Isaiah 6

Yesaya 6

1Pada tahun raja Uzia mangkat, aku juga nampak Tuhan duduk di atas takhta, disanjung tinggi-tinggi, dan hujung jubahnya mengisi bait suci.

2Di atas bait suci berdirilah malaikat-malaikat serafim: setiap satu memiliki enam sayap; dua sayap untuk menutupi mukanya, dua lagi untuk menutupi kakinya, dan dua lagi untuk terbang.

3Dan salah satu berseru kepada yang lain, dan berkata, Kudus, kudus, kudus, TUHAN angkatan alam semesta: seluruh bumi diisi dengan kemuliaannya.

4Dan tiang-tiang pintu bergoyah ketika dia yang berseru itu bersuara, dan seluruh rumah diisi dengan asap.

5Lalu kataku, Celakalah aku! Sebab aku binasa; kerana aku seorang yang berbibir najis, dan aku berdiam di antara orang yang berbibir najis: sebab mataku telah nampak Sang Raja, yakni TUHAN angkatan alam semesta.

6Selepas itu, salah satu malaikat serafim terbang ke arahku, dengan memegang batu arang berbara, yang diambilnya dari mazbah dengan penyepit:

7Dan dia meletakkannya pada mulutku, dan berkata, Lihatlah, ini telah menjamah mulutmu; dan kedurjanaanmu telah dibuang, dan dosamu telah disingkirkan.

8Aku juga telah mendengar suara Tuhan berkata, Siapakah yang aku dapat utus, dan siapakah yang akan pergi bagi kita? Maka katalah aku, Inilah aku; utuslah aku.

9Dan dia berkata, Pergi, dan beritahulah bangsa ini, Sememangnya dengar, tetapi jangan faham; dan sememangnya lihat, tetapi jangan tanggap.

10Jadikan hati bangsa ini gemuk, dan jadikan telinga mereka berat, dan tutupilah mata mereka; supaya jangan mereka melihat dengan mata mereka, dan mendengar dengan telinga mereka, dan memahami dengan hati mereka, lalu berubah dan disembuhkan.

11Maka kata aku, Tuhan, berapa lama? Dan dia berjawab, Sehingga kota-kota itu dibinasakan tanpa meninggalkan penghuni, dan rumah-rumah ketiadaan orang, dan tanah itu musnah sama sekali,

12Dan sehingga TUHAN telah mengalihkan orang jauh-jauh, dan tanah itu terbengkalai hebat.

13Namun di dalamnya akan ada sepersepuluh orang, dan ia akan kembali, dan akan dimakan: seperti pokok teil, dan seperti pokok oak, yang unsurnya berada di dalamnya ketika ia menanggalkan daun-daunnya: maka benih yang kudus akan menjadi unsur daripada itu.