1Dan dia juga berkata kepada murid-muridnya, Ada seorang yang kaya, yang mempunyai seorang bendahara; dan kepadanya disampaikan tuduhan bahawa bendahara itu telah membazirkan harta bendanya.
2Dan tuan itu memanggilnya, lalu berkata kepadanya, Bagaimanakah mungkin aku mendengar khabar ini tentangmu? berilah perhitungan akan perbendaharaanmu; sebab kamu tidak harus lagi menjadi bendahara.
3Maka bendahara itu berkata dalam hatinya, Apakah yang harus kubuat? sebab tuanku melucut daripadaku tugas perbendaharaan itu: Aku tidak dapat menggali; mengemis pula aku malu.
4Aku sudah berazam dengan apa yang harus dibuat, supaya, pada waktu aku dibuang tugas perbendaharaan itu, mereka akan menerimaku ke dalam rumah-rumah mereka.
5Jadi, dia memanggil setiap orang yang berhutang kepada tuannya, dan dia berkata kepada yang pertama, Berapa banyak yang kamu berhutang kepada tuanku?
6Dan dia berjawab, Seratus sukatan minyak. Lalu bendahara berkata kepadanya, Bawa surat hutangmu, dan lekaslah duduk, dan tulis lima puluh.
7Kemudian dia berkata kepada yang lain, Dan berapa banyak yang kamu berhutang? Dan dia berjawab, Seratus sukatan gandum. Dan dia berkata kepadanya, Bawa surat hutangmu, dan tulis empat kali dua puluh.
8Dan tuan itu memuji bendahara yang tidak benar itu, kerana dia telah berbuat secara pandai: sebab anak-anak dunia ini adalah dalam generasi mereka lebih pandai daripada anak-anak cahaya.
9Dan aku berkata kepada kalian, Perolehlah sahabat-sahabat dengan menggunakan mamon ketidakwajaran; supaya, ketika kalian gagal, mereka dapat menyambut kalian ke dalam kediaman-kediaman yang abadi.
10Dia yang setia dengan apa yang sedikit juga setia dengan apa yang banyak: dan dia yang tidak benar dengan apa yang sedikit juga tidak benar dengan apa yang banyak.
11Maka jika kalian tidak setia dengan mamon ketidakwajaran, siapakah yang akan mengamanahkan kekayaan sejati kepada kalian?
12Dan jika kalian tidak setia dengan milik orang lain, siapakah yang akan memberi kepada kalian milik sendiri?
13Tiada seorang hamba pun yang dapat melayani dua tuan: sebab dia sama ada akan membenci seorang, dan mengasihi yang lain itu; atau dia akan berpaut kepada seorang, dan memandang hina yang lain. Kalian tidak boleh melayani Allah dan mamon.
14Dan orang Farisi juga, yang bersikap kedambaan, mendengar kesemuanya itu: dan mereka mempersendakannya.
15Dan dia berkata kepada mereka, Kalian merupakan orang yang memperbenarkan diri sendiri di hadapan orang; tetapi Allah mengetahui hati kalian: sebab apa yang disanjungi tinggi di antara manusia ialah kekejian di pandangan Allah.
16Hukum dan nabi-nabi adalah sehingga Yohanes: sejak waktu itu kerajaan Allah dikhutbahkan, dan setiap orang berebut masuk ke dalamnya.
17And it is easier for heaven and earth to pass, than one tittle of the law to fail.
18Whosoever putteth away his wife, and marrieth another, committeth adultery: and whosoever marrieth her that is put away from her husband committeth adultery.
19Ada seorang yang kaya, yang berpakaian ungu dan linen halus, dan hidup dengan mewah setiap hari:
20Dan ada seorang pengemis yang bernama Lazarus, yang telah ditinggal berbaring di pintu gerbangnya, penuh dengan luka,
21Dan dengan harapan untuk diberi sisa makanan yang jatuh dari meja makan orang kaya itu: lebih-lebih lagi, anjing datang untuk menjilat lukanya.
22Dan terjadilah bahawa pengemis itu mati, dan diangkat oleh malaikat-malaikat ke pangkuan Abraham: orang kaya itu juga mati, dan dikuburkan;
23Dan di neraka dia menengadah, sedangkala diseksa, dan nampak Abraham dari jauh, dan dengan Lazarus pada pangkuannya.
24Dan dia berseru dan berkata, Bapa Abraham, berbelas kasihan kepadaku, dan utuslah Lazarus, supaya dia dapat mencelup hujung jarinya ke dalam air, dan menyejukkan lidahku; sebab aku terseksa dalam nyala api ini.
25Tetapi Abraham berkata, Anak, ingat bahawa dalam jangka hayat kehidupanmu itu kamu telah menerima apa yang baik, dan Lazarus apa yang buruk: tetapi sekarang dia terhibur, dan kamu terseksa.
26Dan selain daripada itu, di antara kami dan kamu ada ditempatkan suatu jurang yang besar: supaya mereka yang ingin menyeberang dari sini ke kalian tidak dapat berbuat sebegitu; dan juga mereka tidak dapat menyeberang kepada kami, iaitu orang yang ingin datang dari sana.
27Selepas itu orang kaya itu berkata, Kalau begitu aku bermohon, bapa, supaya kamu akan mengutus dia ke rumah bapaku:
28Sebab aku ada lima saudara lelaki; supaya dia dapat bersaksi kepada mereka, supaya jangan mereka juga masuk ke dalam tempat seksaan ini.
29Abraham berkata kepadanya, Mereka ada Musa dan para nabi; biar mereka mendengar mereka.
30Dan dia berkata, Tidak, bapa Abraham: tetapi jika ada salah seorang yang pergi kepada mereka dari kalangan orang mati, mereka akan bertaubat.
31Lalu Abraham berkata kepadanya, Jika mereka tidak mendengar Musa dan para nabi, mereka juga tidak akan terbujuk, walaupun adanya seorang yang bangkit dari kalangan orang mati.