1Pada hari yang sama itu Yesus keluar rumahnya, dan duduk di tepi laut.
2Dan bilangan orang yang besar berkumpul bersama mengerumuninya, sehingga dia memasuki perahu, dan duduk; dan semua orang itu berdiri di pantai.
3Dan Yesus berbicara banyak perkara kepada mereka dalam perumpamaan, dengan berkata, Lihatlah, ada seorang penabur yang keluar untuk menabur;
4Dan ketika dia menabur, sesetengah benih jatuh di pinggir jalan, lalu burung datang dan memakan habis benih-benih itu:
5Sesetengah jatuh di tempat yang berbatu, yang tidak mempunyai banyak tanah: dan dengan itu bertumbuh, kerana tidak dalam tanahnya:
6Dan apabila matahari terbit, ia dihangatkan; dan oleh sebab ia tiada akar, ia habis layu.
7Dan sesetengah pula jatuh di antara semak duri; dan semak duri bertumbuh, dan mencekiknya:
8Tetapi yang lain jatuh di tanah yang baik, dan menghasilkan buah, ada yang seratus kali ganda, ada yang enam puluh kali ganda, ada yang tiga puluh kali ganda.
9Siapa yang bertelinga untuk mendengar, biar dia dengar.
10Dan murid-murid datang dan berkata kepadanya, Mengapakah kamu bercakap kepada mereka dalam perumpamaan?
11Dia berjawab dan berkata kepada mereka, Sebab ia dikurniakan kepada kalian untuk mengenal misteri-misteri kerajaan syurga, tetapi bagi mereka tidak.
12Sebab bagi sesiapa yang ada, kepadanya akan diberi, dan dia akan mempunyai kelimpahan yang lebih: tetapi bagi mereka yang tidak ada, daripadanya akan diambil apa yang dia ada.
13Oleh sebab itu, aku bercakap kepada mereka dalam perumpamaan: kerana mereka walaupun melihat tidak melihat; dan walaupun mendengar tidak mendengar, dan mereka juga tidak faham.
14Dan dalam mereka digenapi nubuat Yesaya, yang berfirman, Melalui pendengaran kalian akan dengar, tetapi tidak akan memahami; dan melalui penglihatan kalian akan melihat, tetapi tidak akan menanggapi:
15Sebab hati bangsa ini semakin menebal, dan telinga mereka lemah mendengar, dan mata mereka sudah mereka tutup; supaya jangan pada bila-bila masa mereka dapat melihat dengan mata mereka, dan mendengar dengan telinga mereka, dan memahami dengan hati mereka, dan dipalingkan balik, dan aku menyembuhkan mereka.
16Tetapi diberkatilah mata kalian, kerana ia melihat: dan telinga kalian, kerana ia mendengar.
17Sebab sesungguhnya aku berkata kepada kalian, Bahawa banyak nabi dan orang kudus ingin melihat apa yang kalian melihat, dan tidak melihatnya; dan ingin mendengar apa yang kalian dengar, dan tidak mendengarnya.
18Maka kalian dengarlah perumpamaan penabur itu.
19Ketika sesiapa mendengar firman kerajaan, dan tidak memahaminya, maka datanglah si durjana, dan merampas apa yang telah ditaburkan dalam hatinya. Inilah dia yang telah menerima benih di pinggir jalan.
20Tetapi orang yang menerima benih di tanah yang berbatu-batu, dia merupakan orang yang mendengar firman, dan dengan lekas menerimanya;
21Namun dia sendiri tidak berakar, tetapi bertahan untuk seketika: sebab ketika seksaan atau penganiayaan datang kerana firman, dengan segera dia mengambil hati.
22Orang yang menerima benih di antara semak duri pula ialah orang yang mendengar firman; dan kepedulian dunia ini, dan perdayaan kekayaan, menghimpit firman, lalu dia menjadi tidak berbuah.
23Tetapi orang yang telah menerima benih di tanah yang baik ialah orang yang mendengar firman, dan memahaminya; yang juga menghasilkan buah, dan ada yang mengeluarkan seratus kali lipat, ada yang enam puluh kali lipat, ada yang tiga puluh kali lipat
24Suatu lagi perumpamaan telah dia bentang kepada mereka, dengan berkata, Kerajaan syurga adalah seperti orang yang telah menabur benih yang baik di ladangnya:
25Tetapi ketika semua orang tidur, musuhnya datang dan menabur lalang di antara gandum, lalu pergi menurut jalannya.
26Tetapi ketika daun sudah bertumbuh, dan menghasilkan buah, maka muncul pula lalang juga.
27Jadi para hamba tuan ladang itu datang dan berkata kepadanya, Tuan, bukankah tuan menabur benih yang baik di ladang tuan? dari mana pula muncul lalang di antaranya?
28Tuan berkata kepada mereka, Seorang musuh telah melakukan ini. Para hamba berkata kepadanya, Maka inginkah tuan supaya kami pergi dan mengumpulkan lalang itu?
29Tetapi dia berkata, Jangan; supaya jangan semasa kalian mengumpulkan lalang itu, kalian juga mencabut pula gandum dengannya.
30Biar kedua-duanya itu bertumbuh sampai waktu menuai: dan pada waktu menuai aku akan berkata kepada para penuai, Kalian kumpulkan dahulu lalang, dan ikatnya berberkas-berkas untuk membakarnya: tetapi kumpulkan gandum itu ke dalam gudangku.
31Another parable put he forth unto them, saying, The kingdom of heaven is like to a grain of mustard seed, which a man took, and sowed in his field:
32Which indeed is the least of all seeds: but when it is grown, it is the greatest among herbs, and becometh a tree, so that the birds of the air come and lodge in the branches thereof.
33Another parable spake he unto them; The kingdom of heaven is like unto leaven, which a woman took, and hid in three measures of meal, till the whole was leavened.measures: the word in the Greek is a measure containing about a peck and a half, wanting a little more than a pint
34All these things spake Jesus unto the multitude in parables; and without a parable spake he not unto them:
35That it might be fulfilled which was spoken by the prophet, saying, I will open my mouth in parables; I will utter things which have been kept secret from the foundation of the world.
36Kemudian Yesus menyuraikan orang ramai itu, dan pergi ke dalam rumah: lalu murid-muridnya datang kepadanya, dengan berkata, Isytiharkan kepada kami perumpamaan lalang di ladang itu.
37Dia menjawab dan berkata kepada mereka, Dia yang menabur benih yang baik ialah Anak manusia;
38Ladang ialah dunia; benih yang baik ialah anka-anak kerajaan; tetapi lalang ialah anak-anak si durjana;
39Musuh yang menaburnya ialah iblis; tuaian ialah akhir zaman; dan para penuai ialah malaikat.
40Sementara lalang dikumpulkan dan dibakar di dalam api; demikian juga akan terjadi pada akhir dunia ini.
41Anak manusia akan mengutus malaikat-malaikatnya, dan mereka akan mengumpulkan dari kerajaannya segala yang melanggar, dan orang yang berbuat kedurjanaan;
42Dan akan melemparkan mereka ke dalam perapian: di sana akan ada raungan dan gertakan gigi.
43Kemudian orang benar akan tonjol bersinar seperti matahari di dalam kerajaan Bapa mereka. Siapa bertelinga, biar dia dengar.
44Tambahan lagi, kerajaan syurga adalah seperti harta karun yang terpendam di suatu ladang; yang ketika seseorang telah temui, dia menyembunyikannya, dan dengan sukacita kerana itu pergi dan menjual segalanya yang dia ada, dan membeli ladang itu.
45Tambahan lagi, kerajaan syurga adalah seperti seorang pedagang, yang mencari mutiara-mutiara yang indah:
46Yang, ketika dia telah menemui mutiara yang sungguh berharga, pergi menjual segala kepunyaannya, dan membelinya.
47Sekali lagi, kerajaan syurga adalah seperti pukat, yang telah dilemparkan ke dalam laut, dan mengumpulkan setiap jenis:
48Yang, sesudah ia penuh, mereka menarikkannya ke pantai, dan duduk, lalu mengumpulkan yang baik ke dalam bejana, tetapi membuang yang buruk.
49Begitulah akan terjadi pada akhir dunia: para malaikat akan datang ke mari, dan memutuskan orang durjana dari kalangan orang benar,
50Dan akan melemparkan mereka ke dalam relau api: di situ akan adanya ratapan dan gertakan gigi.
51Yesus berkata kepada mereka, Sudahkah kamu memahami segalanya ini? Mereka berkata kepadanya, Ya, Tuhan.
52Kemudian dia berkata kepada mereka, Oleh sebab itu, setiap jurutulis yang terpelajar tentang kerajaan syurga adalah seperti tuan rumah, yang membawa keluar daripada perbendaharaannya apa yang baru dan yang lama.
53And it came to pass, that when Jesus had finished these parables, he departed thence.
54Dan sesudah dia datang ke kampungnya sendiri, dia mengajar mereka di saumaah mereka, sehingga mereka tertakjub, dan berkata, Dari manakah orang ini mendapat hikmah itu, dan karya-karya yang berkuasa itu?
55Bukankah ini anak tukang kayu itu? bukankah ibunya dipanggil Maria? dan saudara-saudaranya, Yakobus, dan Yoses, dan Simon, dan Yudas?
56Dan saudari-saudarinya pula, bukankah mereka semua ada bersama kita? Maka dari manakah orang ini mendapat segalanya itu?
57Dan mereka tersinggung akan dia. Tetapi Yesus berkata kepada mereka, Seorang nabi bukan tidak tanpa kehormatan, kecuali di dalam kampungnya sendiri, dan di rumahnya sendiri.
58Dan dia tidak melakukan banyak karya berkuasa di sana kerana ketidakpercayaan mereka itu.