1Siapakah yang telah percaya pelaporan kami? dan kepada siapakah tangan TUHAN dinyatakan?
2Sebab dia akan bertumbuh sebagai tunas lembut di hadapan TUHAN, dan sebagai akar yang bertumbuh dari tanah kering: dia tiada bentuk atau keelokan; dan apabila kita melihatnya, dia tiada keindahan supaya kita mahu mengingininya.
3Dia dihina dan ditolak orang; manusia penuh duka; dan yang mengenal kepiluan; dan kita menyembunyikan muka kita daripadanya; dia telah dihina, dan kita tidak mengendahkannya.
4Tentulah dia telah menanggung kepiluan kita, dan memikul duka kita: namun kita telah menganggapkannya sebagai dipukul, diserang dan dideritakan Allah.
5Tetapi dia telah dilukai bagi pelanggaran-pelanggaran kita, dia telah dicederakan bagi kedurjanaan kita: hukuman untuk damai sejahtera kita ditimpa ke atasnya; dan oleh bilur-bilurnya kita disembuhkan.
6Kita semua seperti domba-domba telah sesat; dan setiap orang di antara kita telah berpaling kepada jalannya sendiri; dan TUHAN telah menaruh kepadanya kedurjanaan kita semua.
7Dia telah ditindas, dan diseksa, namun dia tidak membuka mulutnya: dia dibawa seperti anak domba ke pembantaian, dan seperti domba yang bisu menghadapi pengetamnya, demikianlah dia tidak membuka mulutnya.
8Dia diambil daripada penjara dan daripada penghakiman: dan siapakah yang akan mengisytiharkan generasinya? sebab dia telah dipotong keluar dari tanah orang yang hidup: bagi pelanggaran-pelanggaran umatku dia telah di pukul.
9Dan dia menjadikan kuburnya di antara orang jahat, dan di antara orang kaya di dalam kematiannya; sebab dia tidak melakukan apa pun keganasan, dan tipu daya tidak ditemui di dalam mulutnya.
10Namun TUHAN senang hati untuk mencederakannya; dan dia telah mendukakannya: apabila engkau menjadikan jiwanya suatu persembahan bagi dosa, dia akan nampak benihnya, dia akan melanjutkan umurnya, dan kesukaan TUHAN akan makmur di dalam tangannya.
11Dia akan nampak kesusahan jiwanya, dan akan berpuas hati: oleh pengetahuannya hambaku yang benar akan memperbenarkan ramai orang; sebab dia akan memikul durjana mereka.
12Maka aku akan mengagihkan kepadanya sebahagian dengan para pembesar, dan dia akan mengagihkan jarahan itu dengan para orang kuat; sebab dia telah mencurahkan jiwanya sampai kematian: dan dia dihitung di antara para pelanggar; dan dia memikul dosa banyak orang, dan bersyafaat bagi para pelanggar.