Revelation 1

Wahyu 1

1Wahyu Yesus Kristus, yang telah Allah beri kepadanya, untuk menunjuk kepada hamba-hambanya apa yang tidak lama lagi harus terjadi; dan dia mengutus dan menggambarkan itu oleh malaikatnya kepada hambanya Yohanes:

2Yang telah naik saksi akan firman Allah, dan akan kesaksian Yesus Kristus, dan akan segala yang telah dilihatnya.

3Diberkatilah dia yang membaca, dan mereka yang mendengar kata-kata nubuat ini, dan berpegang kepada apa yang tertulis di dalamnya: sebab waktunya sudah dekat.

4Yohanes kepada tujuh gereja yang ada di Asia: Rahmat kepada kalian, dan damai sejahtera, daripada dia yang ada, dan yang telah ada, dan yang akan datang; dan daripada tujuh Roh yang ada di hadapan takhtanya;

5Dan daripada Yesus Kristus, yang merupakan saksi yang setia, dan yang pertama diperanakkan dari antara orang mati, dan yang merupakan penguasa raja-raja di bumi. Kepada dia yang telah mengasihi kita, dan yang telah membasuh kita daripada dosa-dosa kita dengan darahnya sendiri.

6Dan telah menjadikan kita para raja dan para imam kepada Allah dan Bapanya; bagi dia kemuliaan dan ketakhtaan selama-lamanya. Amin.

7Lihatlah, dia datang dengan awan-awan; dan setiap mata akan melihatnya, dan juga mereka yang telah menikamnya: dan semua suku kaum di bumi akan meraung kerana dia. Bahkan demikian, Amin.

8Akulah Alfa dan Omega, yang permulaan dan yang penamatan, berfirman Tuhan, yang ada, dan yang pernah ada, dan yang akan datang, Yang Mahakuasa itu.

9Aku, Yohanes, yang juga merupakan saudara kalian, dan teman dalam seksaan, dan dalam kerajaan dan kesabaran Yesus Kristus, telah berada di pulau yang dipanggil Patmos, bagi firman Allah, dan bagi kesaksian Yesus Kristus.

10Aku berada dalam Roh pada hari Tuhan, dan telah mendengar di belakangku suatu suara yang besar, seperti suatu sangkakala,

11Katanya, Akulah Alfa dan Omega, yang pertama dan yang terakhir: dan, Apa yang kamu lihat, tulislah di dalam kitab, dan sampaikannya kepada tujuh gereja yang ada di Asia; kepada Efesus, dan kepada Smirna, dan kepada Pergamus, dan kepada Tiatira, dan kepada Sardis, dan kepada Filadelfia dan kepada Laodikia.

12Dan aku berpaling untuk melihat suara yang sedang bercakap denganku. Dan setelah aku berpaling, aku nampak tujuh kaki dian emas;

13Dan ada di tengah-tengah tujuh kaki dian itu seorang yang seperti Anak manusia, berpakaian satu pakaian sampai ke tapak kaki, dan dia diikat di keliling dadanya dengan girdel emas.

14Kepalanya dan rambutnya seputih bulu domba, seputih salji; dan matanya adalah seperti nyala api;

15Dan kakinya adalah seperti gangsa tulen, seakan-akan ia membara dalam perapian; dan suaranya adalah seperti bunyi banyak air.

16Dan dia ada pada tangan kanannya tujuh bintang: dan dari mulutnya keluar sebilah pedang tajam bermata dua: dan wajahnya adalah seperti matahari yang bersinar dalam keamatannya.

17Dan apabila aku nampak dia, aku rebah pada kakinya seperti orang mati. Dan dia menumpang tangan kanannya ke atas aku sambil berkata kepadaku, Janganlah takut; Akulah yang pertama dan yang terakhir.

18Akulah dia yang hidup, dan yang pernah mati; dan lihatlah, Aku hidup selama-lamanya, Amin; dan memiliki kunci-kunci neraka dan maut.

19Tulislah apa yang telah kamu lihat, dan apa yang ada, dan apa yang akan terjadi kemudian dari ini;

20Misteri tujuh bintang yang telah kamu nampak di tangan kananku, dan tujuh kaki dian emas. Tujuh bintang itu ialah para malaikat di tujuh gereja: dan tujuh kaki dian yang telah kamu nampak ialah tujuh gereja.