Luke 2

Lukas 2

1Dan terjadilah pada hari-hari zaman itu, bahawa Kaisar Agustus mengeluarkan dekri bahawa seluruh dunia harus dikenakan cukai.

2(Dan percukaian itu pertama-tama dibuat ketika Kirenius menjadi gabenor di Siria.)

3Dan semua orang pergi untuk dikenakan cukai, setiap orang masing-masing ke kotanya sendiri.

4Dan Yusuf juga naik dari Galilea, dari kota Nazaret, ke Yudea, ke kota Daud, yang dipanggil Betlehem; (kerana dia berasal dari rumah tangga dan keturunan Daud:)

5Untuk dikenakan cukai bersama Maria isteri yang dipertunangkan kepadanya, dengan sarat mengandung.

6Dan demikianlah terjadi, bahawa sementara mereka berada di sana, hari-hari mencukupi untuk dia bersalin.

7Dan dia melahirkan anak sulungnya, lalu membungkus anaknya di dalam lampin, dan membaringkannya di dalam palungan; kerana tiada ruang untuk mereka di rumah penginapan.

8Dan di negeri yang sama itu, ada para gembala yang sedang berdiam di ladang untuk menjaga kawanan mereka pada waktu malam.

9Dan, lihatlah, malaikat Allah datang ke atas mereka, dan kemuliaan Tuhan bersinar di keliling mereka: lalu mereka sangat takut.

10Dan malaikat berkata kepada mereka, Jangan takut: sebab, lihatlah, aku membawa kepada kalian berita baik akan sukacita yang besar, yang akan terjadi kepada semua orang.

11Sebab bagi kalian telah dilahirkan pada hari ini di kota Daud seorang Juruselamat, yang merupakan Kristus Tuhan.

12Dan inilah yang akan menjadi tanda-tanda bagi kalian, kalian akan menemui bayi itu dibedung dengan kain bedung, sementara berbaring di palung.

13Dan tiba-tiba ada muncul bersama malaikat itu suatu angkatan syurgawi yang sedang memuji Allah, dengan berkata,

14Kemuliaan setinggi-tingginya bagi Allah, dan di bumi damai sejahtera, dan keredaan terhadap manusia.

15Dan terjadilah, sementara para malaikat sudah meninggalkan mereka dan kembali ke syurga, para gembala berkata kepada satu sama lain, Biar kita bertolak sekarang ke Betlehem, dan melihat ini yang telah terjadi, yang telah dinyatakan Tuhan kepada kita.

16Dan mereka dengan lekas datang, dan menemui Maria, dan Yusuf, dan bayi itu berbaring dalam palung.

17Dan sesudah mereka melihat itu, mereka memaklumkan dengan luas kata-kata yang telah diberitahu mereka berkenaan anak ini.

18Dan semua yang mendengar itu hairan akan apa yang telah diberitahu kepada mereka oleh para gembala itu.

19Tetapi Maria menyimpan segala hal itu, dan merenunginya dalam hatinya.

20Dan para gembala pulang, sambil memulia dan memuji Allah bagi segala apa yang telah mereka sudah dengar dan sudah nampak, seperti yang telah diberitahu kepada mereka.

21Dan sesudah genapnya lapan hari untuk siap menyunat anak itu, namanya dipanggil YESUS, yang seperti yang dinamakan malaikat sebelum dia disenyawakan dalam rahim.

22Dan sesudah genapnya hari-hari penyucian Maria menurut hukum Musa, mereka membawa Yesus ke Yerusalem, untuk mempersembahkannya kepada Tuhan;

23(Seperti yang tertulis di dalam hukum Tuhan, Setiap lelaki yang membuka rahim akan dipanggil kudus kepada Tuhan;)

24Dan untuk mempersembahkan suatu korban menuruti apa yang telah disebut hukum Tuhan, Sepasang burung tekukur, atau dua ekor burung merpati.

25Dan, lihatlah, ada seorang lelaki di Yerusalem, yang namanya Simeon; dan orang tersebut benar dan warak, sementara menantikan penghiburan Israel: dan Roh Kudus ada di atasnya.

26Dan ia dinyatakan kepadanya oleh Roh Kudus, bahawa dia tidak akan melihat maut, sebelum dia melihat Tuhan punya Kristus.

27Dan dia masuk oleh Roh ke dalam bait suci: dan ketika ibubapa membawa Yesus, anak itu, untuk berbuat baginya apa yang menuruti amalan hukum,

28Saat itulah dia menyambut anak itu ke dalam dekapannya, dan memuji Allah, lalu berkata,

29Tuhan, sekarang biarlah hambamu ini meninggal dengan damai sejahtera, menuruti firmanmu:

30Sebab mataku telah melihat keselamatan daripadamu,

31Yang telah engkau persiapkan di hadapan muka semua orang;

32Suatu cahaya untuk menerangi orang bukan Yahudi, dan kemuliaan umatmu Israel.

33Dan Yusuf dan ibu Yesus tertakjub kepada apa yang telah dinyatakan tentangnya.

34Dan Simeon memberkati mereka, dan berkata kepada Maria iaitu ibunya, Lihatlah, anak ini ditetapkan untuk menjatuhkan dan membangkit semula ramai orang di Israel; dan untuk menjadi tanda yang akan dibantahi orang;

35(Ya, suatu pedang akan menembusi jiwamu sendiri juga,) supaya fikiran hati ramai orang akan didedahkan.

36Dan adanya seorang yang bernama Ana, seorang nabi perempuan, anak perempuan kepada Fanuel, dari suku kaum Aser: dia sangat lanjut umurnya, dan telah hidup dengan suaminya tujuh tahun dari keperawanannya;

37Dan dia seorang balu di sekitar empat kali dua puluh dan empat tahun, yang tidak meninggalkan bait suci, tetapi melayani Allah dengan puasa dan doa malam dan siang.

38Dan dia sementara masuk pada saat itu juga memberi syukur juga kepada Tuhan, dan berbicara tentangnya kepada semua yang mencari penebusan di Yerusalem.

39Dan sesudah mereka melaksanakan segalanya menuruti hukum Tuhan, mereka kembali ke Galilea, ke kota mereka sendiri iaitu Nazaret.

40Dan anak itu membesar, dan bertambah kuat dalam roh, diisi dengan hikmah: dan rahmat Allah berada di atasnya.

41Dalam pada itu, ibubapa Yesus pergi ke Yerusalem setiap tahun pada pesta pelangkauan.

42Dan apabila dua berumur dua belas tahun, mereka naik ke Yerusalem menurut amalan pesta itu.

43Dan sesudah mereka menggenapi hari-hari itu, sementara mereka pulang, budak Yesus itu tinggal di Yerusalem; dan Yusuf dan ibunya tidak mengetahui akan itu.

44Tetapi mereka, sementara menganggapnya berada bersama rombongan, berjalan sehari jauhnya perjalanan; dan mereka mencarinya di kalangan sanak saudara dan kenalan mereka.

45Dan sesudah mereka tidak menemuinya, mereka mematah balik untuk ke Yerusalem semula, sementara mencari-carinya.

46Dan terjadilah, bahawa sesudah tiga hari, mereka menemuinya di bait suci, sedang duduk di tengah-tengah para doktor hukum, untuk kedua-duanya mendengar dan menanya mereka soalan.

47Dan semua yang mendengarnya tertakjub akan pemahamannya dan jawapan-jawapannya.

48Dan sesudah mereka melihatnya, mereka hairan: dan ibunya berkata kepadanya, Hai anak, mengapakah kamu berbuat demikian kepada kami? lihatlah, ayahmu dan aku telah mencari-carimu dengan berduka.

49Dan dia berkata kepada mereka, Bagaimana pula kalian sedang mencariku? Tidakkah kalian membayangkan bahawa aku harus berada sekitar urusan Bapaku?

50Dan mereka tidak memahami kata-kata itu yang diucapkannya kepada mereka.

51Dan dia turun bersama mereka, dan sampai ke Nazaret, dan menaklukkan diri kepada mereka: tetapi ibunya menyimpan segala perkataan itu di dalam hatinya.

52Dan Yesus semakin bertambah dalam hikmah dan kehormatan, dan dalam keredaan dengan Allah dan manusia.