Isaiah 65

Yesaya 65

1Aku dicari oleh mereka yang tidak bertanya untukku; aku ditemui oleh mereka yang tidak mencariku: Aku berkata, Lihatlah aku, lihatlah aku, kepada bangsa yang tidak dipanggil menurut namaku.

2Aku telah menghulurkan tanganku sepanjang hari kepada umat yang suka memberontak, yang berjalan di dalam jalan yang tidak baik, menuruti fikiran mereka sendiri;

3Umat yang memprovokasiku kepada kemarahan dengan berterusan di depan mukaku; yang membuat pengorbanan di taman-taman, dan yang membakar dupa di atas mazbah-mazbah batu bata;

4Yang kekal di antara kubur-kubur, dan berdiam di dalam tugu-tugu peringatan, yang memakan daging babi, dan bubur apa-apa yang keji ada di dalam bejana-bejana mereka.

5Yang berkata, Kekallah bersendiri, jangan mendekatiku; sebab aku lebih kudus daripadamu. Itulah asap di dalam hidungku, suatu api yang membakar sepanjang hari.

6Lihatlah, ia tertulis di hadapanku: aku tidak akan kekal senyap, tetapi akan membalas, bahkan membalas kepada dada mereka,

7Kedurjanaan kalian, dan kedurjanaan bapa-bapa leluhur kalian bersama, firman TUHAN, yang telah membakar dupa di atas gunung-gunung, dan telah mengkufuriku di atas bukit-bukit: oleh sebab itu, aku akan menyukat perbuatan silam mereka kepada dada mereka.

8Demikian firman TUHAN, Seperti wain baru yang ditemui pada tandan buah anggur, dan seseorang berkata, Janganlah membinasakannya; sebab masih ada suatu berkat di dalamnya: maka aku akan berbuat demikian demi hamba-hambaku, supaya aku tidak akan membinasakan mereka sama sekali.

9Dan aku akan memancar dari benih Yakub, dan dari Yehuda pewaris gunung-gunungku: dan orang pilihanku akan mewarisinya,dan hamba-hambaku akan berdiam di sana.

10Dan Saron akan menjadi kandang kawanan domba, dan lembah Akhor akan menjadi tempat untuk ternakan-ternakan lembu berbaring, bagi umatku yang telah mencariku.

11Tetapi kalian merupakan orang yang telah meninggalkan TUHAN, yang melupakan gunung kudusku, yang menyiapkan meja hidangan bagi rombongan itu, dan yang menyiapkan persembahan minuman kepada yang berbilang itu.

12Oleh sebab itu aku akan membilang kalian untuk pedang, dan kalian akan semua menyujud kepada pembunuhan: kerana ketika aku memanggil, kalian tidak menjawab; ketika aku bercakap, kalian tidak mendengar; tetapi berbuat jahat di hadapan mataku, dan memilih apa yang tidak disukaiku.

13Oleh sebab itu, firman Tuhan ALLAH, Lihatlah, hamba-hambaku akan makan, tetapi kalian akan menjadi lapar: lihatlah, hamba-hambaku akan minum, tetapi kalian akan menjadi dahaga: lihatlah, hamba-hambaku akan bersukacita, tetapi kalian akan beroleh malu:

14Lihatlah, hamba-hambaku akan menyanyi kerana sukacita hati, tetapi kalian akan menangis kerana dukacita hati, dan akan terlolong-lolong kerana kegemasan roh.

15Dan kalian akan meninggalkan nama kalian sebagai sumpah kutuk bagi orang-orang pilihanku: sebab Tuhan ALLAH akan membunuhmu, dan memanggil hamba-hambanya dengan nama yang lain:

16Kemudian dia yang memberkati dirinya dari bumi akan memberkati dirinya dalam Allah kebenaran; dan dia yang bersumpah di bumi akan bersumpah demi Allah kebenaran; kerana masalah-masalah silam sudah dilupakan, dan kerana ia telah tersembunyi dari mataku.

17Sebab, lihatlah, aku menciptakan syurga yang baru dan bumi yang baru: dan apa yang dahulu tidak akan lagi diingati, atau menimbul dalam fikiran.

18Tetapi kalian jadilah gembira dan bersukacita untuk selamanya dalam apa yang aku ciptakan: sebab, lihatlah, aku menciptakan Yerusalem penuh kegirangan, dan umatnya penuh sukacita.

19Dan aku akan bersukacita di Yerusalem, dan bergirang dalam umatku: dan suara tangisan akan tidak lagi terdengar dalamnya, dan juga tiada lagi suara sedu-sedan.

20Tiada lagi sejak itu seorang bayi yang seberapa hari sahaja, dan juga tiada lagi orang tua yang tidak mencapai umur lanjut: sebab anak akan mati pada umur seratus tahun; tetapi pendosa sementara berumur seratus tahun akan dikutuk.

21Dan mereka akan membina rumah, dan mendiaminya; dan mereka akan menanam kebun anggur, dan memakan buahnya.

22Mereka tidak akan membina, lalu orang lain mendiaminya; mereka tidak akan menanam, lalu orang lain memakannya: sebab umur umatku akan sejajar dengan umur pokok, dan orang pilihanku akan menikmati lama-lama kerja tangan mereka.

23Mereka tidak akan berjerih lelah dengan sia-sia, dan tidak akan menghasilkan kesesakan; kerana mereka merupakan benih orang diberkati TUHAN, dan anak cucu bersama mereka.

24Dan akan terjadi, bahawa sebelum mereka menyeru, aku akan menjawab; dan sementara mereka masih berucap, aku akan mendengar.

25Serigala dan anak domba akan bersama-sama makan, dan singa akan jerami seperti lembu jantan: dan debu menjadi makanan ular. Mereka tidak akan menyakiti dan tidak akan membinasa di seluruh gunung kudusku, firman TUHAN.