1Inilah kitab salasilah Adam. Pada hari Allah menciptakan manusia, menurut gambar Allah dia menjadikannya;
2Lelaki dan perempuan dia menciptakan mereka; dan memberkati mereka, dan memanggil nama mereka Adam, pada hari mereka diciptakan.
3Dan setelah Adam hidup untuk seratus tiga puluh tahun, dia beroleh anak yang serupa dengannya, menurut gambarnya sendiri; dan memanggil namanya Set:
4Dan hari-hari hayat Adam setelah dia memperanakkan Set ialah lapan ratus tahun: dan dia memperanakkan anak-anak lelaki dan perempuan:
5Dan kesemua hari-hari hayat yang dihidupi Adam ialah sembilan ratus dan tiga puluh tahun: lalu dia mati.
6Dan Set hidup seratus dan lima tahun, lalu memperanakkan Enos:
7Dan Set hidup setelah dia memperanakkan Enos lapan ratus dan tujuh tahun, dan memperanakkan anak-anak lelaki dan perempuan:
8Dan kesemua hari-hari hayat Set ialah sembilan ratus dan dua belas tahun: lalu dia mati.
9Dan Enos hidup sembilan puluh tahun, lalu memperanakkan Kenan:
10Dan Enos hidup setelah dia memperanakkan Kenan lapan ratus dan lima belas tahun, dan memperanakkan anak-anak lelaki dan perempuan:
11Dan kesemua hari-hari hayat Enos ialah sembilan ratus dan lima tahun: lalu dia mati.
12Dan Kenan hidup tujuh puluh tahun lalu memperanakkan Mahalaleel:
13Dan Kenan hidup setelah dia memperanakkan Mahalaleel lapan ratus dan empat puluh tahun, dan memperanakkan anak-anak lelaki dan perempuan:
14Dan kesemua hari-hari hayat Kenan ialah sembilan ratus dan sepuluh tahun: lalu dia mati.
15Dan Mahalaleel hidup enam puluh dan lima tahun, lalu memperanakkan Yared.
16Dan Mahalaleel hidup setelah dia memperanakkan Yared lapan ratus dan tiga puluh tahun, dan memperanakkan anak-anak lelaki dan perempuan:
17Dan kesemua hari-hari hayat Mahalaleel ialah lapan ratus sembilan belas dan lima tahun: lalu dia mati.
18Dan Yared hidup seratus enam puluh dan dua tahun, lalu dia memperanakkan Henokh:
19Dan Yared hidup setelah dia memperanakkan Henokh lapan ratus tahun, dan memperanakkan anak-anak lelaki dan perempuan:
20Dan kesemua hari-hari Yared ialah sembilan ratus enam puluh dan dua tahun: lalu dia mati.
21Dan Henokh hidup enam puluh lima tahun, lalu memperanakkan Metusalah:
22Dan Henokh menjalani hidup dengan Allah, setelah dia memperanakkan Metusalah, untuk tiga ratus tahun, dan memperanakkan anak-anak lelaki dan perempuan.
23Dan kesemua hari-hari hayat Henokh ialah tiga ratus enam puluh tahun:
24Dan Henokh menjalani hidup dengan Allah: lalu dia tidak ada lagi; kerana Allah telah mengambilnya.
25Dan Metusalah hidup seratus lapan puluh dan tujuh tahun, lalu memperanakkan Lamekh:
26Dan Metusalah hidup setelah dia memperanakkan Lamekh tujuh ratus lapan puluh dan dua tahun, dan memperanakkan anak-anak lelaki dan perempuan:
27Dan kesemua hari-hari hayat Metusalah ialah sembilan ratus enam puluh dan sembilan tahun: lalu dia mati.
28Dan Lamekh hidup seratus lapan puluh dan dua tahun, lalu memperanakkan seorang lelaki:
29Dan dia memanggil namanya Nuh, dengan berkata, Dia inilah yang akan menghiburkan kita berkenaan karya-karya kita dan kerja keras tangan kita, kerana tanah yang telah dikutuki TUHAN.
30Dan Lamekh hidup setelah dia memperanakkan Nuh lima ratus sembilan puluh dan lima tahun, dan memperanakkan anak-anak lelaki dan perempuan:
31Dan kesemua hari-hari hayat Lamekh ialah tujuh ratus tujuh puluh dan tujuh tahun: lalu dia mati.
32Dan Nuh berumur lima ratus tahun: dan Nuh memperanakkan Sem, Ham, dan Yafet.