1Dahulu, sesungguhnya, waad yang pertama juga ada ordinan-ordinan ibadah keilahian, dan suatu tempat kudus yang duniawi.
2Sebab ada khemah yang dipersiapkan; ruang khemah yang pertama, yang di dalamnya terkandung kaki dian, dan meja, dan roti persembahan; Ini disebut tempat kudus.
3Dan di balik tirai yang kedua ialah ruang khemah yang dipanggil tempat yang Paling Kudus;
4Yang ada di dalamnya pendupaan emas, dan tabut waad yang sekelilingnya disaluti dengan emas, dan yang di dalamnya terkandung bekas emas yang berisi manna, dan tongkat Harun yang bertunas, dan loh-loh waad;
5Dan di atas tabut waad ada kerubim kemuliaan yang menaungi tempat duduk belas kasihan; yang kita tidak dapat berbicara tentangnya secara teliti sekarang.
6Dalam pada itu, sesudah segalanya itu diaturkan sedemikian, para imam selalu masuk ke dalam ruang khemah yang pertama itu, untuk melaksanakan ibadah mereka kepada Allah.
7Tetapi bagi yang kedua itu imam besar seorang diri masuk sekali setiap tahun, bukan dengan tanpa darah, yang dia persembahkan bagi dirinya, dan bagi kesalahan-kesalahan umat itu:
8Roh Kudus dengan itu menggambarkan bahawa jalan ke ruang yang paling kudus itu belum lagi dinyatakan sementara khemah pertama itu masih ada:
9Yang merupakan gambar buat masa dahulu, yang di dalamnya dipersembahkan kedua-dua pemberian dan korban, yang tidak dapat menyempurnakan dia yang melaksanakan ibadah itu, iaitu berkenaan hati nurani;
10Dan yang hanya berdasarkan makanan dan minuman, dan pelbagai pembasuhan, dan ordinan-ordinan badaniah, yang dikenakan ke atas mereka sehingga waktu reformasi.
11Tetapi Kristus yang telah datang sebagai imam besar bagi hal-hal baik yang menjelang, oleh suatu khemah yang lebih besar dan yang lebih sempurna, yang tidak dibuat tangan, ertinya, bukan oleh bangunan tersebut;
12Bukan oleh darah kambing dan anak lembu, tetapi oleh darahnya sendiri telah dia masuk sekali ke dalam tempat kudus, dan dengan itu memperoleh penebusan kekal bagi kita.
13Sebab jika oleh darah lembu jantan dan kambing, dan oleh percikan abu anak lembu kepada yang najis, menguduskan sampai kepada kesucian daging:
14Betapa banyak lagi akan darah Kristus, yang melalui Roh yang kekal itu mempersembahkan dirinya tanpa bercela kepada Allah, menyingkirkan daripada hati nurani kalian perbuatan yang mati untuk melayani Allah yang hidup?
15Dan bagi tujuan itu, dia merupakan pengantara wasiat baru, supaya oleh jalan kematian, bagi penebusan pelanggaran-pelanggaran yang di bawah wasiat pertama, mereka yang terpanggil dapat menerima janji akan warisan yang kekal.
16Sebab di mana ada wasiat, di situlah juga oleh keperluan harus ada kematian pewasiat itu.
17Sebab suatu wasiat berkuatkuasa selepas orang mati: kalau tidak ia langsung tidak ada kuasa sementara pewasiat itu hidup.
18Dengan itu wasiat pertama juga tidak disahkan tanpa darah.
19Sebab selepas Musa menyatakan segala ketetapan kepada seluruh rakyat menurut hukum, dia mengambil darah anak lembu dan kambing, dengan air, dan bulu merah, dan hisop, dan memerciki kitab itu dan seluruh rakyat,
20Sementara berkata, Inilah darah wasiat yang Allah telah perintahkan kepada kalian.
21Lebih-lebih lagi, dia memercikkan darah kepada khemah dan segala alat bagi pelayanan.
22Dan hampir segalanya melalui hukum ditahirkan dengan darah; dan tanpa penumpahan darah, tiada pengampunan.
23Maka, ia memang perlu supaya ragam bagi apa yang di syurga disucikan sedemikian; tetapi bagi apa yang di syurga sendiri dengan korban-korban yang lebih baik daripada itu.
24Sebab Kristus tidak memasuki tempat-tempat kudus yang dibuat dengan tangan, yang merupakan gambaran bagi apa yang benar; tetapi memasuki syurga yang sebenar, dan sekarang muncul di hadirat Allah bagi kita:
25Dan dia juga tidak perlu mempersembahkan dirinya kerap kali, seperti imam besar yang memasuki tempat kudus setiap tahun dengan darah yang bukan darahnya sendiri;
26Kerana kalau sedemikian, dia harus kerap kali menderita sejak adanya dasar dunia: tetapi sekarang sekali pada akhir dunia dia telah ternyata untuk menyingkirkan dosa oleh pengorbanan dirinya sendiri.
27Dan seperti yang sudah ditentukan untuk manusia mati sekali, tetapi selepas itu penghakiman:
28Demikianlah Kristus telah dipersembahkan sekali untuk menanggung dosa banyak orang; dan bagi mereka yang mencarinya akan dia menyatakan diri kali kedua tanpa dosa kepada keselamatan.