James 1

Yakobus 1

1Yakobus, hamba kepada Allah dan kepada Tuhan Yesus Kristus, salam kepada dua belas suku yang tersebar di serata dunia.

2Saudaraku sekalian, kiralah ia sebagai segala sukacita apabila kalian jatuh ke dalam pelbagai pencubaan;

3Sementara mengetahui ini, bahawa ujian terhadap iman kalian mengerjakan kesabaran.

4Tetapi biarlah kesabaran dapat bekerja dengan sempurna, supaya kalian dapat menjadi sempurna dan penuh, tanpa sebarang kekurangan pun.

5Jika sesiapa di antara kalian kekurangan hikmah, biarlah dia bermohon kepada Allah, yang memberi kepada semua orang dengan murah hati, dan yang tidak marah; dan itu akan diberikan kepadanya.

6Tetapi biar dia minta dalam iman, dengan tiada apa pun yang goyah. Sebab dia yang goyah adalah seperti ombak lautan yang ditiup angin dan diumbang-ambingkan.

7Sebab jangan orang itu fikir bahawa dia akan menerima apa pun daripada Tuhan.

8Orang yang mendua hati tidak teguh dalam segala jalannya.

9Biar saudara yang berdarjat rendah bersukacita bahawa dia disanjungi:

10Tetapi orang kaya, bahawa dia dijadikan rendah: kerana seperti bunga di padang rumput dia akan lesap.

11Sebab matahari tidak lama akan bangkit dengan kehangatan yang membakar, tetapi ia melayukan rumput, dan bunganya juga tergugur, dan kecantikan bentuknya akan binasa: demikian juga orang kaya akan lenyap dalam jalan-jalannya.

12Diberkatilah orang yang bertahan dalam pencubaan: sebab sesudah dia diuji, dia akan menerima mahkota kehidupan, yang Tuhan telah janjikan kepada mereka yang mengasihinya.

13Janganlah sesiapa pun menyatakan sewaktu tergoda, Aku telah digoda Allah: sebab Allah tidak dapat digoda dengan kejahatan, dan juga tidak menggoda sesiapa pun:

14Tetapi setiap orang tergoda, ketika dia dipesongkan oleh nafsunya sendiri, dan digodai.

15Kemudian selepas nafsu sudah mengandung, ia melahirkan dosa: dan dosa, apabila sudah dibuat, melahirkan maut.

16Janganlah tersilap, saudara sekalian yang dikasihi.

17Setiap pemberian yang baik dan setiap pemberian yang sempurna adalah dari atas, dan turun daripada Bapa cahaya-cahaya, iaitu dia yang tiada apa pun pembolehubah, dan yang tiada bayang-bayang pemutaran.

18Menurut kehendaknya sendiri dia telah menjadikan kita sebagai anak dengan firman kebenaran, supaya kita menjadi sesuatu jenis hasil pertama daripada makhluk-makhluknya.

19Lantaran itu, saudara sekalian yang dikasihi, biar setiap orang tangkas mendengar, lambat berucap, lambat naik murka:

20Sebab murka manusia tidak mengerjakan kewajaran Allah.

21Lantaran itu, jauhkan segala kekotoran dan kenakalan yang melimpah-ruah, dan dengan sikap suka menurut terimalah cantuman firman itu, yang dapat menyelamatkan jiwa kalian.

22Tetapi jadilah pelaku firman, dan bukan hanya pendengar lalu memperdayakan diri sendiri.

23Sebab jika sesiapa pun yang menjadi pendengar firman, dan bukan seorang pelaku, dia seumpama seorang yang memandang wajah semula jadinya di cermin:

24Sebab dia memandang dirinya sendiri, dan pergi, dan dengan serta merta melupakan bagaimana keadaannya sebelum itu.

25Tetapi sesiapa yang memandang ke dalam hukum kemerdekaan yang sempurna itu, dan tinggal di dalamnya, dia ini yang tidak menjadi pendengar yang pelupa tetapi pelaku pekerjaan itu, orang ini akan diberkati dalam perlakuannya.

26Jika sesiapa di kalangan kalian nampak sebagai orang yang beragama, dan tidak mengekang lidahnya, tetapi memperdayakan hatinya sendiri, agama orang ini adalah sia-sia.

27Agama yang sejati dan yang tidak tercemar di hadapan Allah dan Bapa ialah ini, Untuk melawat orang yang tidak berayah dan melawat orang balu yang berada dalam kesengsaraan, dan untuk menjaga supaya dirinya tidak ternoda bersama dunia.