1Sebanyak semana banyak orang telah menugaskan diri untuk berusaha mempersembahkan suatu pengisytiharaan bagi hal-hal yang sangat pasti dipercayai di antara kita,
2Sepertimana mereka menyampaikannya kepada kita, yang dari permulaannya merupakan saksi-saksi mata, dan pelayan-pelayan firman;
3Aku juga menganggap ia elok, sementara memiliki pemahaman yang sempurna bagi segalanya dari sejak permulaannya, untuk menulis kepadamu dengan teratur, ya Theofilus yang terutama,
4Supaya kamu dapat tahu kepastian hal-hal itu, yang di dalamnya telah kamu diberi ajaran.
5Ada pada zaman Herodes, raja Yudea, salah seorang imam yang bernama Zakharia, daripada aliran Abia: dan isterinya adalah dari kalangan anak-anak perempuan keturunan Harun, dan namanya Elisabet.
6Dan mereka berdua adalah benar di hadapan Allah, sementara menjalani hidup menurut segala perintah dan ordinan Tuhan dengan tanpa bercela.
7Dan mereka tidak mempunyai anak, kerana Elisabet mandul, dan mereka berdua sekarang adalah sungguh lanjut umur.
8Dan terjadilah, bahawa sementara dia melaksanakan jawatan imam di hadapan Allah dengan aturan tugasnya,
9Menurut amalan jawatan imam, undi terjatuh kepadanya untuk membakar dupa apabila dia masuk ke dalam bait suci Tuhan.
10Dan seluruh keramaian orang sedang berdoa di luar pada waktu pembakaran dupa itu.
11Dan ada muncul kepada Zakharia seorang malaikat Tuhan yang berdiri di sebelah kanan mazbah pembakaran dupa.
12Dan apabila Zakharia melihatnya, dia menjadi gelisah, dan ketakutan menimpa dirinya.
13Tetapi malaikat itu berkata kepadanya, Janganlah takut, Zakharia: sebab doamu telah didengar; dan isterimu Elisabet akan melahirkanmu seorang anak lelaki, dan kamu akan memanggil namanya Yohanes.
14Dan kamu akan beroleh sukacita dan kegembiraan; dan banyak orang akan bersukacita atas kelahirannya itu.
15Sebab dia akan menjadi hebat di pandangan Tuhan, dan tidak akan minum baik wain mahupun minuman keras; dan dia akan diisi dengan Roh Kudus, bahkan semenjak rahim ibunya.
16Dan banyak orang Israel akan dipalingkannya kembali kepada Tuhan Allah mereka.
17Dan dia akan mendahuluinya dalam roh dan kuasa Elias, untuk memalingkan kembali hati para bapa kepada anak-anak, dan yang derhaka kepada hikmah orang benar; untuk mempersiapkan suatu umat yang sedia bagi Tuhan.
18Dan Zakharia berkata kepada malaikat itu, Dengan apakah akan aku mengenal ini? sebab aku seorang lelaki tua, dan isteriku sungguh lanjut umur.
19Dan malaikat itu dengan menjawab berkata kepadanya, Akulah Gabriel, yang berdiri di hadirat Allah; dan aku diutus untuk berbicara kepadamu, dan untuk menunjukkan kepadamu hal-hal yang gembira ini.
20Dan, lihatlah, kamu akan dijadikan bisu, dan tidak akan mampu bercakap, sehingga hari yang hal-hal ini dilaksanakan, kerana kamu tidak percaya kepada kata-kataku, yang akan digenapi pada waktunya.
21Dan umat menunggu untuk Zakharia, dan kagum bahawa dia tinggal sebegitu lama di dalam bait suci.
22Dan sesudah dia keluar, dia tidak dapat bercakap kepada mereka: dan mereka anggap bahawa dia telah melihat penglihatan di bait suci: sebab dia memberi isyarat kepada mereka, dan kekal tidak bersuara.
23Dan terjadilah, bahawa, sebaik sahaja hari-hari pelayanannya itu selesai, dia meninggalkan rumahnya sendiri.
24Dan sesudah hari-hari itu, isterinya Elisabet mengandung, dan menyembunyikan dirinya utuk lima bulan, dengan berkata,
25Begitulah Tuhan berurus denganku pada hari-hari yang ketika dia memandang kepadaku, untuk menghapuskan keaibanku di kalangan orang.
26Dan di bulan yang keenam, malaikat Gabriel itu diutus daripada Allah ke sebuah kota di Galilea, yang bernama Nazaret.
27Kepada seorang perawan yang telah ditunangkan kepada seorang lelaki yang bernama Yusuf, dari rumah tangga Daud; dan nama perawan itu ialah Maria.
28Dan malaikat itu masuk kepadanya, dan berkata, Salam, kamu yang diredai dengan sungguh besar, Tuhan ada bersamamu: diberkatilah kamu di kalangan perempuan.
29Dan ketika Maria melihatnya, dia menjadi gelisah terhadap perkataanya, dan menimbul di dalam fikirannya apakah sebenarnya jenis salam ini.
30Dan malaikat itu berkata kepadanya, Janganlah takut, Maria: sebab kamu telah menemui keredaan dengan Allah.
31Dan, lihatlah, kamu akan mengandung di dalam rahimmu, dan melahirkan seorang anak lelaki, dan akan memanggil namanya YESUS.
32Dia akan menjadi hebat, dan akan dipanggil Anak kepada Yang Maha Tinggi: dan Tuhan Allah akan memberi kepadanya takhta bapa leluhurnya, Daud:
33Dan dia akan memerintah atas bani Yakub untuk selamanya; dan bagi kerajaannya tiada kesudahannya.
34Kemudian Maria berkata kepada malaikat itu, Bagaimanakah ini mungkin, memandangkan aku tidak mengenal seorang lelaki?
35Dan malaikat berjawab dan berkata kepadanya, Roh Kudus akan datang kepadamu, dan kuasa Yang Maha Tinggi akan membayangimu: maka apa yang kudus yang akan dilahirkanmu itu juga akan dipanggil Anak Allah.
36Dan, lihatlah, sepupumu Elisabet, dia juga telah mengandung seorang anak lelaki pada umur tuanya: dan inilah bulan yang keenam baginya, yang dahulu disebut mandul.
37Sebab dengan Allah tiada apa pun yang tidak mungkin.
38Dan Maria berkata, Lihatlah ini hamba perempuan Tuhan; jadilah kepada diriku menurut firmanmu. Dan malaikat itu meninggalkannya.
39Dan Maria bangkit pada hari-hari zaman itu, dan bergegas ke negeri yang berbukit, ke dalam sebuah kota di Yehuda;
40Lalu masuk ke dalam rumah Zakharia, dan memberi salam kepada Elisabet.
41Dan terjadilah, bahawa, ketika Elisabet mendengar salam daripada Maria, bayi melonjak di dalam rahimnya; dan Elisabet dipenuhi dengan Roh Kudus:
42Dan dia berbicara dengan suara yang lantang, dan berkata, Diberkatilah kamu di kalangan perempuan, dan diberkatilah buah rahimmu.
43Dan bagaimana pula ini terjadi kepadaku, bahawa ibu kepada Tuhanku mahu datang kepadaku?
44Sebab, lihatlah, seketika suara salammu berbunyi di dalam telingaku, bayi melonjak di dalam rahimku dengan sukacita.
45Dan diberkatilah dia yang telah percaya: sebab akan adanya perlaksanaan apa yang telah diberitahu Tuhan kepadanya.
46Dan Maria berkata, Jiwaku membesar-besarkan Tuhan,
47Dan rohku telah bersukacita dalam Allah, Juruselamatku.
48Sebab dia telah mempedulikan kerendahan nasib hamba perempuannya: sebab, lihatlah, mulai sekarang semua generasi akan memanggilku diberkati.
49Sebab dia Yang Maha Kuasa telah berbuat kepadaku hal-hal yang besar; dan namanya kudus.
50Dan belas kasihannya berada pada mereka yang takut akannya generasi demi generasi.
51Dia telah menunjukkan kekuatan dengan tangannya; dia telah menjadikan orang-orang angkuh bertempiaran dalam bayangan hati mereka.
52Dia telah menurunkan orang yang gagah dari takhta mereka, dan menyanjungi orang yang berdarjat rendah.
53Dia telah mengisi orang lapar dengan apa yang baik; dan orang kaya telah dia suruh pergi dengan tangan hampa.
54Dia telah menolong hambanya Israel, kerana mengingat belas kasihannya;
55Seperti yang telah difirmankannya kepada bapa-bapa kita, kepada Abraham, dan kepada benihnya untuk selamanya.
56Dan Maria berdiam bersamanya untuk sekitar tiga bulan, lalu kembali ke rumahnya sendiri.
57Dalam pada itu, Elisabet punya cukup bulan datang supaya dia akan bersalin; dan dia melahirkan seorang anak lelaki.
58Dan jiran-jirannya dan sepupu-sepupunya mendengar bagaimana Tuhan telah menunjukkan belas kasihan yang sungguh besar kepadanya; dan mereka bersukacita dengannya.
59Dan terjadilah, bahawa pada hari yang kelapan mereka datang untuk menyunat anak itu; dan mereka memanggilnya Zakharia, menurut nama ayahnya.
60Dan ibunya menjadi dan berkata, Jangan demikian; tetapi dia akan dipanggil Yohanes.
61Dan mereka berkata kepadanya, Tiada mana-mana sanak saudaramu yang dipanggil nama itu.
62Dan mereka memberi isyarat kepada ayahnya, untuk bertanya bagaimana dia ingin anak itu dipanggil.
63Dan Zakharia memanggil untuk meja menulis, lalu menulis, dengan berkata, Namanya Yohanes. Dan mereka semua kagum.
64Dan mulutnya terbuka dengan serta-merta, dan lidahnya pula dilonggarkan, lalu Zakharia bercakap, dan memuji Allah.
65Dan ketakutan menimpa semua orang yang berdiam di sekeliling mereka: dan semua perkhabaran itu dihebohkan luas menerusi seluruh negeri berbukit di Yudea.
66Dan semua orang yang mendengar mereka menaruh perkhabara itu di dalam hati mereka, dengan berkata, Betapa ajaibnya anak ini! Dan tangan Tuhan ada bersamanya.
67Dan Zakharia, bapanya, dipenuhi dengan Roh Kudus, dan bernubuat, dengan berkata,
68Terpujilah Tuhan Allah Israel; sebab dia telah melawat dan menebus umatnya,
69Dan telah membangunkan suatu tanduk keselamatan bagi kita dari keturunan hambanya Daud;
70Seperti yang telah dia berfirman melalui mulut para nabinya, yang telah ditetapkan sejak permulaan dunia:
71Supaya kita dapat diselamatkan daripada musuh kita, dan daripada semua yang membenci kita;
72Untuk melaksanakan belas kasihan itu yang telah dijanjikan kepada bapa-bapa leluhur kita, dan untuk mengingati waadnya yang kudus;
73Sumpah yang dia bersumpah kepada bapa leluhur kita, Abraham,
74Itulah yang akan dia beri kepada kita, supaya kita yang telah diselamatkan daripada tangan musuh-musuh kita dapat melayaninya tanpa ketakutan,
75Dalam kekudusan dan kewajaran di hadapannya, sepanjang hayat kita.
76Dan kamu, hai anak, akan dipanggil nabi bagi Yang Mahatinggi: sebab kamu akan mendahului wajah Tuhan untuk menyiapkan jalan-jalannya;
77Untuk memberi pengetahuan akan keselamatan kepada umatnya oleh pengampunan dosa-dosa mereka,
78Melalui belas kasihan lembut Allah kita; yang melalui itu fajar pagi dari atas telah melawat kita;
79Untuk memberi cahaya kepada mereka yang duduk dalam kegelapan dan dalam bayang-bayang maut, untuk memandu kaki kita kepada jalan damai sejahtera.
80Dan anak itu membesar, dan menjadi kuat dalam roh, dan berada di padang gurun sampai hari kemunculannya kepada Israel.