1Lantaran itu, Ayub, aku mohon kepadamu, dengarlah ucapan-ucapanku, dan endahkanlah segala perkataanku.
2Lihatlah, sekarang aku telah membuka mulutku, lidahku telah berbicara di dalam mulutku.
3Kata-kataku akan berasal daripada kejujuran hatiku: dan bibirku akan menuturkan pengetahuan dengan jelas-jelas.
4Roh Allah telah menjadikanku, dan nafas Yang Maha Kuasa telah memberiku kehidupan.
5Jika kamu dapat menjawabku, usulkanlah kata-katamu dengan teratur di hadapanku, berdirilah.
6Lihatlah, aku adalah sesuai dengan hajatmu sebagai wakil Allah: aku juga telah dibentuk daripada tanah liat.
7Lihatlah kengerianku tidak akan menjadikanmu takut, dan juga tidak akan tanganku keras terhadapmu.
8Sudah tentulah kamu telah berucap dalam pendengaranku, dan aku telah mendengar suara kata-katamu yang berkata,
9Aku bersih dan tanpa pelanggaran, aku tidak bersalah; dan juga tiada kedurjanaan di dalam diriku.
10Lihatlah, dia mencari pasal denganku, dia menghitungku sebagai musuhnya,
11Dia menaruh kakiku di dalam belenggu, dia menandakan segala jalanku.
12Lihatlah, dalam ini kamu tidak benar: Aku akan memberi jawapan kepadamu dengan menyatakan bahawa Allah lebih besar daripada manusia.
13Mengapakah kamu berjuang menentangnya? sebab dia tidak memberi perhitungan kepada sesiapa pun bagi urusan-urusannya.
14Sebab Allah berbicara sekali, ya dua kali, namun manusia tidak menanggapinya.
15Dalam mimpi, dalam penglihatan pada waktu malam, ketika tidur yang nyenyak menimpa manusia, dalam tidur di atas katil;
16Kemudian dia membuka telinga manusia, lalu memeterai arahan mereka,
17Supaya dia dapat menarik balik manusia daripada tujuan sendiri, dan menyembunyikan kebanggaan daripada manusia.
18Dia menahan jiwanya dari liang kubur, dan nyawanya daripada kebinasaan melalui pedang.
19Manusia itu juga dihukum dengan kesakitan di katilnya, dan kebanyakan tulangnya dengan kesakitan kuat:
20Supaya nyawanya membenci roti, dan jiwanya membenci makanan istimewa.
21Dagingnya semakin menyusut, sehingga ia tidak dapat dilihat; dan tulang-tulangnya yang awal-awal tidak kelihatan menonjol ke luar.
22Ya, jiwanya mendekati kubur, dan nyawanya ke para pembinasa.
23Jika adanya seorang utusan bersamanya, seorang pentafsir, satu di kalangan seribu orang, untuk menunjukkan kepada manusia kejujurannya:
24Maka dia berbudi baik kepada orang ini, dan berfirman, Lepaskannya daripada pembuangan ke dalam liang kubur: Aku telah menemui tebusan.
25Dagingnya akan menjadi lebih segar daripada daging seorang kanak-kanak: dia akan kembali kepada hari-hari masa mudanya:
26Dia akan berdoa kepada Allah, dan Allah akan beroleh reda kepadanya: dan dia akan melihat wajahnya dengan sukacita: sebab dia akan membalas kepada manusia kewajarannya.
27Allah memandang kepada manusia, dan jika sesiapa pun berkata, Aku telah berdosa, dan telah memesongkan apa yang benar dan itu tidak menguntungkan aku;
28Maka Allah akan menyelamatkan jiwanya daripada memasuki liang kubur, dan hidupnya akan melihat cahaya.
29Lihatlah, segala apa ini kerap kali dikerjakan Allah terhadap manusia.
30Untuk membawa balik jiwanya dari liang kubur, untuk dicerahkan dengan cahaya orang hidup.
31Tandailah ini dengan baik-baik, wahai Ayub, endahkanlah diriku: berdiam diri, dan aku akan berbicara.
32Jika kamu ada apa pun untuk disebut, jawablah aku: berbicaralah, sebab aku ingin untuk memperbenarkanmu.
33Jika tidak, endahkanlah diriku: berdiam diri, dan aku akan mengajarmu hikmah.