1Demi Sion aku tidak akan berdiam, dan demi Yerusalem aku tidak akan berehat, sehingga kewajarannya memancar seperti terang, dan keselamatannya seperti pelita yang sedang menyala.
2Dan orang bukan Yahudi akan melihat kewajaranmu, dan semua raja akan melihat kemuliaanmu: dan kamu akan dipanggil dengan nama yang baru, yang akan dinamakan oleh mulut TUHAN.
3Engkau juga akan menjadi mahkota kemuliaan di dalam tangan TUHAN, dan mahkota diraja di dalam tangan Allahmu.
4Engkau tidak akan lagi disebut Tertinggal; dan tanahmu juga tidak akan lagi dipanggil Tertandus: tetapi kamu akan dipanggil Hefziba, dan negerimu akan dipanggil Biulah: kerana TUHAN bersuka dalammu, dan negerimu akan bersuami.
5Sebab seperti seorang lelaki muda berkahwin dengan seorang perawan, demikian juga anak-anak lelakimu akan berkahwin denganmu: dan seperti pengantin lelaki bersukacita atas pengantin perempuan, demikian juga Allah akan bersukacita atasmu.
6Aku telah menaruh para penjaga di atas dinding-dindingmu, hai Yerusalem, yang tidak akan berdiam siang atau malam: kalian yang menyebut TUHAN, jangan kekal senyap,
7Dan jangan beri dia rehat, sehingga dia memantapkan, dan sehingga dia menjadikan Yerusalem pujian di bumi.
8TUHAN telah bersumpah dengan tangan kanannya, dan oleh tangan kekuatannya, Sudah pasti aku tidak akan lagi memberi jagungmu untuk dijadikan makanan musuhmu; dan anak-anak lelaki orang asing tidak akan minum wainmu, iaitu hasil jerih lelahmu:
9Tetapi orang yang sudah mengumpulkannya akan memakannya, dan memuji TUHAN; dan orang yang telah mengumpulkannya bersama akan meminuminya di halaman-halaman kekudusanku.
10Lalui, laluilah pintu-pintu gerbang; kalian persiapkanlah jalan umat; bukalah, bukalah jalan raya; singkirkanlah batu-batu; tegakkanlah panji-panji untuk umat.
11Lihatlah, TUHAN telah mengisytihar sampai ke hujung bumi, Kalian berkata keapda anak perempuan Sion, Lihatlah, keselamatanmu menjelang; lihatlah, ganjarannya ada bersamanya, dan kerjanya ada di depannya.
12Dan mereka akan memanggil mereka, Umat yang kudus, Yang ditebus TUHAN: dan engkau akan dipanggil, Yang dicari, Kota yang tidak tertinggal.