1Sesudah hal-hal itu, Yesus berangkat ke seberang laut Galilea, yang merupakan danau laut Tiberias.
2Dan ramai orang mengikutinya, kerana mereka nampak mukjizat-mukjizatnya yang telah dia lakukan terhadap orang-orang sakit.
3Dan Yesus naik ke gunung, dan di sana duduk bersama murid-muridnya.
4Dan pelangkauan, suatu pesta orang Yahudi, sudah dekat.
5Ketika Yesus kemudian mengangkat matanya, dan melihat suatu kumpulan besar datang kepadanya, dia berkata kepada Filipus, Dari manakah harus kita membeli roti, supaya orang-orang ini boleh makan?
6Dan dia menyatakan ini untuk mengujinya: sebab Yesus sendiri tahu apa yang akan dilakukannya.
7Filipus menjawab kepadanya, roti sebanyak nilai dua ratus peni pun tidak akan cukup bagi mereka, supaya setiap orang di kalangan mereka dapat makan sedikit.
8Salah seorang muridnya, Andreas, iaitu saudara Simon Petrus, berkata kepada Yesus,
9Ada seorang budak lelaki di sini, yang ada lima buku roti barli, dan dua ekor ikan kecil: tetapi apakah ini dibandingkan dengan sebegitu banyak orang?
10Dan Yesus berkata, Jadikan kaum lelaki duduk. Dalam pada itu, ada banyak rumput di kawasan itu. Maka kaum lelaki duduk, kira-kira lima ribu orang bilangannya.
11Dan Yesus mengambil buku-buku roti; dan ketika dia sudah mengucap syukur, dia mengagih-agihkan itu kepada murid-muridnya, dan kemudian murid-muridnya kepada mereka yang telah duduk; dan demikian juga dengan ikan sebanyak yang dikehendaki mereka.
12Sesudah mereka dikenyangkan, Yesus berkata kepada murid-muridnya, Kumpulkanlah baki makanan yang tertinggal, supaya tidak ada yang terbuang.
13Oleh sebab itu, mereka mengumpulkannya bersama, dan mengisi dua belas bakul dengan baki yang tertinggal daripada lima buku roti barli itu, yang bakinya melebihi dan mengatasi apa yang telah mereka makan.
14Kemudian orang-orang itu, ketika mereka telah melihat mukjizat yang dilakukan Yesus, berkata, Ini menuruti kebenaran bahawa seorang nabi akan datang ke dalam dunia.
15Maka ketika Yesus menanggapi bahawa mereka ingin datang dan mengambil dia secara paksa, untuk menjadikannya raja, dia bertolak semula ke sebuah gunung seorang diri.
16And when even was now come, his disciples went down unto the sea,
17And entered into a ship, and went over the sea toward Capernaum. And it was now dark, and Jesus was not come to them.
18And the sea arose by reason of a great wind that blew.
19So when they had rowed about five and twenty or thirty furlongs, they see Jesus walking on the sea, and drawing nigh unto the ship: and they were afraid.
20But he saith unto them, It is I; be not afraid.
21Then they willingly received him into the ship: and immediately the ship was at the land whither they went.
22The day following, when the people which stood on the other side of the sea saw that there was none other boat there, save that one whereinto his disciples were entered, and that Jesus went not with his disciples into the boat, but that his disciples were gone away alone;
23(Howbeit there came other boats from Tiberias nigh unto the place where they did eat bread, after that the Lord had given thanks:)
24Maka ketika umat itu nampak bahawa Yesus tidak berada di situ, dan murid-muridnya pun tidak, mereka juga naik perahu, dan pergi ke Kapernaum mencari-cari Yesus.
25Dan sesudah menemuinya di seberang laut itu, mereka berkata kepadanya, Rabi, bilakah datangnya engkau ke sini?
26Yesus menjawab mereka dan berkata, Sesungguhnya, sesungguhnya, aku berkata kepada kalian, Kalian mencariku, bukan kerana kalian nampak mukjizat, tetapi kerana kalian telah makan buku-buku roti itu, dan telah kenyang.
27Jangan berjerih lelah untuk makanan yang akan binasa, tetapi untuk makanan yang bertahan sampai hidup yang abadi, yang Anak manusia akan beri kepada kalian: sebab dia yang telah Allah Bapa meteraikan.
28Kemudian mereka berkata kepadanya, Apakah yang harus kami buat, supaya kami dapat mengerjakan kerja Allah?
29Yesus menjawab dan berkata kepada mereka, Inilah kerja Allah, bahawa kamu percaya kepada dia yang telah diutus olehnya.
30Maka mereka berkata kepadanya, Maka apakah tanda yang ditunjukkanmu supaya kami dapat melihat, dan percaya kepadamu? apakah yang dikerjakanmu?
31Bapa-bapa leluhur kami telah makan manna di padang gurun; seperti ia tertulis, Dia memberi mereka roti dari syurga untuk makan.
32Kemudian Yesus berkata kepada mereka, Sesungguhnya, sesungguhnya, aku berkata kepada kalian, Musa tidak memberimu roti itu dari syurga; tetapi Bapaku memberi kalian roti benar dari syurga.
33Sebab roti Allah ialah dia yang turun dari syurga, dan memberi kehidupan kepada dunia.
34Kemudian mereka berkata kepadanya, Tuhan, selalu berilah kami roti itu.
35Dan Yesus berkata kepada mereka, Akulah roti kehidupan: dia yang datang kepadaku langsung tidak akan lapar lagi; dan dia yang percaya kepadaku langsung tidak akan haus lagi.
36Tetapi aku berkata kepada kalian, Bahawa kalian juga telah melihatku dan tidak percaya kepadaku.
37Semua yang Bapa telah beri kepadaku akan datang kepadaku; dan dia yang datang kepadaku langsung tidak akan kubuang keluar.
38Sebab aku telah turun dari syurga, bukan untuk melakukan kehendakku sendiri, tetapi kehendak dia yang telah mengutuskanku.
39Dan inilah kehendak Bapa yang telah mengutusku, iaitu semua yang telah dia beri kepadaku tidak dihilangkanku, tetapi akan kubangkitkan semula pada hari terakhir.
40Dan inilah kehendak dia yang mengutusku, bahawa setiap orang yang melihat Anak, dan percaya kepadanya, akan ada hidup yang abadi: dan aku akan membangkitkannya pada hari terakhir.
41Orang Yahudi kemudian merungut terhadapnya, kerana dia berkata, akulah roti yang telah turun dari syurga.
42Dan mereka berkata, Bukankah ini Yesus, anak kepada Yusuf, yang ayahnya dan ibunya kita kenal? maka bagaimanakah ia mungkin bahwa dia berkata, Aku telah turun dari syurga?
43Maka Yesus menjawab dan berkata, Jangan merungut di antara diri kalian sendiri.
44Tidak seorangpun yang dapat datang kepadaku, kecuali Bapa yang telah mengutusku menariknya: dan aku akan membangkitkannya pada hari terakhir.
45Ada tertulis di dalam nabi-nabi, Dan mereka akan diajar oleh Allah. Maka setiap orang yang telah mendengar, dan telah belajar daripada Bapa, datang kepadaku.
46Bukan seakan-akan ada sesiapa pun yang telah melihat Bapa, kecuali dia yang datang dari Allah, dia itulah yang telah melihat Bapa.
47Sesungguhnya, sesungguhnya, aku berkata kepada kalian, Dia yang percaya kepadaku ada kehidupan yang abadi.
48Akulah roti kehidupan itu.
49Bapa-bapa leluhurmu telah makan manna di padang gurun, dan mereka sudah mati.
50Inilah roti yang telah turun dari syurga, supaya seseorang boleh makan daripadanya, dan tidak akan mati.
51Akulah roti hidup yang telah turun dari syurga: jika sesiapa pun makan daripada roti ini, dia akan hidup untuk selamanya: dan roti yang akan kuberi ialah dagingku, yang akan kuberi bagi kehidupan dunia.
52Maka orang Yahudi bersengketa di antara sesama diri, dengan berkata, Bagaimanakah mungkin orang ini memberi kita dagingnya untuk makan?
53Kemudian Yesus berkata kepada mereka, Sesungguhnya, sesungguhnya, aku berkata kepada kalian, Kecuali kalian makan daging Anak manusia, dan minum darahnya, kalian tiada hidup di dalam diri kalian.
54Sesiapa yang makan dagingku, dan minum darahku, ada hidup yang kekal; dan aku akan membangkitkannya pada hari yang terakhir.
55Sebab dagingku sememangnya makanan, dan darahku sememangnya minuman.
56Dia yang memakan dagingku, dan meminumi darahku, berdiam di dalamku, dan aku di dalamnya.
57Seperti Bapa yang hidup telah mengutusku, dan aku hidup oleh Bapa: jadi orang yang memakanku, orang itu juga akan hidup olehku.
58Inilah roti yang telah turun dari syurga: bukan seperti bapa-bapa leluhurmu yang telah memakan manna, dan sudah mati: tetapi dia yang memakan roti ini akan hidup untuk selamanya.
59Hal-hal ini dikatakan Yesus di saumaah, sementara dia ajar di Kapernaum.
60Maka banyak muridnya, ketika mereka mendengar itu, berkata, Ini sesuatu perkataan yang keras; siapakah yang dapat mendengarnya?
61Ketika Yesus tahu di dalam dirinya sendiri bahawa murid-muridnya merungut akan ajaran itu, dia berkata kepada mereka, Adakah itu menyinggung kalian?
62Bagaimanakah, jika kalian melihat Anak manusia naik ke tempat yang dahulu dia berada?
63Roh itulah yang menghidupkan; daging tidak menguntungkan: kata-kataku yang kuucap kepada kalian, ia roh, dan ia hidup.
64Tetapi ada sesetengah di antara kalian yang tidak percaya. Sebab Yesus tahu dari permulaannya siapa di antara mereka yang tidak percaya, dan siapa yang akan mengkhianatinya.
65Dan dia berkata, Maka aku berkata kepada kalian, bahawa tidak seorang pun dapat datang kepadaku, kecuali ia diberi kepadanya oleh Bapaku.
66Sejak dari waktu itu, banyak muridnya mengundurkan diri, dan tidak lagi berjalan bersama-samanya.
67Kemudian Yesus berkata kepada dua belas itu, Akankah kalian juga pergi?
68Kemudian Simon Petrus berjawab kepadanya, Tuhan, kepada siapa yang harus kami pergi? kamu yang ada firman kehidupan kekal.
69Dan kami percaya dan pasti bahawa kamu ialah Kristus itu, Anak Allah Yang Maha Hidup.
70Yesus menjawab mereka, Bukankah aku sudah memilih kedua-dua belas kalian, dan salah seorang dari antara kalian ialah iblis?
71Dia berbicara tentang Yudas Iskariot anak kepada Simon: sebab dia itulah yang harus mengkhianatinya, sementara merupakan salah satu daripada dua belas itu.