1Dan sekarang, wahai kalian yang imam, perintah ini adalah untuk kalian.
2Jika kalian tidak mendengar, dan jika kalian tidak akan memasangkannya pada hati, untuk memberi kemuliaan kepada namaku, firman TUHAN angkatan alam semesta, aku akan menyampaikan kutuk kepada kalian, dan aku akan mengutuk berkat-berkatmu: ya, aku sudah mengutukinya, kerana kalian tidak memasangkannya pada hati.
3Lihatlah, aku akan merosakkan benihmu, dan menyapu najis pada mukamu, bahkan najis jamuan-jamuan takzim kalian; dan ada orang yang akan membawa kalian keluar bersamanya.
4Dan kalian akan tahu bahawa aku telah menyampaikan perintah ini kepada kalian, supaya waadku akan kekal dengan Lewi, firman TUHAN angkatan alam semesta.
5Waadku dengannya ialah kehidupan dan damai sejahtera; dan aku telah memberi itu kepadanya kerana ketakutan yang dia pakai untuk takut akanku, dan gentar terhadap namaku.
6Hukum kebenaran berada dalam mulutnya, dan kedurjanaan tidak ditemui dalam bibirnya: dia telah berjalan bersamaku dalam damai sejahtera dan kesaksamaan, dan memang memalingkan banyak orang daripada kedurjanaan.
7Sebab bibir imam harus mengekalkan pengetahuan, dan mereka harus mencari hukum daripada mulut imam: sebab dia merupakan orang utusan TUHAN angkatan alam semesta.
8Tetapi kalian memesong daripada jalan; kalian telah menyebabkan banyak orang tersandung pada hukum; kalian sudah mencemar waad Lewi, firman TUHAN angkatan alam semesta.
9Oleh sebab itu, aku juga telah menjadikan kalian keji dan rendah di hadapan seluruh umat, sekadar dengan kalian tidak memegang jalan-jalanku, tetapi telah berberat sebelah dalam hukum.
10Tidakkah kita mempunyai satu bapa? tidakkah satu Allah yang menciptakan kita? mengapakah kita berbuat khianat setiap orang terhadap saudaranya, dengan mencabuli waad bapa-bapa leluhur kita?
11Yehuda telah berbuat khianat, dan suatu kekejian telah dilakukan di dalam Israel dan di dalam Yerusalem; sebab Yehuda telah mencabuli kekudusan TUHAN yang dia kasihi, dan telah mengahwini anak perempuan dewa yang asing.
12TUHAN akan memotong keluar lelaki yang melakukan ini daripada khemah-khemah Yakub, baik dia tuan mahupun seorang cendekiawan, dan juga dia yang mempersembahkan persembahan kepada TUHAN angkatan alam semesta.
13Dan ini telah kalian lakukan sekali lagi, menutupi mazbah TUHAN dengan air mata, dengan tangisan, dan dengan rintihan, sehingga dia tidak lagi mengendahkan persembahan itu lagi, atau tidak berkenan menerimanya daripada tangan kalian.
14Namun kalian berkata, Mengapa? Sebab TUHAN sudah menjadi saksi antara kamu dan isteri masa mudamu, yang telah kamu berbuat khianat terhadapnya: walaupun dia temanmu, dan isteri waadmu.
15Dan tidakkah dia menciptakan satu? Namun, dia masih mempunyai saki-baki roh. Dan mengapa satu? Supaya dia boleh memperoleh benih yang salih. Maka perhatikan rohmu, dan jangan sesiapa pun berbuat khianat terhadap isteri masa mudanya.
16Sebab TUHAN, Allah Israel, berfirman bahawa dia membenci perbuatan menjauhkan isteri: sebab seseorang menutupi keganasan dengan kain pakaiannya, firman TUHAN angkatan alam semesta: maka jagalah rohmu, supaya kamu tidak berbuat khianat.
17Kalian telah menyusahi TUHAN dengan kata-katamu. Namun kalian berkata, Dengan cara apakah telah kami menyusahinya? Ketika kalian berkata, Setiap orang yang berbuat jahat adalah baik di pandangan TUHAN, dan dia bersuka di dalam mereka; atau, Di manakah Allah penghakiman?