1Pada akhir hari sabat, ketika mulai menyinsing fajar pada hari pertama minggu itu, datanglah Maria Magdalena dan Maria yang lain itu untuk melihat makam itu.
2Dan, lihatlah, terjadilah gempa bumi yang besar: sebab malaikat Tuhan turun dari syurga, lalu datang dan menggulingkan balik batu itu dari pintu, lalu duduk di atasnya.
3Wajahnya seperti kilat, dan pakaiannya putih seperti salji:
4Dan kerana ketakutan akan dia, para pengawal gentar, lalu menjadi seperti orang mati.
5Dan malaikat itu menjawab dan berkata kepada para perempuan, Janganlah kalian takut: sebab aku tahu bahawa kalian mencari Yesus yang telah disalibkan.
6Dia tidak berada di sini: sebab dia sudah bangkit, seperti yang telah disebutkannya. Mari, lihatlah tempat di mana Tuhan berbaring.
7Dan pergilah dengan lekas, lalu beritahu para muridnya bahawa dia sudah bangkit dari mati; dan, lihatlah, dia pergi mendahului kalian ke dalam Galilea; di sana akan kalian melihatnya: lihatlah, aku sudah memberitahu kalian.
8Dan mereka berangkat dengan lekas dari makam itu dengan ketakutan dan sukacita yang besar; lalu berlari untuk membawa khabar kepada para muridnya.
9Dan sementara mereka pergi untuk memberitahu para muridnya, lihatlah, Yesus bertemu dengan mereka, dengan berkata, Salam semua. Dan mereka datang dan memegang dia di kakinya, lalu menyembahnya.
10Kemudian Yesus berkata kepada mereka, Janganlah takut: pergi beritahu saudara-saudaraku supaya mereka pergi ke Galilea, dan di sana akan mereka melihatku.
11Sekarang ketika mereka sedang berjalan, lihatlah, sesetengah para penjaga telah masuk ke dalam kota, dan menunjukkan kepada imam-imam besar segalanya yang telah dilakukan.
12Dan sesudah mereka berhimpun dengan para penatua, dan telah membuat pertimbangan, mereka memberi wang yang berjumlah besar kepada para askar.
13Dengan berkata, Kalian harus mengatakan, Para muridnya telah masuk pada waktu malam, lalu mencurinya ketika kami tidur.
14Dan jika khabar ini sampai kepada telinga gabenor, kami akan memujuknya, dan menjamin keselamatan kalian.
15Maka mereka mengambil wang itu, dan berbuat seperti yang telah diajar kepada mereka: dan khabar ini dilaporkan secara umum di kalangan orang Yahudi sampai kepada hari ini.
16Selepas itu, sebelas orang murid itu pergi ke Galilea, ke gunung yang Yesus tentukan bagi mereka.
17Dan apabila mereka nampak dia, mereka menyembah dia: tetapi ada sesetengah yang ragu-ragu.
18Dan Yesus datang dan berkata kepada mereka, Semua kuasa telah diberikan kepadaku di syurga dan di bumi,
19Maka kalian pergilah dan ajar segala bangsa, dan membaptis mereka di dalam nama Bapa, dan Anak, dan Roh Kudus:
20Ajarilah mereka untuk mematuhi segala apa pun yang telah aku perintahkan kepada kalian: dan, lihatlah, aku akan berada bersama kalian selalu, sehingga ke pengakhiran dunia. Amin.