John 11

Yohanes 11

1Dalam pada itu, ada seorang lelaki yang sakit, namanya Lazarus, dari Betania, kampung Maria dan saudarinya Marta.

2(Ia merupakan Maria itu yang telah mengurapi Tuhan dengan minyak, dan mengelap kaki dia dengan rambutnya, yang saudaranya Lazarus sudah jatuh sakit.)

3Maka saudari-saudari Lazarus mengutus orang kepada Yesus, dengan berkata, Tuhan, lihatlah, orang yang kamu kasihi sudah sakit.

4Ketika Yesus mendengar itu, dia berkata, Kesakitan ini bukan untuk tujuan maut, tetapi bagi kemuliaan Allah, supaya Anak Allah dapat dimuliakan dengan itu.

5Dalam pada itu, Yesus mengasihi Marta, dan saudarinya, dan Lazarus.

6Maka ketika dia mendengar bahawa Lazarus sakit, dia kekal berdiam dua hari di tempat yang sama, tempat yang sedang dia berada itu.

7Kemudian selepas itu, dia berkata kepada murid-muridnya, Biar kita pergi ke Yudea semula.

8Murid-muridnya berkata kepadanya, Guru, orang Yahudi baru-baru ini berusaha untuk merejammu dengan batu; dan engkau ingin pergi ke sana semula?

9Yesus berjawab, Bukankah ada dua belas jam pada siang hari? Jika sesiapa pun berjalan pada siang hari, dia tidak tersandung, sebab dia nampak cahaya dunia ini.

10Tetapi jika seseorang berjalan pada waktu malam, dia tersandung, sebab tiada cahaya di dalamnya.

11Hal-hal ini diucapkannya: dan sesudah dia berkata kepada mereka, Sahabat kita Lazarus sedang tidur; tetapi aku pergi supaya dapat membangunkannya daripada tidur.

12Kemudian murid-muridnya berkata, Tuhan, jika dia tidur, keadaannya pasti eloklah.

13Walau bagaimanapun Yesus berkata tentang kematian Lazarus: tetapi mereka menyangka bahawa dia telah berkata tentang berehat dalam tidur.

14Kemudian Yesus berkata kepada mereka dengan terus-terang, Lazarus sudah mati.

15Dan aku bergembira demi kalian bahawa aku tidak berada di sana, bagi tujuan supaya kalian dapat percaya; walau bagaimanapun biar kita pergi kepadanya.

16Kemudian Tomas, yang disebut Didimus, berkata kepada murid-murid sebaya, Biar kita juga pergi, supaya kita boleh mati bersamanya.

17Kemudian ketika Yesus datang, dia mendapati bahawa Lazarus sudah berbaring di kubur untuk empat hari.

18Dalam pada itu, Betania berdekatan dengan Yerusalem, lebih kurang lima belas furlong jauhnya:

19Dan banyak orang Yahudi telah datang kepada Marta dan Maria, untuk menghiburkan mereka berhubung dengan kematian saudara mereka.

20Kemudian Marta, sebaik sahaja dia mendengar bahawa Yesus datang, keluar dan bertemu dengannya: tetapi Maria kekal berdiam di rumah.

21Kemudian Marta berkata kepada Yesus, Tuhan, sekiranya engkau berada di sini, saudaraku pasti tidak mati.

22Tetapi aku tahu, bahawa sekarang pun, barang apa yang engkau minta daripada Allah, Allah akan memberi itu kepadamu.

23Yesus berkata kepadanya, Saudaramu akan bangkit semula.

24Marta berkata kepadanya, Aku tahu bahawa dia akan bangkit semula pada waktu kebangkitan pada hari terakhir.

25Yesus berkata kepadanya, Akulah kebangkitan, dan kehidupan: dia yang percaya kepadaku, meskipun dia mati, dia akan hidup:

26Dan barang siapa hidup dan percaya kepadaku tidak akan sesekali pun mati. Percayakah kamu akan hal ini?

27Marta berkata kepadanya, Ya, Tuhan: Aku percaya bahawa engkau merupakan Kristus, Anak Allah, yang harus datang ke dalam dunia.

28Dan sesudah dia berkata demikian, dia pergi, dan memanggil Maria, saudarinya secara rahsia, dengan berkata, Guru sudah datang, dan memanggilmu.

29Sebaik sahaja Maria mendengar itu, dia bangkit dengan lekas, dan pergi ke Yesus.

30Dalam pada itu, Yesus belum sampai ke kampung itu, tetapi berada di tempat yang Marta bertemu dengannya.

31Orang Yahudi kemudian yang berada bersamanya di rumah, dan yang menghiburkannya, ketika mereka nampak Maria, bahawa dia bangkit dengan bergegas dan keluar, mengikutinya, dengan berkata, Dia pergi ke perkuburan untuk menangis di sana.

32Kemudian ketika Maria datang ke tempat Yesus berada, dan melihatnya, dia jatuh tersungkur di kakinya, dengan berkata kepadanya, Tuhan, sekiranya engkau berada di sini, saudaraku pasti tidak mati.

33Maka ketika Yesus nampak tangisannya, dan orang Yahudi yang mengikut Maria juga menangis, dia mengeluh dalam roh, lalu menjadi susah hati,

34Dan berkata, Di manakah kalian membaringkannya? Mereka berkata kepadanya, Tuhan, marilah dan lihat.

35Yesus menangis.

36Kemudian kata orang Yahudi, Lihatlah betapa dia menyayanginya!

37Dan sesetengah orang berkata, Mungkinkah dia ini, yang telah mencelikkan mata orang buta, menyebabkan bahkan orang ini tidak mati?

38Maka Yesus, sementara mengeluh di dalam dirinya sekali lagi, sampai ke kubur. Ia sebuah gua, dan ada batu yang menutupinya.

39Yesus berkata, Kalian alihkanlah batu itu. Marta, saudari kepada orang yang meninggal itu, berkata kepadanya, Tuhan, dia sekarang sudah berbau busuk: sebab dia sudah mati untuk empat hari.

40Yesus berkata kepadanya, Tidakkah aku berkata kepadamu, bahawa jika kamu percaya, kamu akan melihat kemuliaan Allah?

41Kemudian mereka mengalihkan batu dari tempat itu yang terbaringnya orang mati. Dan Yesus menengadah, dan berkata, Bapa, aku bersyukur kepadamu bahawa engkau telah mendengarku.

42Dan aku tahu bahawa engkau mendengarku selalu: tetapi oleh sebab orang yang berdiri di sini, aku menyatakan itu, supaya mereka dapat percaya bahawa engkau telah mengutusku.

43Dan setelah dia sudah bercakap demikian, dia berseru dengan suara yang kuat, Lazarus, marilah keluar.

44Dan orang yang mati itu keluar, tangan dan kakinya terikat dengan kain kapan: dan mukanya tertutup dengan kain muka. Yesus berkata kepada mereka, Tanggalkanlah kain, dan lepaskannya.

45Kemudian, banyak orang Yahudi yang datang ke Maria, dan telah melihat apa yang dilakukan Yesus, percaya kepadanya.

46Tetapi sesetengah orang pergi ke orang Farisi, dan memberitahu mereka apa yang telah dilakukan Yesus.

47Kemudian para ketua imam dan orang-orang Farisi menghimpunkan sebuah majlis, dan berkata, Apakah yang harus kita buat? sebab orang ini melakukan banyak mukjizat.

48Jika kita membiarkannya sahaja, semua orang akan percaya kepadanya: dan orang Rom akan datang dan mengambil kedua-dua tempat kita dan bangsa kita.

49Dan salah seorang di antara mereka, yang bernama Kayafas, sementara merupakan imam besar pada tahun itu juga, berkata kepada mereka, Kalian tidak tahu apa pun,

50Dan juga tidak pertimbangkan bahawa ia berguna bagi kita, supaya satu orang harus mati bagi umat, dan supaya seluruh bangsa tidak binasa.

51Dan ini dia tidak ucap daripada dirinya sendiri: tetapi sementara merupakan imam besar pada tahun itu, dia bernubuat bahawa Yesus harus mati bagi bangsa itu;

52Dan bukan untuk bangsa itu sahaja, tetapi juga supaya dia akan mengumpulkan bersama menjadi satu anak-anak Allah yang diserakkan luas.

53Then from that day forth they took counsel together for to put him to death.

54Jesus therefore walked no more openly among the Jews; but went thence unto a country near to the wilderness, into a city called Ephraim, and there continued with his disciples.

55And the Jews' passover was nigh at hand: and many went out of the country up to Jerusalem before the passover, to purify themselves.

56Then sought they for Jesus, and spake among themselves, as they stood in the temple, What think ye, that he will not come to the feast?

57Now both the chief priests and the Pharisees had given a commandment, that, if any man knew where he were, he should shew it, that they might take him.