Genesis 42

Kejadian 42

1Dalam pada itu, ketika Yakub nampak bahawa ada biji-bijian di Mesir, Yakub berkata kepada anak-anak lelakinya, Mengapakah kalian memandang-mandang satu sama lain?

2Dan dia berkata, Lihatlah, aku telah mendengar bahawa ada biji-bijian di Mesir: kalian pergilah ke sana, dan belilah bagi kita itu dari sana; supaya kita dapat hidup, dan tidak mati.

3Dan sepuluh saudara Yusuf pergi turun untuk membeli biji-bijian di Mesir.

4Tetapi Benyamin, saudara Yusuf, tidak diutus Yakub bersama-sama saudara-saudaranya; sebab dia berkata, Supaya jangan mungkin kenakalan menimpa Benyamin.

5Dan anak-anak lelaki Israel sampai untuk membeli biji-bijian bersama kalangan orang yang datang: sebab ada kebuluran di tanah Kanaan.

6Dan Yusuf merupakan gabenor seluruh kawasan tanah itu, dan dia yang merupakan orang yang menjual kepada semua orang di kawasan tanah itu: dan saudara-saudara Yusuf datang, dan bersujud kepadanya dengan muka mereka sampai ke tanah.

7Dan Yusuf nampak saudara-saudaranya, dan dia mengenal mereka, tetapi menjadikan dirinya sebagai orang asing kepada mereka, dan berbicara dengan kasar kepada mereka; dan dia berkata kepada mereka, Dari manakah datangnya kalian? Dan mereka berkata, Dari tanah Kanaan untuk membeli makanan.

8Dan Yusuf mengenal saudara-saudaranya, tetapi mereka tidak mengenalnya.

9Dan Yusuf mengingati mimpi-mimpi yang telah dimimpikannya tentang mereka, dan berkata kepada mereka, Kalian pengintip; kalian datang untuk melihat ketelanjangan kawasan tanah ini.

10Dan mereka berkata kepadanya, Tidak, tuanku, tetapi hamba-hambamu ini telah datang untuk membeli makanan.

11Kami semua merupakan anak-anak lelaki daripada satu ayah; kami merupakan lelaki yang tulus, hamba-hambamu ini bukanlah pengintip.

12Dan dia berkata kepada mereka, Tidak, tetapi kalian telah datang untuk melihat ketelanjangan kawasan tanah ini.

13Dan mereka berkata, Hamba-hambamu ini ialah dua belas saudara, anak-anak lelaki kepada satu ayah di tanah Kanaan; dan, lihatlah, yang bungsu pada hari ini berada dengan ayah kami, dan yang satu lagi tiada.

14Dan Yusuf berkata kepada mereka, Begitulah apa yang diucapkanku kepada kalian, dengan berkata, Kalian para pengintip:

15Dengan ini kalian akan disahihkan: Demi nyawa Firaun, kalian tidak akan pergi dari sini, kecuali saudaramu yang bungsu itu datang ke sini.

16Utuskanlah satu orang dari kalangan kalian, dan biar dia menjemput adikmu, dan kalian akan dimasuk ke dalam penjara, supaya kata-kata kalian dapat disahihkan, sama ada apa pun kebenaran ada pada diri kalian: kalau tidak demi nyawa Firaun sudah pasti kalian pengintip.

17Dan Yusuf menaruh mereka ke dalam tempat tahanan untuk tiga hari.

18Dan Yusuf berkata kepada mereka pada hari ketiga, Lakukan ini, dan hidup; sebab aku takut akan Allah:

19Jika kalian memang orang yang tulus, maka biar seorang dari antara kalian dibelenggu di rumah penjara kalian: kalian pergi, bawalah biji-bijian bagi kebuluran di rumah-rumah kalian:

20Tetapi bawalah juga saudaramu yang bungsu itu kepadaku; supaya kata-katamu akan disahkan, dan kalian tidak akan mati. Dan mereka berbuat demikian.

21Dan mereka berkata kepada satu sama lain, Kami sememangnya salah berkenaan saudara kami, kerana kami nampak keseksaan jiwanya, ketika dia merayu kepada kami, dan kami tidak mahu mendengar; oleh sebab itu, kesesakan ini telah menimpa kami.

22Dan Ruben menjawab mereka, dengan berkata, Tidakkah aku berkata kepada kalian, dengan berkata, Janganlah berdosa terhadap budak itu; dan kalian tidak mahu mendengar? oleh sebab itu, darahnya juga dituntut.

23Dan mereka tidak tahu bahawa Yusuf memahami mereka; sebab Yusuf bertutur kepada mereka melalui seorang penterjemah.

24Dan dia memalingkan dirinya daripada mereka, lalu menangis; dan kembali kepada mereka semula, lalu berhubung dengan mereka, dan mengambil daripada mereka Simeon, dan membelenggukannya di hadapan mata mereka.

25Kemudian Yusuf memberi perintah untuk mengisi karung mereka dengan biji-bijian, dan untuk memulangkan setiap orang punya wang ke dalam karungnya, dan untuk memberi mereka bekalan untuk perjalanan: dan begitulah dilakukannya kepada mereka.

26Dan mereka memuat keldai-keldai mereka dengan biji-bijian itu, lalu bertolak dari sana.

27Dan sementara salah seorang daripada mereka membuka karungnya untuk memberi keldainya makanan di tempat penginapan, dia ternampak wangnya; sebab, lihatlah, ia berada di mulut karungnya.

28Dan dia berkata kepada saudara-saudaranya, Wangku dipulangkan; dan, lihatlah, ia berada di dalam karungku: dan hati mereka menjadi lemah, dan mereka takut, dengan berkata kepada satu sama lain, Apakah ini yang telah Allah buat kepada kita?

29Dan mereka sampai kepada Yakub, ayah mereka, ke tanah Kanaan, dan memberitahunya segalanya yang telah menimpa diri mereka; dengan berkata,

30Lelaki itu, yang merupakan tuan tanah itu, bercakap dengan kasar kepada kami, dan menganggap kami sebagai pengintip negeri itu.

31Dan kami berkata kepadanya, Kami orang yang tulus; kami bukan pengintip:

32Kami merupakan dua belas saudara, anak-anak lelaki kepada ayah kami; satu tiada, dan yang bungsu ada pada hari ini bersama ayah kami di tanah Kanaan.

33Dan lelaki itu, iaitu tuan negeri itu, berkata kepada kami, Dengan ini akan aku tahu bahawa kalian orang tulus; tinggalkanlah salah seorang saudaramu di sini bersamaku, dan ambillah makanan untuk kebuluran di rumah tangga kalian, dan pergilah:

34Dan bawalah saudara bungsumu kepadaku: kemudian aku akan tahu bahawa kalian bukanlah pengintip, tetapi bahawa kalian orang tulus: maka aku akan mengembalikan kepada kalian saudaramu, dan kalian dapat berurusniaga di tanah ini.

35Dan terjadilah sementara mereka mengosongkan karung mereka, bahawa, lihatlah, setiap orang punya bungkusan wang berada di dalam karungnya masing-masing: dan ketika kedua-dua mereka dan ayah mereka melihat bungkusan-bungkusan wang itu, mereka menjadi takut.

36Dan Yakub ayah mereka berkata kepada mereka, Kalian telah merampas daripadaku anak-anakku: Yusuf tiada, dan Simeon tiada, dan kalian akan mengambil pula Benyamin: semua ini sedang menentang diriku.

37Dan Ruben berbicara kepada ayahnya, dengan berkata, Bunuhlah dua anak lelakiku, jika aku tidak membawa dia kembali kepadamu: serahkanlah Benyamin ke dalam tanganku, dan aku akan membawanya kembali kepadamu.

38Dan dia berkata, Anak lelakiku tidak akan turun bersama kalian; sebab saudaranya sudah mati, dan dia sudah ditinggalkan bersendirian: jika kenakalan menimpa dirinya di dalam perjalanan yang ditempuhi kalian, maka kalian membawa ubananku dengan dukacita ke dalam kubur.