Hosea 1

Hosea 1

1Firman TUHAN yang datang kepada Hosea anak kepada Beeri, pada zaman Uzia, Yotam, Ahaz, dan Hizkia, raja-raja Yehuda, dan pada zaman Yerobeam anak kepada Yoas, raja Israel.

2Permulaan firman TUHAN oleh Hosea. Dan TUHAN berfirman kepada Hosea, Pergi, memperisteri kepada dirimu seorang perempuan lacur dan memperanakkan anak-anak hasil pelacuran: sebab negeri ini telah berbuat lacur hebat, dengan meninggalkan TUHAN.

3Maka dia pergi dan memperisteri Gomer anak perempuan kepada Diblaim; yang mengandung, dan melahir kepada dirinya seorang anak lelaki.

4Dan TUHAN berfirman kepadanya, Panggillah namanya Yizreel; sebab sedikit waktu lagi, aku akan membalas hutang darah Yizreel terhadap rumah Yehu, dan akan menyebabkan pemerhentian kerajaan kaum Israel.

5Dan ia akan terjadi pada hari itu, bahawa aku akan mematahkan busur Israel di lembah Yizreel.

6Dan perempuan itu mengandung sekali lagi, dan melahirkan seorang anak perempuan. Dan Allah berfirman kepadanya, Panggillah dia Loruhama: sebab aku tidak akan ada belas kasihan lagi ke atas kaum Israel; tetapi aku akan membuang mereka sama sekali.

7Tetapi aku akan berbelas kasihan depada kaum Yehuda, dan akan menyelamatkan mereka oleh TUHAN Allah mereka, dan tidak akan menyelamatkan mereka melalui busur, dan juga bukan oleh pedang, dan juga bukan oleh pertempuran, dan juga bukan oleh kuda, dan juga bukan oleh para penunggang kuda.

8Dalam pada itu, sesudah perempuan itu mencerai susu Loruhama, dia mengandung lalu melahirkan seorang anak lelaki.

9Kemudian firman Allah, Panggillah namanya Loami: sebab kalian bukan umatku, dan aku tidak akan menjadi Allahmu.

10Namun bilangan anak Israel akan menjadi seperti pasir di laut, yang tidak boleh disukat atau dibilang; dan ia akan terjadi, bahawa di tempat yang dikatakan kepada mereka, Kalian bukan umatku, di situlah akan dikatakan kepada mereka, Kalian merupakan anak-anak Allah Yang Maha Hidup.

11Kemudian bani Yehuda dan bani Israel akan dikumpulkan bersama, dan sendiri melantik satu kepala, dan mereka akan keluar dari negeri itu: sebab besar hari Yizreel itu.