1Yudas, hamba Yesus Kristus, dan saudara Yakobus, kepada mereka yang telah dikuduskan oleh Allah Bapa, dan dikekalkan di dalam Yesus Kristus, dan telah dipanggil:
2Belas kasihan kepada kalian, dan damai sejahtera, dan kasih dipergandakan.
3Saudara-saudara yang dikasihi, sementara aku memberi segala kesungguhanku untuk menulis kepada kalian tentang keselamatan umum itu, ia perlu bagiku untuk menulis kepada kalian dan menggesakan kalian bahawa kalian patut sungguh-sungguh berjuang bagi iman yang dahulu disampaikan kepada orang-orang kudus.
4Sebab ada sesetengah orang yang telah menyusup masuk tanpa diketahui, yang dari dahulukala telah ditakdirkan kepada keterkutukan ini, orang yang tidak salih, yang mengubahkan rahmat Allah kita kepada kegasangan, dan menyangkal satu-satunya Tuhan Allah, dan Tuhan kita Yesus Kristus.
5Maka, aku akan membuat kalian ingat, walaupun dahulu kalian sudah tahu hal ini, bagaimana Tuhan, sementara telah menyelamatkan umatNya dari tanah Mesir, selepas itu membinasakan mereka yang tidak percaya.
6Dan malaikat-malaikat pula yang tidak mengekalkan keadaan mereka yang pertama, tetapi meninggalkan kediaman mereka sendiri, Dia telah menyimpan di dalam belenggu kekekalan di bawah kegelapan menjelang pengadilan pada hari besar itu.
7Sementara, Sodom dan Gomora, dan kota-kota di sekeliling mereka di dalam kelakuan serupa, yang menyerahkan diri mereka kepada perbuatan berkendak, dan mengejar daging yang asing, telah dikemukakan sebagai suatu contoh, yang menderita pembalasan api yang kekal.
8Seperti itu juga pengkhayal-pengkhayal kotor ini mencemarkan daging, memandang rendah pemerintah, dan bercakap buruk tentang para pembesar.
9Namun, Mikhael, penghulu malaikat itu, apabila berjuang dengan iblis dalam perbalahan tentang mayat Musa, tidak membawa terhadapnya tohmahan yang mencaci, tetapi berkata, Tuhan menegur kamu.
10Tetapi mereka ini berkata-kata jahat akan hal-hal yang tidak mereka ketahui: tetapi apa yang diketahui mereka secara semula jadi, sebagai binatang yang tidak berakal, dalam pada itulah mereka mencemarkan diri mereka.
11Celakalah mereka! Sebab mereka telah memakai jalan Kain, dan berlari secara tamak menuju kepada kesilapan Bileam untuk keuntungan, dan telah binasa di dalam pembantahan Korah.
12Mereka inilah noda dalam perjamuan-perjamuan belas ihsan kalian, apabila mereka berjamuan bersama kalian, dengan menyuapkan diri mereka sendiri tanpa ketakutan: mereka merupakan awan yang tidak berair, dibawa-bawa oleh angin; pokok-pokok yang buahnya layu, tanpa buah, dua kali mati, dicabut keluar dari akarnya;
13Ombak yang bergelora di laut, yang membuih-buihkan keaiban mereka sendiri; bintang-bintang yang merayau, yang bagi mereka telah tersimpan kehitaman kegelapan untuk selama-lamanya.
14Dan Henokh juga, yang ketujuh daripada Adam, telah menubuatkan hal-hal ini, dengan mengatakan, Lihatlah, Tuhan datang dengan berpuluh-puluh ribu orang kudusnya,
15Untuk melaksanakan penghakiman kepada semua, dan untuk meyakinkan semua yang tidak salih di antara mereka tentang segala perbuatan tidak salih yang telah mereka lakukan dengan tidak salih, dan segala ucapan keras mereka yang telah diucapkan para pendosa yang tidak salih untuk menentangnya.
16Mereka ini ialah perungut, pengadu, dan berjalan menurut nafsu sendiri; dan mulut mereka mengucapkan kata-kata yang hebat menyombong, sambil mengagumi peribadi-peribadi manusia kerana kesempatan untung.
17Tetapi, saudara-saudara yang dikasihi, ingatlah kata-kata yang telah diucapkan dahulu oleh rasul-rasul Tuhan Yesus Kristus;
18Ingatlah bahawa mereka telah memberitahu kalian akan pencemuh-pencemuh pada zaman akhir, yang akan berjalan menurut ketidaksalihan nafsu mereka sendiri.
19Inilah mereka yang memisahkan diri mereka sendiri, sensual, sementara tidak memiliki Roh.
20Tetapi kalian, saudara-saudara yang dikasihi, dengan saling membina sesama dirimu di dalam iman yang paling kudus, dan berdoa di dalam Roh Kudus,
21Tetapkanlah dirimu di dalam kasih Allah, sambil menanti-nantikan belas kasihan Tuhan Yesus Kristus kepada hidup yang kekal.
22Dan kasihani sesetengah orang, sambil membezakan antara mereka:
23Dan yang lain selamatkan dengan ketakutan, tarik mereka keluar daripada api; benci juga pakaian mereka yang bertompok-tompok kerana daging.
24Sekarang kepada Dia yang mampu menjaga kamu daripada jatuh, dan untuk mempersembahkan kamu dengan tanpa bernoda di hadapan hadirat kemuliaannya dengan sukacita yang berkelimpahan,
25Kepada satu-satunya Allah yang berhikmah, Juruselamat kita, diberi kemuliaan dan kebesaran, pemerintahan dan kuasa, sekarang dan selama-lamanya. Amin.