dapat memahami mimpi untuk mentafsirkannya.
16Dan Yusuf menjawab Firaun, dengan berkata, Ia bukan di dalam diriku: Allah yang akan memberi kepada Firaun jawapan damai sejahtera.
17Dan Firaun berkata kepada Yusuf, Di dalam mimpiku, lihatlah, Aku melihat di pinggir sungai:
18Dan, lihatlah, munculnya dari sungai itu tujuh ekor lembu, dagingnya gemuk dan sangat diredai; dan ia makan di padang rumput:
19Dan, lihatlah, tujuh ekor lembu yang lain muncul sesudah kumpulan pertama, dalam keadaan yang merana dan yang sungguh kurang diredai dan yang dagingnya kurus, sebegitu buruk yang tidak pernah kulihat di seluruh tanah Mesir:
20Dan lembu-lembu yang kurus dan yang kurang diredai itu memakan tujuh ekor lembu yang pertama itu:
21Dan sesudah lembu-lembu itu memakan lembu-lembu yang lain, ia tidak dapat diketahui bahawa ia sudah memakan lembu-lembu itu; namun ia masih tidak diredai, seperti pada permulaannya. Dengan itu aku terjaga.
22Dan aku melihat di dalam mimpiku, dan, lihatlah, tujuh bulir timbul pada satu batang, berisi penuh dan baik:
23Dan, lihatlah, tujuh bulir pula, yang layu, yang kurus, dan yang dilayukan angin timur, timbul sesudah tujuh yang pertama itu:
24Dan bulir-bulir kurus memakan tujuh bulir yang baik itu: dan aku memberitahu itu kepada ahli-ahli sihir; namun tidak seorang pun yang dapat mengisytiharkan maksudnya kepada diriku.
25Dan Yusuf berkata kepada Firaun, Mimpi Firaun ialah satu: Allah telah menunjuk Firaun apa yang ingin dilakukannya.
26Tujuh ekor lembu yang baik itu ialah tujuh tahun; dan tujuh bulir baik itu ialah tujuh tahun: mimpian itu adalah satu.
27Dan tujuh ekor lembu yang kurus dan yang kurang diredai yang muncul sesudah kumpulan pertama itu ialah tujuh tahun; dan tujuh bulir yang berisi kosong dan yang dilayukan angin timur itu ialah tujuh tahun kebuluran.
28Itulah apa yang telah diucapkanku kepada Firaun: Apa yang ingin dilakukan Allah sedang ditunjukkannya kepada Firaun.
29Lihatlah, datangnya tujuh tahun kelimpahan besar di seluruh tanah Mesir:
30Dan ada muncul sesudah itu tujuh tahun kebuluran; dan segala kelimpahan itu akan dilupakan di tanah Mesir; dan kebuluran itu akan menghanguskan tanah;
31Dan kelimpahan itu tidak akan diketahui di tanah itu oleh sebab susulnya kebuluran itu; sebab kebuluran itu akan sungguh sengsara.
32Dan bagi mimpi itu yang dua kali diberi kepada Firaun; ia kerana hal itu dimantapkan oleh Allah, dan Allah akan dengan tidak lama lagi membuatnya terjadi.
33Oleh sebab itu, sekarang, biarlah Firaun mencari orang yang berbudi bicara dan yang berhikmah, dan tempatkanlah dia ke atas kekuasaan tanah Mesir.
34Biar Firaun melakukan itu, dan biar dia melantik para pegawai ke atas tanah, dan mengambil seperlima hasil tanah Mesir di dalam tujuh tahun kelimpahan itu.
35Dan biar mereka mengumpulkan semua makanan tahun-tahun yang baik itu yang menjelang, dan menimbun biji-bijian di bawah kuasa tangan Firaun, dan biar mereka menyimpan makanan di kota-kota.
36Dan makanan itu akan menjadi simpanan di stor bagi penghuni tanah ini terhadap tujuh tahun kebuluran, yang akan berlaku di tanah Mesir; supaya penghuni tanah ini tidak binasa menempuhi kebuluran itu.
37Dan hal itu dipandang baik di mata Firaun, dan di mata semua hambanya.
38Dan Firaun berkata kepada hamba-hambanya, Mungkinkah kita mencari orang yang seperti ini, iaitu orang yang di dalamnya ada Roh Allah?
39Dan Firaun berkata kepada Yusuf, Sebanyak semana Allah telah menunjukkanmu segalanya ini, tiada yang sebegitu berbudi bicara dan berhikmah seperti kamu:
40Kamu akan ditempatkan atas kekuasaan rumahku, dan menurut titahmu akan semua rakyatku dikuasai: hanya dalam hal takhta sahaja akan aku lebih besar daripada kamu.
41Dan Firaun berkata kepada Yusuf, Lihatlah, aku telah menempatkanmu ke atas seluruh kekuasaan tanah Mesir.
42Dan Firaun menanggalkan cincin dari tangannya, dan mengenakannya pada tangan Yusuf, dan menghiasi Yusuf dengan pakaian lenan halus, dan menaruh rantai emas mengalungi lehernya;
43Dan Firaun menjadikan supaya Yusuf menunggang di dalam kereta kuda yang kedua yang dimilikinya; dan orang-orang berseru di mendahului Yusuf, Berlutut: dan Firaun menjadikan Yusuf penguasa atas seluruh tanah Mesir.
44Dan Firaun berkata kepada Yusuf, Aku Firaun, dan tanpa pengetahuanmu tidak seorang pun yang akan mengangkat tangannya atau kakinya di seluruh tanah Mesir.
45Dan Firaun memanggil nama Yusuf sebagai Zafnatpaaneah; dan memberi kepada Yusuf sebagai isteri, Asnat, anak perempuan kepada Potifera, imam On. Dan Yusuf menjelajah seluruh tanah Mesir.
46Dan Yusuf berumur tiga puluh tahun ketika dia berdiri di hadapan Firaun raja Mesir. Dan Yusuf keluar dari menghadap Firaun, dan pergi menerusi seluruh tanah Mesir.
47Dan dalam tujuh tahun kelimpahan itu bumi mengeluarkan hasil yang tuaiannya padat pada tangan.
48Dan Yusuf mengumpulkan semua makanan yang ada di tanah Mesir dalam tujuh tahun itu, lalu menimbun makanan itu di dalam kota-kota: makanan dari ladang, yang mengelilingi setiap kota, dia menimbunnya di kota yang sama.
49Dan Yusuf mengumpulkan biji-bijian seperti pasir di lautan, sungguh banyak, sehingga dia berhenti menghitung; sebab ia tidak terhitung.
50Dan kepada Yusuf dilahirkan dua anak lelaki sebelum datangnya tahun kebuluran, anak-anak yang Asnat anak perempuan Potifera, imam On, lahir baginya.
51Dan Yusuf memanggil nama anak sulung Manasye: Sebab Allah, kata Yusuf, telah menjadikanku lupa akan segala kekerasan hidup, dan seluruh rumah Bapaku.
52Dan nama anak yang kedua dipanggilnya Efraim: Sebab Allah telah menyebabkanku untuk menjadi berhasil di tanah kesengsaraanku.
53Dan tujuh tahun kelimpahan, yang ada di tanah Mesir itu, berakhir.
54Dan tujuh tahun kemarau bermula, menurut apa yang disebut Yusuf: dan kemarau itu ada di setiap kawasan tanah; tetapi di seluruh kawasan tanah Mesir ada roti.
55Dan ketika seluruh tanah Mesir merana kelaparan, rakyatnya berseru kepada Firaun untuk roti: dan Firaun berkata kepada orang-orang Mesir, Pergi ke Yusuf; apa yang disuruhnya kepada kalian, kamu buat.
56Dan kebuluran itu melingkupi seluruh muka bumi: Dan Yusuf membuka semua rumah stor, dan menjual kepada orang Mesir; dan kebuluran itu bertambah dengan sangat teruk di tanah Mesir.
57Dan semua negeri masuk ke dalam Mesir kepada Yusuf untuk membeli biji-bijian; kerana kebuluran itu sebegitu teruk di semua kawasan tanah.