1Dan terjadilah, apabila manusia mula berganda pada muka bumi, dan anak-anak perempuan dilahirkan kepada mereka,
2Bahawa anak-anak Allah nampak anak-anak perempuan manusia cantik-cantik; dan mengambil gadis-gadis itu sebagai isteri, sesiapa sahaja yang dipilih mereka.
3Dan Tuhan berfirman, Rohku tidak akan selalu bergelut dengan manusia, sebab dia juga daging: namun, hari-hari hayatnya akan selama seratus dua puluh tahun.
4Ada gergasi di bumi pada zaman itu; dan juga selepas itu, apabila anak-anak Allah menghampiri anak-anak perempuan manusia, dan gadis-gadis itu melahirkan anak bagi mereka; yang sama itulah yang menjadi orang-orang lelaki yang gagah dari dahulukala, orang-orang yang terkenal.
5Dan Allah nampak bahawa kedurjanaan manusia sangat besar di bumi, dan setiap bayangan dan fikiran hatinya semata-mata jahat terus-menerus.
6Dan ia menyesalkan TUHAN bahawa dia telah menjadikan manusia di bumi, dan ia memedihkan hatinya.
7Dan TUHAN berfirman, Aku akan membasmikan manusia, yang telah diciptakanku, dari muka bumi; kedua-dua manusia, dan binatang, dan apa yang merayap, dan burung-burung di udara; sebab ia menyesalkanku bahawa aku telah menjadikan mereka.
8Tetapi Nuh mendapat rahmat di mata TUHAN.
9Inilah salasilah Nuh: Nuh seorang yang benar dan yang sempurna pada generasi-generasi zamannya, dan Nuh berjalan dengan Allah.
10Dan Nuh memperanakkan tiga anak lelaki, Sem, Ham, dan Yafet.
11Bumi juga rosak di hadapan Allah, dan bumi dipenuhi dengan keganasan.
12Dan Allah memandang ke bumi, dan, lihatlah, ia rosak; sebab segala daging telah merosakkan jalannya di bumi.
13Dan Allah berfirman kepada Nuh, Pengakhiran segala daging sudah datang di hadapanku; sebab bumi dipenuhi dengan keganasan melalui mereka; dan lihatlah, aku akan membinasakan mereka bersama-sama bumi.
14Perbuatlah kamu sebuah bahtera daripada kayu gofir; bilik-bilik akan kamu buat dalam bahtera itu, dan akan memakalnya di dalam dan di luar dengan gegala.
15Dan inilah bentuk yang akan dipakaimu untuk membuatnya: Panjang bahtera itu ialah tiga ratus hasta, lebarnya ialah lima puluh hasta, dan tingginya ialah tiga puluh hasta.
16Dan suatu ruang pembukaan akan kamu buat di bahtera itu, dan kamu akan selesaikannya dalam sehasta di atas; dan pintu bahtera itu akan kamu pasang di sebelah sisinya; dengan tingkat bawah, tingkat kedua, dan tingkat ketiga akan dibuatmu demikian.
17Dan, lihatlah, Aku, yakni Aku, mendatangkan suatu banjir air ke atas bumi, untuk membinasakan segala daging, yang di dalamnya adanya nafas hidup, dan yang dari bawah syurga; dan segala apa yang ada di bumi akan mati.
18Tetapi denganmu akanku memantapkan waadku; dan kamu akan memasuki bahtera itu, iaitu kamu, dan anak-anak lelakimu, dan isterimu, dan isteri-isteri kepada anak-anak lelakimu yang ada bersamamu.
19Dan segala apa yang hidup yang daging, iaitu dua dari setiap jenis akan kamu bawa ke dalam bahtera, supaya mereka kekal bernyawa bersamamu; mereka itu haruslah jantan dan bentina.
20Dari antara burung-burung menurut jenisnya masing-masing, dan dari antara ternakan menurut jenisnya masing-masing, dari segala apa yang merayap di bumi menurut jenisnya masing-masing, dua ekor dari segala jenis akan datang kepadamu, supaya mereka kekal bernyawa.
21Dan ambil kepadamu segala makanan yang boleh dimakan, dan kamu akan mengumpulkannya kepada dirimu; dan ia akan menjadi makanan bagimu, dan bagi mereka.
22Demikian yang dilaksanakan Nuh; menurut segala yang telah diperintahkan Allah kepadanya, demikianlah dia buat.