Hebrews 8

Ibrani 8

1Sekarang, bagi apa yang telah dibicarakan kami, inilah kesimpulannya: Kita ada seorang imam besar sedemikian, yang telah ditempatkan di sebelah tangan kanan takhta Yang Maha Agung di syurga;

2Pelayan di tempat kudus, dan di khemah sejati, yang telah didirikan oleh TUHAN, dan bukan oleh manusia.

3Sebab setiap imam besar ditahbiskan untuk mempersembahkan persembahan dan korban: oleh sebab itu, ia wajib supaya manusia ini juga ada sesuatu untuk dipersembahkan.

4Sebab jika dia berada di bumi, dia tidak harus menjadi imam, memandangkan sudah ada imam yang mempersembahkan persembahan menurut hukum:

5Yang berfungsi sebagai contoh dan bayangan hal syurgawi, seperti Musa telah diarahkan oleh Allah ketika dia membuat khemah: sebab dia berfirman, Pastikan bahawa kamu menjadikan segala sesuatu menurut ragam yang ditunjukkan kepadamu di atas gunung itu.

6Tetapi sekarang dia telah memperoleh suatu pelayanan yang lebih cemerlang, dengan betapa banyak juga dia merupakan pengantara suatu waad yang lebih baik, yang telah didasarkan pada janji-janji yang lebih baik.

7Sebab jika waad yang pertama itu tidak tercela, maka tiada keperluan lagi untuk mencari tempat bagi waad yang kedua.

8Sebab sementara mendapati cela dalamnya, dia berfirman, Lihatlah, hari-harinya menjelang, firman Tuhan, ketika aku akan menjadikan suatu waad baru dengan kaum Israel dan dengan kaum Yehuda:

9Bukan menurut waad yang telah aku buat dengan bapa leluhur mereka pada hari ketika aku memegang tangan mereka untuk memimpin mereka keluar dari tanah Mesir; kerana mereka tidak berterusan dalam waadku, dan aku tidak mengendahkan mereka, firman Tuhan.

10Sebab inilah waad yang akan kubuat dengan kaum Israel sesudah hari-hari itu, firman Tuhan; Aku akan menaruh hukumku ke dalam minda mereka, dan menuliskannya ke dalam hati mereka: dan aku akan menjadi Allah mereka, dan mereka akan menjadi umatku:

11Dan mereka tidak akan mengajar setiap orang jirannya, dan setiap orang saudaranya, dengan berkata, Kenalilah Tuhan: sebab semua akan mengenalku, daripada yang paling kecil kepada yang paling besar.

12Sebab aku akan berbelas kasihan kepada ketidakwajaran mereka, dan dosa-dosa mereka dan kedurjanaan mereka tidak akan kuingat lagi.

13Dengan apa yang telah dia firmankan, Suatu waad baru, dia telah menjadikan yang pertama itu tua. Sekarang apa yang sedang reput dan menjadi tua sudah siap untuk dilenyapkan.