Genesis 47

Kejadian 47

1Kemudian Yusuf datang dan memberitahu Firaun, dan berkata, Ayahku dan saudara-saudaraku, dan kawanan-kawanan mereka, dan ternakan-ternakan mereka, dan segala yang dimiliki mereka, sudah keluar dari kawasan tanah Kanaan; dan, lihatlah, mereka berada di tanah Gosyen.

2Dan dia mengambil sesetengah daripada saudara-saudaranya, yakni lima lelaki, dan menghadapkan mereka ke Firaun.

3Dan Firaun berkata kepada saudaranya, Apakah pekerjaanmu? Dan mereka berkata kepada Firaun, Hamba-hambamu merupakan gembala, kedua-dua kami, dan juga bapa-bapa leluhur kami.

4Tambahan pula, mereka berkata kepada Firaun, Kami telah datang untuk merantau di tanah ini; sebab hamba-hambamu tiada padang untuk kawanan-kawanan mereka; sebab kebuluran itu cukup teruk di tanah Kanaan: oleh sebab itu, kami mohon kepadamu, biarlah hamba-hambamu ini berdiam di tanah Gosyen.

5Dan Firaun berbicara kepada Yusuf, dengan berkata, Bapamu dan saudara-saudaramu sudah datang kepadamu:

6Tanah Mesir ada di hadapanmu; di kawasan tanah yang paling baik buatlah ayahmu dan saudara-saudaramu untuk berdiam; di tanah Gosyen biarlah mereka berdiam: dan jika kamu kenal mana-mana orang yang giat bekerja di kalangan mereka, maka, jadikanlah mereka penguasa atas ternakanku.

7Dan Yusuf membawa Yakub, ayahnya, dan menghadapnya kepada Firaun: dan Yakub memberkati Firaun.

8Dan Firaun berkata kepada Yakub, Berapakah tahun umurmu?

9Dan Yakub berkata kepada Firaun, Hari-hari tahun perantauanku ialah seratus dan tiga puluh tahun: hari-hari tahun hayatku sedikit dan buruk, dan tidak mencapai kepada hari-hari tahun hayat bapa-bapa leluhurku pada hari-hari perantauan mereka.

10Dan Yakub memberkati Firaun, lalu keluar dari hadapan Firaun.

11Dan Yusuf mengatur penempatan ayahnya dan saudara-saudaranya, dan memberi mereka hak milik di tanah Mesir, di tanah yang paling baik, di tanah Rameses, seperti yang telah diperintahkan Firaun.

12Dan Yusuf memelihara ayahnya, dan saudara-saudaranya, dan seluruh rumah tangga ayahnya, dengan roti, masing-masing menurut keluarga mereka.

13Dan tiada roti di seluruh tanah itu; sebab kebuluran sungguh teruk, sehingga penghuni di tanah Mesir dan di seluruh tanah Kanaan lemah kerana kebuluran itu.

14Dan Yusuf mengumpulkan semua wang yang telah diperoleh dari penghuni di tanah Mesir, dan di tanah Kanaan, bagi biji-bijian yang telah mereka beli: dan Yusuf membawa wang itu ke dalam rumah tangga Firaun.

15Dan sesudah wang habis di tanah Mesir, dan di tanah Kanaan, maka semua orang Mesir pun datang ke Yusuf, dan berkata, Berilah kami roti: sebab mengapakah harus kami mati di kehadiranmu? sebab wang pun sudah habis.

16Dan Yusuf berkata, Berilah ternakan kalian; dan aku akan memberi itu kepada kalian bagi ternakan kalian, jika wang sudah habis.

17Dan mereka membawa ternakan mereka kepada Yusuf: dan Yusuf memberi mereka orti sebagai pertukaran untuk kuda-kuda, dan untuk kawanan-kawanan, dan untuk ternakan-ternakan lembu, dan untuk keldai-keldai: dan dia memberi makan kepada mereka ganti semua ternakan mereka bagi tahun itu.

18Sesudah tahun itu berakhir, mereka datang kepadanya pada tahun kedua, dan berkata kepadanya, Kami tidak akan menyembunyikan daripada tuanku, bagaimana wang kami sudah habis dibelanjakan; tuanku juga memiliki kawanan ternakan kami; tiada apa pun lagi yang tertinggal di pandangan tuanku, kecuali tubuh kami, dan tanah kami:

19Lantaran itu, akankah kami mati di hadapan matamu, kedua-dua kami dan tanah kami? belilah kami dan tanah kami sebagai ganti makanan, dan kami dan tanah kami akan menjadi hamba-hamba kepada Firaun: dan berilah kami benih, supaya kami dapat hidup, dan tidak mati, supaya tanah tidak ketandusan.

20Dan Yusuf membeli seluruh tanah Mesir untuk Firaun; sebab orang Mesir telah menjual ladang kepunyaan mereka masing-masing setiap orang, kerana kebuluran mengatasi mereka: demikianlah tanah itu menjadi milik Firaun.

21Dan bagi rakyat pula, dia mengalihkan mereka ke kota-kota dari satu hujung batasan Mesir kepada hujungnya yang lain.

22Hanya tanah para imam tidak dibelinya; sebab para imam diperuntukkan sebahagian bekalan Firaun, dan makan bahagian mereka yang telah diberi Firaun kepada mereka: lantaran itu mereka tidak menjual tanah mereka.

23Kemudian Yusuf berkata kepada rakyat, Lihatlah, aku telah membeli kalian pada hari ini dan tanah kalian untuk Firaun: lihatlah, inilah benih bagi kalian, dan kalian akan menabur di tanah.

24Dan terjadilah pada waktu penghasilan, bahawa kalian akan memberi seperlima bahagiannya kepada Firaun, dan empat bahagian akan menjadi kepunyaanmu, bagi benih ladang, dan bagi makananmu, dan bagi isi rumah tanggamu, dan bagi makanan untuk anak-anak kecilmu.

25Dan mereka berkata, Kamu telah menyelamatkan nyawa kami: biar kami mendapat rahmat di pandangan tuanku, dan kami akan menjadi hamba-hamba Firaun.

26Dan Yusuf menjadikannya suatu hukum di tanah Mesir sampai ke hari ini, bahawa Firaun akan mendapat seperlima penghasilan; kecuali tanah orang imam sahaja, yang tidak menjadi kepunyaan Firaun.

27Dan Israel berdiam di tanah Mesir, di daerah Gosyen; dan mereka memiliki harta di sana, dan bertambah, dan berganda dengan teramat banyak.

28Dan Yakub hidup di tanah Mesir untuk tujuh belas tahun: maka jumlah keseluruhan umur Yakub ialah seratus empat puluh dan tujuh tahun.

29Dan waktunya menjelang untuk Israel mati: dan dia memanggil anak lelakinya Yusuf, dan berkata kepadanya, Jika sekarang aku telah mendapat rahmat di pandanganmu, aku mohon kepadamu, letaklah tanganmu di bawah pahaku, dan beruruslah dengan berbudi baik dan dengan tulus kepadaku; janganlah menguburkanku, aku mohon kepadamu, di Mesir:

30Tetapi aku akan berdiam dengan bapa-bapa leluhurku, dan kamu akan membawaku keluar dari Mesir, dan menguburkanku di tempat penguburan mereka. Dan Yusuf berkata, Aku akan berbuat seperti apa yang telah diucapkanmu itu.

31Dan Yakub berkata, Sumpahlah kepadaku. Dan Yusuf bersumpah kepadanya. Dan Israel menundukkan dirinya ke atas kepala katilnya.