1Kemudian Ayub menjawab dan berkata,
2Berapa lama lagi akan kalian menggemaskan jiwaku, dan mencerai-beraiku dengan perkataan?
3Sepuluh kali ini kalian telah mencercaku: kalian tidak malu bahawa kalian menjadikan diri kalian asing kepadaku.
4Dan anggaplah ia memang benar aku salah, kesalahan aku itu akan kekal di dalam diriku.
5Jika kalian memang akan membesar-besarkan dirimu terhadapku, dan mendakwa terhadap keaibanku:
6Ketahuilah sekarang bahawa Allah telah menunggangbalikkanku, dan sudah mengelilingiku dengan jaringnya.
7Lihatlah, aku berseru kerana tertindas, tetapi aku tidak didengar: aku berseru lantang, tetapi tiada pembelaan penghakiman.
8Dia telah menegakkan pagar menutupi jalanku sehingga aku tidak dapat berlalu, dan dia telah menetapkan kegelapan dalam jalan-jalanku.
9Dia telah menanggalkan kemuliaanku, dan telah mengambil mahkota dari atas kepalaku.
10Dia telah membinasakanku dari segala arah, dan aku sudah lesap: dan harapanku telah dia cabut seperti sebatang pokok.
11Dia juga telah menyalakan murkanya terhadapku, dan dia menghitungku kepada dirinya sebagai salah seorang musuhnya.
12Angkatan-angkatannya maju bersama, dan menegakkan jalan mereka menentangku, dan mengepung keliling khemahku.
13Dia sudah menjauhkan saudara-saudaraku daripadaku, dan kenalan-kenalanku sungguh-sungguh asing terhadapku.
14Sanak saudara aku telah menghindar, dan sahabat-sahabatku yang kukenal sudah melupakanku.
15Orang yang berdiam di rumahku, dan dayang-dayangku, mengiraku sebagai orang asing: Aku seorang asing di pandangan mereka.
16Aku memanggil hambaku, dan dia tidak memberiku apa pun jawapan; aku merayu kepadanya dengan mulutku.
17Nafasku ganjil bagi isteriku, walaupun aku merayu demi anak-anakku yang berasal dari tubuhku.
18Ya, budak-budak kecil memandang hina akan aku; Aku bangkit, dan mereka berbicara menentangku.
19Semua sahabat karibku meluatkanku: dan mereka yang kukasihi telah berpaling menentangku.
20Tulangku melekat kepada kulitku dan kepada dagingku, dan aku nyaris tidak terlepas.
21Berbelas kasihanlah kepadaku, berbelas kasihanlah kepadaku, hai kalian sahabat-sahabatku; sebab tangan Allah telah menyentuh aku.
22Mengapakah kalian menganiayaku sebagai Allah, dan tidak puas hati dengan dagingku?
23Oh sekiranya kata-kataku sekarang tertulis! Oh sekiranya ia tercetak di dalam buku!
24Sekiranya ia terukir dengan pena besi dan plumbum pada batu untuk selamanya!
25Sebab aku tahu bahawa penebusku hidup, dan bahawa dia akan berdiri pada zaman yang akhir di bumi:
26Dan meskipun sesudah kulitku adanya cacing yang membinasakan tubuh ini, namun dalam dagingku pun aku akan melihat Allah:
27Yang aku akan melihat bagi diriku sendiri, dan mataku sendiri akan melihat, dan bukan yang lain; walaupun buah-buah pinggangku habis binasa di dalamku.
28Tetapi sekiranya kalian menyatakan, Mengapakah kita menganiaya dia, memandangkan punca hal ini didapati di dalam diriku?
29Jadilah takut akan pedang: sebab murka membawa hukuman-hukuman oleh pedang, supaya kalian akan tahu bahawa adanya penghakiman.