Job 38

Ayub 38

1Kemudian TUHAN menjawab Ayub dari puting beliung, dan berkata,

2Siapakah orang ini yang menggelapkan pertimbangan oleh kata-kata yang tiada pengetahuan?

3Ikatlah pinggangmu sekarang seperti seorang lelaki; sebab aku akan menuntut daripadamu, dan kamu jawablah aku.

4Di manakah kamu ketika aku meletakkan dasar-dasar bumi? isytiharkan, jika kamu ada pengetahuan.

5Siapakah yang menentukan sukatannya, jika kamu tahu? atau siapakah yang telah memanjangkan pita ukur kepadanya?

6Di manakah tempat dasar-dasar itu diikatkan? atau siapakah yang telah meletakkan batu penjurunya;

7Ketika bintang-bintang pagi menyanyi bersama, dan semua anak Allah bersorak kerana sukacita?

8Atau siapakah yang telah menutupi lautan dengan pintu, ketika ia berlimpah keluar, akan seperti ia telah keluar dari rahim?

9Ketika aku menjadikan awan pakaiannya, dan kegelapan yang pekat sebagai bedungnya,

10Dan memagarinya tempat yang diisytiharkanku, dan memasang palang dan pintu,

11Dan berkata, Setakat sinilah kamu akan datang, tetapi tidak melampauinya: dan di sinilah ombak-ombakmu yang sombong akan dihentikan?

12Pernahkah kamu memerintahkan waktu pagi sejak bermulanya umurmu; dan menyebabkan fajar pagi untuk mengenal tempatnya;

13Supaya ia dapat berpegang kuat pada hujung-hujung bumi, supaya orang durjana dapat digoncangkan keluar daripadanya?

14Ia diubahkan seperti tanah liat yang dikenakan meterai; dan ia semua berdiri seperti dikenakan pakaian.

15Dan cahaya orang durjana ditahan daripada mereka, dan tangan mereka yang tinggi itu dipatahkan.

16Pernahkah kamu memasuki mata-mata air lautan? atau pernahkah kamu berjalan untuk mencari dasar samudera raya?

17Sudahkah pintu-pintu gerbang maut dibuka bagimu? atau pernahkah kamu melihat pintu-pintu bayang-bayang maut?

18Pernahkah kamu menanggapi keluasan bumi? isytiharkannya jika kamu tahu segala-galanya.

19Di manakah jalan ke kediaman cahaya? dan bagi kegelapan, di manakah tempatnya,

20Sehingga kamu dapat menghantarnya ke batasan-batasannya, dan sehingga kamu dapat tahu jalan-jalan ke rumahnya?

21Adakah kamu mengenal itu, kerana kamu telah dilahirkan pada waktu itu? atau kerana bilangan tahun umurmu sungguh besar?

22Pernahkah kamu memasuki perbendaharaan salji? atau pernahkah kamu melihat perbendaharaan hujan batu,

23Yang telah aku simpan bagi waktu kesesakan, bagi saat pertempuran dan peperangan?

24Dengan cara apa yang cahaya dipisahkan, yang menyerakkan angin timur ke atas bumi?

25Siapakah yang telah membahagikan saluran air untuk air melimpah, atau telah membahagikan jalan untuk kilat guruh;

26Untuk menjadikannya hujan di bumi, di tempat yang ketiadaan manusia; di padang gurun yang ketiadaan manusia;

27Untuk memuaskan tanah yang tandus dan yang kekosongan; dan untuk menyebabkan pucuk-pucuk tumbuhan yang lembut untuk bercambah?

28Adakah hujan mempunyai ayah? atau siapakah yang telah memperanakkan titisan-titisan embun pagi?

29Dari rahim siapakah yang datangnya ais? dan embun beku syurga yang berwarna uban, siapakah yang telah memperanakkannya?

30Air disembunyikan seperti suatu batu, dan permukaan semudera raya dibekukan.

31Dapatkah kamu mengikat pengaruh-pengaruh manis bintang Pleides, atau melepaskan belenggu-belenggu bintang Orion?

32Dapatkah kamu membawa keluar bintang Mazarot pada musimnya? atau dapatkah kamu memandu bintang Arkturus dengan anak-anaknya?

33Adakah kamu mengenal ordinan-ordinan syurga? dapatkah kamu menetapkan pemerintahannya di bumi?

34Dapatkah kamu meninggikan suaramu kepada awan-awan, supaya air yang berlimpahan dapat menutupimu?

35Dapatkah kamu mengutus kilat-kilat, supaya mereka dapat pergi dan berkata kepadamu, Di sinilah kami?

36Siapakah yang telah menaruh hikmah dalam lubuk hati? atau siapakah yang telah memberi pemahaman kepada hati?

37Siapakah yang dapat menghitung awan dengan berhikmah? atau siapakah yang dapat menahan kirbat-kirbat di syurga,

38Ketika debu berubah menjadi kekerasan, dan ketul-ketul itu berpaut teguh bersama?

39Akankah kamu memburu mangsa bagi singa? atau memenuhi selera anak-anak singa,

40Ketika mereka mendekam di gua-gua mereka, dan diam di semak untuk hendap menunggu?

41Siapakah yang membekalkan burung raven makanannya? ketika anak-anaknya berteriak kepada Allah, mereka merayau kerana kekurangan daging.