1Sesudah waktu pagi, semua ketua imam dan penatua rakyat membuat pertimbangan terhadap Yesus untuk mematikannya:
2Dan sesudah mereka mengikatnya, mereka membawanya dan menyerahkannya kepada Pontius Pilatus, gabenor kawasan itu.
3Kemudian Yudas, yang telah mengkhianati Yesus ketika nampaknya dijatuhi hukuman mati, sendiri bertaubat, dan membawa semula tiga puluh keping wang perak itu kepada para ketua imam dan penatua,
4Dengan berkata, Aku telah berdosa kerana telah mengkhianati darah yang tidak bersalah. Dan mereka berkata, Apakah itu kepada kami? Kamu sendiri uruskan itu.
5Dan Yudas melemparkan keping-keping perak itu di bait suci, lalu pergi, dan menggantung diri sendiri.
6Dan para ketua imam mengambil keping-keping perak itu, dan berkata, Ia tidak sesuai dengan hukum untuk menaruhnya ke dalam perbendaharaan, kerana ia merupakan harga untuk darah.
7Dan mereka membuat pertimbangan, dan dengannya telah membeli sebuah ladang tukang periuk, untuk tapak menguburkan orang asing.
8Lantaran itu, ladang itu dipanggil, Ladang darah, sampai ke hari ini.
9Kemudian tergenaplah apa yang telah diucapkan Yeremia, nabi itu, dengan berkata, Dan mereka mengambil tiga puluh keping perak itu, iaitu harga dia yang dinilai, yang telah mereka yang dari kalangan bani Israel nilaikan;
10Lalu memberikannya untuk ladang tukang periuk, seperti yang telah diperintahkan Tuhan kepadaku.
11Dan Yesus berdiri menghadap gabenor: dan gabenor itu menanya dia, dengan berkata, Adakah kamu Raja orang Yahudi? Dan Yesus berkata kepadanya, Demikianlah katamu.
12Dan ketika dia dituduh para ketua imam dan para penatua, dia tidak menjawab sebarang apa pun.
13Kemudian Pilatus berkata kepadanya, Tidak dengarkah kamu berapa banyak perkara yang mereka bersaksi terhadapmu?
14Dan dia tidak menjawab sebarang apa pun perkataan; sebanyak sehingga gabenor itu sungguh-sungguh tertakjub.
15Dalam pada itu, di pesta itu, gabenor biasanya melepaskan kepada rakyat seorang tahanan, menurut kemahuan mereka.
16Dan mereka ada pada masa itu seorang tahanan yang terkenal, yang dipanggil Barabas.
17Oleh sebab itu, ketika mereka berkumpul bersama, Pilatus berkata kepada mereka, Siapakah yang diinginkan kalian supaya dilepaskanku kepada kalian? Barabas, atau Yesus yang dipanggil Kristus?
18Sebab dia tahu bahawa kerana iri hati mereka menyerahkan dia.
19Ketika dia didudukkan di takhta penghakiman, isterinya mengirim pesan kepadanya, dengan berkata, Janganlah kamu bersangkut paut dengan orang benar itu: sebab aku telah menderita banyak hal pada hari ini dalam mimpi kerana dia.
20Tetapi para ketua imam dan para penatua telah memujuk orang ramai bahawa mereka harus meminta untuk Barabas, dan membinasakan Yesus.
21Gabenor menjawab dan berkata kepada mereka, Mana antara dua orang ini diinginkan kalian supaya dilepaskanku kepada kalian? Mereka berkata, Barabas.
22Pilatus berkata kepada mereka, Maka apakah yang akan kubuat dengan Yesus yang dipanggil Kristus? Mereka semua berkata kepadanya, Biarlah dia disalibkan.
23Dan gabenor itu berkata, Mengapa, apakah kejahatan yang telah dilakukannya? Tetapi mereka lebih banyak berseru, dengan berkata, Biarlah dia disalibkan.
24Ketika Pilatus melihat bahawa dia tidak berjaya dalam apa pun, tetapi sebaliknya rusuhan tertimbul, dia mengambil air, dan membasuh tangannya di hadapan orang ramai, dengan berkata, Aku tidak bersalah bagi darah orang benar ini: kalian uruskanlah sendiri.
25Kemudian seluruh rakyat itu berjawab, dan berkata, Biar tumpahan darahnya ditanggung kami dan anak-anak kami.
26Kemudian Pilatus melepaskan Barabas kepada mereka: dan selepas dia menyesah Yesus, dia menyerahkannya untuk disalibkan.
27Kemudian, askar-askar kerajaan membawa Yesus ke dalam dewan orang ramai, dan mengumpulkan kepadanya seluruh pasukan askar.
28Dan mereka melucutkan bajunya, dan mengenakan kepadanya suatu jubah berwarna merah menyala.
29Dan selepas mereka memintal suatu mahkota duri, mereka meletakkannya ke atas kepalanya, dan meletakkan mensiang pada tangan kanannya: dan mereka sujud bertelut di hadapannya, lalu memperolok-olokkannya, dengan berkata, Hidup Raja orang Yahudi!
30Dan mereka meludahinya, dan mengambil mensiang itu, lalu memukul kepalanya.
31Dan setelah mereka habis memperolok-olokkannya, mereka menanggalkan jubah itu daripadanya, dan mengenakan bajunya sendiri kepadanya, dan membawanya untuk disalibkan.
32Dan sementara mereka keluar, mereka menemui seorang dari Kirene, namanya Simon: dia itu dipaksa mereka untuk memikul salibnya.
33Dan ketika mereka sampai ke tempat yang dipanggil Golgota, yang bermaksud, tempat tengkorak,
34Mereka memberinya cuka bercampur hempedu untuk minum: dan setelah dia mengecapnya, dia tidak ingin meminuminya.
35Dan mereka menyalibkannya, lalu membahagikan pakaiannya dengan membuang undi: sehingga tergenaplah apa yang telah dibicarakan oleh nabi, Mereka membahagikan pakaianku di antara mereka, dan membuang undi bagi jubahku.
36Dan sedang kala duduk mereka menontonnya dari sana;
37Dan menempatkan di atas kepalanya tanda tuduhannya yang tertulis, INILAH YESUS RAJA ORANG YAHUDI.
38Kemudian ada dua orang pencuri yang disalibkan bersamanya, salah satu pada sebelah tangan kanannya, dan yang satu lagi di kirinya.
39Dan orang yang lalu lintas mencercanya, sambil menggeleng-gelengkan kepala,
40Dengan berkata, Engkau yang membinasakan bait suci, dan membinanya semula dalam tiga hari, selamatkanlah dirimu. Jika engkau Anak Allah, turunlah dari salib itu.
41Begitu jugalah ketua-ketua imam memperolok-olokkannya, bersama para jurutulis dan orang tua-tua, dengan berkata,
42Dia menyelamatkan orang lain; diri sendiri tidak dapat dia selamatkan. Jika dia Raja Israel, biar dia sekarang juga turun dari salib, dan kami akan percaya kepadanya.
43Dia percaya kepada Allah; biar Allah menyelamatkannya sekarang, jika Allah ingin menerimanya: sebab dia berkata, Akulah Anak Allah.
44Para pencuri itu yang telah disalibkan bersamanya juga mengucap sedemikian di depannya.
45Dalam pada itu, dari jam yang keenam ada kegelapan yang melingkupi seluruh tempat itu sampai jam yang kesembilan.
46Dan sekitar jam yang kesembilan Yesus berseru dengan suara yang kuat, dengan berkata, Eli, Eli, lama sabakhtani? yang bererti, Allahku, Allahku, mengapakah engkau meninggalkanku?
47Sesetengah orang yang berdiri di sana, ketika mereka mendengar itu, berkata, Orang ini sedang memanggil Elias.
48Dan serta-merta salah seorang dari antara mereka berlari, dan mengambil span, dan mengisinya dengan cuka, dan menaruhnya atas sebatang mensiang, lalu memberi itu kepada Yesus untuk minum.
49Yang lain berkata, Biarlah itu, biar kita melihat kalau Elias akan datang untuk menyelamatkannya.
50Yesus, sesudah dia berseru sekali lagi dengan suara yang kuat, menyerahkan rohnya.
51Dan, lihatlah, tirai bait suci telah terkoyak kepada dua bahagian dari atas sampai ke bawah; dan bumi bergempa, dan batu-batu terbelah;
52Dan kubur-kubur telah terbuka; dan banyak mayat orang kudus yang sudah tidur dibangkitkan,
53Dan keluar dari kubur selepas kebangkitan Yesus, lalu pergi ke kota kudus, dan menampakkan diri kepada banyak orang.
54Dalam pada itu, ketika pewira itu, dan mereka yang berada bersamanya, sementara mengawasi Yesus, telah melihat gempa bumi itu, dan apa yang telah dilakukan, mereka sungguh ketakutan, dengan berkata, Benar-benar inilah Anak Allah.
55Dan banyak perempuan berada di sana sementara melihat dari jauh, yang telah mengikut Yesus dari Galilea, sambil melayaninya:
56Yang di kalangan mereka ialah Maria Magdalena, dan Maria ibu Yakobus dan Yusuf, dan ibu anak-anak Zebedeus.
57Sesudah datangnya petang, datanglah seorang kaya dari Arimatea, yang bernama Yusuf, yang sendiri juga merupakan murid Yesus:
58Dia pergi kepada Pilatus, dan merayu untuk mayat Yesus. Kemudian Pilatus memerintahkan mayat untuk diserahkan.
59Dan sesudah Yusuf mengambil mayat itu, dia membungkusnya dalam kain lenan yang bersih,
60Lalu membaringkan mayat itu di makam miliknya sendiri yang baru, yang telah dikoreknya dalam batu: dan dia menggulingkan batu yang besar ke pintu makam itu, lalu berangkat pergi.
61Dan di sana adanya Maria Magdalena, dan Maria yang lain itu, duduk berseberangan dengan makam.
62Pada hari keesokannya, iaitu hari selepas hari persiapan, para ketua imam dan orang Farisi menghadapi Pilatus bersama-sama,
63Dan berkata, Tuan, kami teringat bahawa si penipu itu berkata sementara dia masih hidup, Selepas tiga hari aku akan bangkit semula.
64Maka perintahkan supaya makam itu dijaga rapi sehingga hari ketiga, supaya jangan murid-muridnya masuk pada waktu malam, dan mencurinya keluar, dan berkata kepada rakyat, Dia sudah bangkit daripada mati: sampai kesalahan pertama menjadi lebih teruk daripada yang pertama.
65 Pilatus berkata kepada mereka, Kalian ada kawalan penjaga: pergilah menurut jalan kalian, jadikanlah ia terjamin sebaik semungkin yang kalian mampu.
66Maka mereka pergi, dan menjadikan makam itu terjamin, sementara memeteraikan batu itu, dan menetapkan kawalan penjaga.