Matthew 24

Matius 24

1Dan Yesus keluar, dan meninggalkan bait suci: dan murid-muridnya datang kepadanya untuk menunjukkannya bangunan-bangunan bait suci itu.

2Dan Yesus berkata kepada mereka, Nampakkah kalian semua ini? Sesungguhnya aku berkata kepada kalian, Tidak akan tertinggal satu batu pun di atas yang lain yang tidak akan terlempar ke bawah.

3Dan ketika dia duduk di atas gunung Zaitun, murid-murid datang kepadanya secara peribadi dan berkata, Beritahulah kami bilakah hal-hal ini akan berlaku? dan apakah tanda kedatanganmu, dan tanda kesudahan dunia?

4Lalu Yesus berjawab dan berkata kepada mereka, Berhati-hati supaya tidak diperdayakan orang.

5Sebab banyak yang akan datang dalam namaku dan berkata, Akulah Kristus; dan akan memperdayakan banyak orang.

6Dan kalian akan mendengar khabar tentang peperangan dan desas-desus peperangan: pastikan kalian jangan menjadi khuatir: sebab semua ini harus terjadi, tetapi kesudahannya belum datang.

7Sebab bangsa akan bangkit menentang bangsa, dan kerajaan menentang kerajaan: dan akan ada kebuluran, dan wabak, dan gempa bumi, di beberapa tempat.

8Semua ini merupakan permulaan penderitaan.

9Selepas itu, mereka akan menyerahkan kalian untuk diseksa, dan akan membunuh kalian: dan kalian akan dibenci oleh semua bangsa demi namaku.

10Dan seterusnya banyak yang akan mengambil hati, dan akan mengkhianati satu sama lain, dan akan membenci satu sama lain.

11Dan banyak nabi palsu akan bangkit, dan akan memperdayakan banyak orang.

12Dan oleh sebab kedurjanaan akan berkelimpahan, kasih banyak orang akan bertambah dingin.

13Tetapi dia yang bertahan sampai ke akhir, dia itu yang akan diselamatkan.

14Dan injil kerajaan ini akan dikhutbahkan di seluruh dunia sebagai kesaksian kepada semua bangsa; dan barulah kesudahan datang.

15Oleh itu, apabila kalian nampak kekejian yang memusnahkan itu, yang dibicarakan oleh nabi Daniel, berdiri di tempat kudus, (sesiapa yang membaca, biarlah dia faham:)

16Ketika itu, biarlah mereka yang berada di Yudea berlari ke pergunungan:

17Biar dia yang berada di atas bumbung rumah jangan turun untuk mengambil apa pun daripada rumahnya:

18Jangan pula dia yang berada di ladang kembali semula untuk mengambil bajunya.

19Malanglah mereka yang mengandung dan malanglah mereka yang harus menyusu pada masa itu!

20Tetapi kalian doakan supaya waktu melarikan diri itu bukan pada musim sejuk, ataupun pada hari sabat:

21Kerana waktu itu ada seksaan yang dahsyat, yang tidak pernah ada sejak permulaan dunia sampai kepada masa kini, tiada, dan tidak akan pernah ada lagi.

22Dan kalau waktu itu tidak disingkatkan, tidak ada apa pun daging yang akan diselamatkan: tetapi demi orang pilihan, waktu itu akan disingkatkan.

23Seterusnya kalau sesiapa pun berkata kepada kalian, Lihat, di sinilah Kristus, atau di situlah Kristus; janganlah percaya akan itu.

24Sebab akan bangkit Kristus-kristus yang palsu, dan nabi-nabi palsu, dan mereka akan menunjukkan tanda-tanda dan keajaiban yang besar; sehingga, jikalau mungkin, mereka akan memperdayakan sampai orang pilihan pun.

25Lihatlah, aku pernah ceritakan ini kepada kalian sebelumnya.

26Oleh sebab itu, jika mereka berkata kepada kalian, Lihatlah, dia berada di padang gurun; janganlah pergi: lihatlah, dia berada di ruang rahsia; janganlah percaya akan itu.

27Sebab seperti kilat yang datang dari timur dan bersinar sampai ke barat; begitulah kedatangan Anak manusia.

28Sebab di mana mayat berada, di situlah burung-burung helang akan berkumpul.

29Sejurus selepas seksaan pada waktu tersebut matahari akan digelapkan, dan bulan tidak akan menyinar cahayanya, dan bintang-bintang akan jatuh dari syurga, dan kuasa-kuasa syurga akan tergoncangkan:

30Lalu tanda Anak manusia akan ternyata di syurga: dan seterusnya semua suku bangsa bumi meratap dan mereka akan nampak Anak manusia datang di dalam awan-awan dengan kuasa dan kemuliaan yang besar.

31Dan dia akan mengutus malaikat-malaikatnya bersertakan bunyi sangkakala yang kuat, dan mereka akan mengumpulkan orang pilihannya dari empat mata angin, dari satu hujung syurga sampai ke hujung yang lain.

32Sekarang belajarlah perumpamaan pokok ara; Pada ketika cabangnya masih muda, dan mengeluarkan daun, kalian tahu bahawa musim panas menjelang:

33Maka demikianlah bagi kalian, ketika kalian nampak semua hal ini, camkanlah bahawa ia sudah dekat, malah berada di ambang pintu.

34Sesungguhnya aku berkata kepada kalian, Generasi ini tidak akan lenyap, sehingga segala hal ini digenapi.

35Syurga dan bumi akan lenyap, tetapi kata-kataku tidak akan lenyap.

36Tetapi bagi hari dan masa itu, ia tidak diketahui sesiapa pun, tidak, malaikat di syurga pun tidak tahu, tetapi hanya Bapaku.

37Tetapi seperti keadaan pada zaman Nuh, demikianlah kedatangan Anak Manusia itu.

38Sebab seperti zaman yang sebelum banjir itu mereka makan dan minum, berkahwin dan dikahwinkan, sehingga hari yang Nuh masuk ke dalam bahtera,

39Dan mereka tidak tahu sehingga banjir itu melanda, dan mengambil mereka semua; demikianlah juga kedatangan Anak manusia.

40Kemudian dua akan berada di ladang; satu akan diambil, dan satu lagi ditinggalkan.

41Dua perempuan akan mengisar di pengisar; salah satu akan diambil, dan satu lagi ditinggalkan.

42Maka berjaga-jagalah: sebab kalian tidak tahu pada waktu bila Tuhan kalian memang datang.

43Tetapi ketahuilah ini, bahawa jika tuan rumah tahu pada waktu bila si pencuri akan datang, dia sudah akan berjaga-jaga, dan tidak akan mengizinkan rumahnya digeledah.

44Oleh sebab itu kalian juga bersiap sedia: sebab pada waktu sedemikian yang tidak terdugakan kalian Anak manusia datang.

45Maka siapakah yang merupakan hamba yang setia dan yang berhikmah, yang telah dijadikan Tuhan penguasa rumah tangganya, untuk memberi mereka makanan pada waktunya?

46Diberkatilah hamba itu, yang tuannya ketika dia datang akan mendapatinya berbuat demikian.

47Sesungguhnya aku berkata kepada kalian, Bahawa dia akan menjadikannya penguasa atas segala harta miliknya.

48Tetapi dan jika hamba jahat itu akan berkata dalam hatinya, Tuanku menangguhkan kedatangannya;

49Dan akan mula memukul para hambanya, dan makan dan minum bersama para pemabuk;

50Tuan hamba itu akan datang pada hari ketika dia tidak mencarinya, dan pada jam yang dia tidak sedar,

51Dan akan memutuskannya dan menentukan bahagiannya bersama para orang munafik: di sana akan adanya tangisan dan gertakan gigi.